17/01/2026
🔰JEMPUTAN MESYUARAT AGUNG PIBG SRA KG DELEK KALI KE-31 🔰
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Tuan/Puan yang dihormati,
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Kali Ke-31seperti ketetapan berikut:
📅 Tarikh : 24/1/2026 (Sabtu)
🕘 Masa : 8.00 Pagi
📍 Tempat : Dewan Ibnu Sina SRA Kg Delek
Sehubungan itu, bagi tujuan cadangan usul, penambahbaikan kepada sekolah dan penyediaan tempat, pihak tuan/puan dimohon untuk mengesahkan kehadiran melalui Google Form yang disediakan melalui pautan atau imbasan QR Kod yang tertera.
Bersama-sama ini juga dilampirkan Notis Jemputan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-31untuk rujukan semua ibu bapa dan penjaga.
Pihak sekolah amat mengalu-alukan kehadiran tuan/puan demi memastikan kelancaran mesyuarat serta kerjasama berterusan antara pihak sekolah dan ibu bapa.
Sekian, terima kasih✨
PIBG, Memacu Kecemerlangan Sekolah
______________________________________
Ibu/bapa/penjaga boleh mengisi borang kehadiran dan usul melalui link Google Form berikut :
🔗https://forms.gle/JkHJvsYQi2mRGWKz8
29/09/2025
✨SELAMAT MAJU JAYA DALAM PEPERIKSAAN PSRA 2025✨
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,
Pihak sekolah dan PIBG ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar yang akan menduduki peperiksaan. Kami berharap murid-murid semua telah membuat persiapan yang rapi dan tekun sepanjang masa. Ingatlah, kejayaan memerlukan usaha, doa, dan disiplin yang berterusan.
Akhir kata, kami mendoakan kejayaan cemerlang buat semua pelajar. Semoga anda semua dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik dan memperoleh keputusan yang cemerlang.
Sekian, terima kasih.
“Berusaha, Berdoa, Bertawakal”
08/09/2025
✨MAJLIS SOLAT HAJAT & CERAMAH MOTIVASI✨
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan menganjurkan Majlis Solat Hajat Perdana & Ceramah Motivasi Kecemerlangan khusus untuk murid tahun 5,6 dan Tingkatan 4.
📅 Tarikh: 11 September 2025 (Khamis)
⏰ Masa: 7.00 malam
🏠 Tempat: Masjid Nurul Amin
Program ini dianjurkan khusus buat murid Tahun 5, Tahun 6 dan Tingkatan 4 yang bakal menduduki peperiksaan besar iaitu UPKK, PSRA dan SKM.
Sehubungan itu, ibu bapa/penjaga adalah dijemput hadir bersama-sama bagi memberi sokongan dan doa restu untuk anak-anak kita.
Kehadiran dan sokongan semua amatlah dialu-alukan. Terima kasih✨
16/03/2025
Pengumuman Cuti Tambahan Sempena Nuzul Al-Quran
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Dimaklumkan bahawa Sekolah Rendah Agama Kampung Delek akan bercuti bersempena dengan Hari Nuzul Al-Quran selama 2 hari iaitu pada :
17/3/2025 (Isnin) dan 18/3/2025 (Selasa).
Marilah kita bersama-sama menghayati peristiwa agung ini dengan memperbanyakkan bacaan Al-Quran, tadabbur maknanya, serta mengamalkan ajarannya dalam kehidupan seharian.
07/03/2025
*💫JEMPUTAN MESYUARAT AGUNG PIBG SRA KG DELEK 2025💫*
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته ✨
Kepada semua ibu bapa dan penjaga,
Ayuh hadir bersama ke Mesyuarat Agung PIBG SRA Kampung Delek 2025 yang bakal berlangsung:
📅 Tarikh: 8 Mac 2025
⏰ Masa: 8.00 pagi - 11.30 pagi
📍 Tempat: Dewan Ibnu Sina, SRA KD
Mesyuarat ini bukan sekadar perbincangan hala tuju sekolah, tetapi juga menampilkan *slot motivasi eksklusif:*
🎤 _"Sayang Anakku Sayang Sayang Vs Handphone"_
📢 Disampaikan oleh Tuan Mohd Shah bin Mokhtar
📌 Pengarah Urusan, REAL IMPAQ TRAINING CONSULTANCY
Selain itu, jangan lepaskan peluang untuk *menyertai Kuiz Ramadan* yang menyeronokkan dengan hadiah menarik menanti para pemenang! 🎁✨
Jom hadir dan bersama-sama kita membentuk masa depan anak-anak dengan lebih cemerlang!
Sebarkan kepada rakan-rakan ibu bapa yang lain!
09/01/2025
✒️Coretan Nostalgia UPKK 2024
Alhamdulillah, Peperiksaan UPKK tahun 2024 telah berjaya dijalankan dengan lancar. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua calon UPKK 2024 yang telah berusaha bersungguh-sungguh.
Kami barisan pentadbir, PIBG dan guru-guru mengucapkan terima kasih atas sokongan padu dan kerjasama dari semua pihak. Semoga usaha murid-murid semua diberkati dan membuahkan kejayaan cemerlang dan kejayaan yang diraih menjadi kenangan manis dan inspirasi untuk masa hadapan.
20/12/2024
🎉MAJLIS PENGISYTIHARAN KEPUTUSAN PSRA DAN SKM 2024🎉
Alhamdulillah, dengan penuh rasa syukur ke hadrat Ilahi, pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada semua murid Tahun 6 atas kejayaan cemerlang dalam Peperiksaan Sekolah Rendah Agama (PSRA) dan juga Peperiksaan Sijil Kafa Menengah (SKM) 2024.
Kejayaan ini adalah hasil usaha gigih murid-murid, sokongan padu daripada ibu bapa, serta bimbingan ikhlas dan dedikasi guru-guru. Alhamdulillah dengan izinNya, seramai 42 orang murid mencapai pangkat mumtaz bagi calon PSRA dan 2 orang mumtaz bagi calon SKM.
Semoga pencapaian ini menjadi titik permulaan bagi kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan.
✨TAHNIAH KEPADA SEMUA CALON PSRA DAN SKM SRA KAMPUNG DELEK 2024 ✨
04/10/2024
JEMPUTAN KE PROGRAM MESYUARAT AGUNG PIBG SEKOLAH RENDAH AGAMA KAMPUNG DELEK 2024
Tuan/Puan,
Assalammualaikum wbt,
Dengan segala hormatnya, pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Rendah Agama Kampung Delek, menjemput Tuan/Puan untuk menghadiri Mesyuarat Agung PIBG Tahun 2024 yang akan diadakan seperti berikut:
🔷Tarikh: 6.10.2024
🔷Hari: Ahad
🔷Masa: 8.00 Pagi
🔷Tempat: Dewan Ibnu Sina, SRA Kampung Delek
Kehadiran Tuan/Puan amat dialu-alukan bagi bersama-sama dalam menyuarakan pandangan dan saranan terbaik demi kebaikan sekolah dan murid-murid.
Sokongan Tuan/Puan amatlah dihargai dalam menjayakan mesyuarat ini. Kerjasama dan kehadiran Tuan/Puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Cabutan bertuah juga menanti anda✨.
Sekian, terima kasih.
30/09/2024
💚 SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH RENDAH AGAMA KAMPUNG DELEK 1446 H/2024 💚
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT atas segala nikmat yang telah diberikan. Pada kesempatan yang mulia ini, pihak Sekolah Rendah Agama Kampung Delek, dengan penuh rasa syukur ingin mengucapkan Salam Maulidur Rasul kepada seluruh warga sekolah, ibu bapa, murid-murid dan juga seluruh komuniti.
Tahun ini, kita memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW dengan tema “Al-Falah Pemacu Malaysia Madani ”.
Maulidur Rasul bukan hanya sekadar memperingati kelahiran Baginda, tetapi juga sebagai satu kesempatan untuk kita menghayati dan meneladani akhlak Baginda yang mulia, serta menyemai kasih sayang dan perpaduan dalam kalangan umat Islam.
Semoga sambutan Maulidur Rasul kali ini dapat meningkatkan kecintaan kita kepada Rasulullah SAW serta memperkukuh semangat untuk mengamalkan sunnah-sunnah Baginda dalam kehidupan seharian. Marilah kita memperbanyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan terus menyebarkan kebaikan serta nilai-nilai murni yang dibawa oleh Baginda.
Tahniah juga diucapkan kepada semua peserta pertandingan yang telah dijalankan sempena sambutan Maulidur Rasul ini. Antaranya acara busana muslim/muslimah dan juga pertandingan qasidah🌹.
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
Salam Maulidur Rasul dari kami, warga SRAKD . Semoga kita semua diberkati dan dirahmati Allah SWT.
Selamat menyambut Maulidur Rasul, 1446H/2024M.