12/12/2025
*** untuk yang menyumbang, mohon pm saya slip transaksi untuk tujuan rekod dan audit bendahari. terima kasih
π SARANATHON 2025 | SMK Methodist (ACS) Klang
Dari 12 September hingga 12 Disember, kami melangkah bersama demi masa depan sekolah yang lebih gemilang!
Saranathon bukan sekadar program β ia adalah gerakan komuniti untuk:
π« Membaik pulih bilik-bilik khas
β½ Menaik taraf padang sekolah
π Memperkasa kurikulum, ko-kurikulum & sahsiah murid
Setiap sumbangan anda adalah senyuman buat warga ACS.
Mari bersama kami β kerana setiap langkah kecil membawa perubahan besar!
π² Sumbangan boleh dibuat melalui pindahan bank, QR DuitNow, cek atau kad Saranathon.
π Untuk maklumat lanjut, hubungi nombor tertera dalam poster.
31/10/2025
Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih
π Pn Lok P*k Ching
31 Oktober 2025
2.00 - 5.00 petang
Dewan Besar ACS
24/10/2025
SENTUHAN GEMILANG MATEMATIK Tingkatan 2
Penceramah : Pn Lok P*k Ching
Pembantu : Pn Nurbaya Kardy
Tarikh : 24 Oktober 2025
Masa : 2.30 - 5.40 ptg
Tempat : Auditorium ACS
23/10/2025
Sekolah kita, yang suatu masa dahulu dibina atas rasa cinta datuk nenek kita kepada kita ... kini perlukan dana untuk baik pulih prasarana yang ada. Tunjukkan rasa cinta kasih kita pada anak-anak dan generasi masa hadapan kita.
Sila PM resit-resit pindahan wang untuk tujuan audit bendahari. Terima kasih semua πππ
23/10/2025
*** saya pernah menulis tentang ACS ini pada 24 Julai 2018, di FB bekas pelajar ACS .... saya copy kan di sini.
sebenarnya, telah beberapa kali cuba upload gambar ini. ini adalah gambar pembinaan sekolah ACS yang asal (sebelum perang dunia kedua ... ) sebelum bangunan sekolah terbakar pada tahun 1920. saya belum berjaya mendapat gambar penuh bangunan asal sekolah kita. tapi dari gambar sisi ini ... dapat dibayangkan ... ACS sekolah yang cantik, secantik hati para penduduk sekitar yang bersama-sama mengumpul wang untuk membangunkan sekolah ini. kerana cintanya mereka kepada ILMU. dengan senibina inggeris ... pasti ACS sebuah sekolah yang gah dari dahulu ... dibina kerana cinta pada ILMU ..... untuk anak-anak yang dicintai ... moga mencintai ILMU ... terharu sangat dapat bertugas di sini. penuh dengan CINTA ...
***ini dari gambar asal tau ... bayangkan dah berapa tahun usia gambar tu π