20/03/2026
ASWAJA Selangor
Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah
20/03/2026
سلامت مپمبوت مولد الرسول ١٤٤٦ه ❤️
((جاديكن سمبوتن اونتوق هيدوڤكن سنة نبي دان بوكن برچوتي سڤرتيمان چوتي عموم))
FATWA : WAHABI MEMBERI ANCAMAN SERIUS KPD SURVIVAL AHLUS SUNNAH WALJAMAAH.
KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL UGAMA ISLAM MALAYSIA KALI KE 106
Tarikh : 21 hingga 22 Oktober 2014
___________________
'Ancaman Aliran Bukan Ahli Sunnah Wal Jamaah Terhadap Perpaduan Umat Islam di Malaysia'
1. Muzakarah bersetuju menerima dan memperakukan hasil penyelidikan yang telah dikemukakan oleh Kumpulan Penyelidik.
2.Berdasarkan dapatan penyelidikan tersebut Muzakarah mendapati bahawa:
i. Bagi sesetangah golongan Salafiyyah, al-Quran dan al- Sunnah hanya perlu difahami berdasarkan makna zahir dan inilah sahaja pandangan yang betul dan tepat. Sebaliknya pandangan yang cuba memahami teks secara kontekstual dan mengharuskan pentakwilan sebahagian nas-nas al-Quran berdasarkan kaedah-kaedah pentakwilan yang ketat tidak diterima oleh mereka. Konsep dan fahaman ini antara punca yang dapat dikenalpasti sebagai landasan munculnya aliran pembid’ahan dalam masyarakat.
ii. Mana-mana amalan umat Islam yang tidak dinyatakan secara jelas berdasarkan tafsiran literal dalam al-Quran dan al-Sunnah dianggap sebagai bid’ah yang sesat dan pengamal bid’ah perlu ditentang.
iii.Dapatan kajian yang dianalisis mendapati bahawa aliran Salafi-Wahabi adalah tidak selari dengan arus perdana atau jumhur Ahli Sunnah Wal Jamaah yang diamalkan di Malaysia.
iv.Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa Salafi Wahabi menggunakan sejumlah laluan untuk menyebarkan fahaman mereka melalui media massa, elektronik dan laman sesawang, melalui kelas pengajian yang dikendalikan oleh tokoh- tokoh Salafi-Wahabi dalam dan luar Negara, penyebaran melalui buku- buku akademik dan artikel serta penyebaran melalui platform pendidikan sama ada di peringkat KBSR, KSSR, KBSM serta IPT.
v. Pegangan kepada Tauhid Tiga iaitu Rububiyyah, Uluhiyyah dan al- Asma’ wa al- Sifat yang dibawa oleh golongan Salafi- Wahabi cukup membimbangkan kerana konsep Tauhid Tiga jelas tidak mewakili konsep tauhid Ahli Sunnah wal Jamaah yang di amalkan di Malaysia yang berteraskan ajaran al-Asya’irah dan al– Maturidiyyah dan ia sudah terdedah secara meluas dalam masyarakat Islam di Malaysia melalui penerimaannya dalam silibus pendidikan Islam di peringkat sekolah menengah dan universiti.
vi. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa ajaran Syiah adalah bertentangan secara diametrikal dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam pelbagai aspek kehidupan beragama. Perkara yang melibatkan persoalan usul dalam agama dan amalan harian kedua-dua mazhab ini jelas tidak dapat dikompromi sama sekali.
vii. Dapatan kajian yang dianalisis menunjukkan bahawa golongan Syiah tidak menganggap golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagai saudara seagama dengan mereka dan gerakan Syiah di Malaysia sudah meluas dan tersusun. Bilangan pengikut Syiah sedang berkembang dan mereka sudah berani menzahirkan kewujudan mereka.
3. Berdasarkan hasil penyelidikan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju memperakukan rumusan penyelidikan bahawa dari segi perundangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah mazhab rasmi Negara Malaysia dan Aliran Syiah serta Salafi-Wahabi pada masa kini sedang memberi ancaman serius kepada survival Ahli Sunnah Wal Jamaah. Kedua-dua aliran pemikiran ini boleh mendatangkan perbalahan dan perpecahan kepada masyarakat Islam di Malaysia.
12/10/2024
Jom support!!!..
Tazkirah Ringkas:
06 Rabiul Awwal 1445,
Hidup kita di dunia & muka bumi Allah ini singkat & sementara.. selalulah fikirkan hidup kita selepas mati & apakah bekalan yang kita usahakan untuk kita bawa selepas mati nanti?..
😭😭يا الله!!.. اللهم إغفر له وارحمه وعافه وأعف عنه.. وادخله ولهم في فسيح الجنان وادخلهم في جنات الفردوس الأعلى!!
اللهم ءامين!!..
Perbezaan di antara ASWJ Salaf dan ASWJ Khalaf adalah perbezaan masa dan generasi, bukan perbezaan prinsip akidah.
Manakala perbezaan di antara ASWJ dan Salafi-Wahhabi adalah perbezaan di antara prinsip ASWJ dan firqah bid’ah.
Afwan. Semoga bermanfaat.
PENUNTUT ILMU
SELAMAT BERPUASA BULAN MUHARAM 9 & 10hb Muharram… (hari Tasu’a & ‘Asyura) Semoga segala amal ibadah Allah diterima Allah
تقبل الله منا ومنكم اللهم ءامين!!
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Contact the school
Telephone
Website
Address
Klang
41300