Sekolah Kebangsaan 2 Simpang Lima

Sekolah Kebangsaan 2 Simpang Lima

Share

SK (2) Simpang Lima merupakan salah sebuah sekolah rendah yang terletak dalam daerah Klang, Selangor

Photos from Sekolah Kebangsaan 2 Simpang Lima's post 26/04/2026

πŸš€ TERENGGANU INTERNATIONAL SCIENCE FAIR (TISF) 2026 πŸš€

Satu pencapaian yang amat membanggakan di pentas antarabangsa! 🌍
Pertandingan ini bukan sekadar platform pameran, tetapi medan sebenar yang menguji keupayaan murid dalam berfikir secara kritis, mengaplikasikan ilmu serta berkomunikasi secara profesional pada standard yang tinggi.

πŸ† TAHNIAH! Kedua-dua kump**an inovator telah berjaya meraih GOLD AWARD! πŸ†

🌱 SMARTROOTS POT: A Smart Planting System for Water Efficient Growth
πŸ‘©β€πŸ”¬ Mithrran a/l Gangatharan
πŸ‘©β€πŸ”¬ Prashvithaa Jayabalan
πŸ‘©β€πŸ”¬ Thaswika A/P Kamalanathan

🌊 FLOODSAFE NAVIGATOR: Intelligent Flood Detection and AI-Powered Life Safety System
πŸ‘©β€πŸ”¬ Raksh*ta Jayabalan
πŸ‘©β€πŸ”¬ Aee ykash Pillai a/l Mahendran Pillai
πŸ‘©β€πŸ”¬ Yarlini a/p Sughan

πŸ’‘ Kejayaan ini membuktikan bahawa inovasi murid bukan sahaja kreatif, malah mampu memberi impak besar kepada kelestarian alam dan keselamatan masyarakat.

Syabas dan tahniah atas pencapaian cemerlang ini!
Semoga terus melakar kejayaan dan mengharumkan nama sekolah serta negara! πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨

Teruskan melangkah, teruskan mencipta! πŸ’ͺπŸ“š

21/04/2026

πŸ”₯🎳 STRIKE! STRIKE! STRIKE! 🎳πŸ”₯

Berikut merupakan aksi hebat Faris Al-Bukhari 3S ketika melakukan balingan STRIKE dalam Kejohanan Tenpin Boling Bawah 12 Tahun MSSD Klang 2026!

Walaupun masih di Tahun 3, Faris telah menunjukkan keberanian, fokus dan semangat juang yang tinggi ketika beraksi di gelanggang. Balingan yang kemas dan penuh yakin itu berjaya menghasilkan DOUBLE STRIKE yang membanggakan! πŸ’ͺπŸ‘

Syabas Faris! Teruskan berusaha dan melangkah lebih jauh. Warga sekolah sentiasa mendoakan kejayaan anda pada masa hadapan. 🌟


Photos from Sekolah Kebangsaan 2 Simpang Lima's post 21/04/2026

🎳 TAHNIAH & SYABAS! 🎳

Warga sekolah merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada wakil sekolah yang telah menyertai Kejohanan Tenpin Boling Bawah 12 Tahun MSSD Klang 2026.

Bagi kategori Single Lelaki U12, Amirul Hakim (Tahun 5) telah berjaya menduduki ranking ke-19 daripada 99 peserta, manakala Faris Al-Bukhari (Tahun 3) berada di ranking ke-69 daripada 99 peserta.

Lebih membanggakan, gandingan Amirul Hakim dan Faris Al-Bukhari dalam kategori Double Lelaki U12 turut berjaya menduduki ranking ke-19 daripada 43 pasangan.

Pencapaian ini amat membanggakan dan menjadi bukti bahawa semangat, usaha serta keberanian untuk bersaing mampu membawa kejayaan. Teruskan berusaha dan jangan pernah berputus asa. Warga sekolah sentiasa berbangga dengan anda!


Photos from Sekolah Kebangsaan 2 Simpang Lima's post 14/04/2026

Kejohanan Catur MSSD Klang 2026

Tahniah kepada adik Prithinah yang telah berjaya mendapat tempat ke-7 dalam kategori P12. Moga kejayaan ini akan menjadi pemangkin untuk adik Prithinah dan murid yang lain untuk terus berusaha mencapai kejayaan pada masa hadapan.

Tak lupa juga kepada ibu bapa dan guru-guru yang turut serta membantu anak-anak SK2SL sepanjang kejohanan ini berlangsung. Moga kejayaan yang dicapai hari ini menjadi inspirasi kepada semua. TAHNIAH!

Photos from Sekolah Kebangsaan 2 Simpang Lima's post 09/04/2026

Tahniah diucapkan kepada pasukan ragbi SK (2) Simpang Lima (The Sting) atas kejayaan merangkul πŸ₯ˆNaib Johan βš”οΈπŸ›‘οΈdalam Kejohanan Ragbi Rimau peringkat MSSD Klang 2026! πŸ‰πŸ”₯

Kejayaan ini membuktikan semangat juang, disiplin dan kerjasama berpasukan yang tinggi dalam kalangan murid-murid serta komitmen padu daripada barisan jurulatih dan guru.

Teruskan melangkah dengan penuh keyakinan, jadikan pencapaian ini sebagai pembakar semangat untuk mencapai kejayaan yang lebih gemilang pada masa akan datang! πŸ’ͺ✨

SK (2) Simpang Lima – Terus Cemerlang, Terus Gemilang! πŸ’›πŸ–€

Photos from Sekolah Kebangsaan 2 Simpang Lima's post 09/04/2026

Tahniah diucapkan kepada Mitrajit Aiyahdurai dari kelas 6 Erat atas kejayaan dalam Kejohanan Tenis MSSD Klang 2026 🎾✨. Mitrajit telah berjaya merangkul NAIB JOHAN bagi kategori Lelaki Bawah 12 Tahun. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus cemerlang pada masa hadapan πŸ₯ˆβœ¨

09/04/2026

πŸŽ‰ Selamat Hari Lahir Puan Juriah Binti Md Daud, Guru Besar SK(2) Simpang LimaπŸŽ‰

Warga SK (2) Simpang Lima mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan doa buat Pn Juriah sempena sambutan hari lahir yang istimewa ini. 🌸

Semoga dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, serta terus diberikan kekuatan dan kebijaksanaan dalam memimpin sekolah ke arah kecemerlangan. Terima kasih atas segala jasa, pengorbanan dan dedikasi yang tidak ternilai dalam mendidik serta membimbing warga sekolah.

✨ Semoga setiap langkah dipermudahkan dan setiap usaha diberkati. ✨

Ikhlas daripada,
Warga SK (2) Simpang Lima 2026

20/03/2026

Salam Aidilfitri buat seluruh warga sekolah, murid-murid, ibu bapa serta komuniti SK (2) Simpang Lima Klang. πŸŒ™βœ¨

Semoga kedatangan Syawal yang mulia ini membawa kebahagiaan, keberkatan serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara kita semua.

Ikhlas daripada Guru Besar,
Puan Juriah Binti Md Daud serta seluruh warga SK (2) Simpang Lima Klang mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Semoga Syawal kali ini disambut dengan penuh kesyukuran, kegembiraan bersama keluarga tercinta dan orang tersayang. πŸ’š

Photos from Sekolah Kebangsaan 2 Simpang Lima's post 15/03/2026

🌟 Mesyuarat Agung PIBG SK 2 Simpang Lima 2026 🌟

Alhamdulillah, Majlis Mesyuarat Agung PIBG SK 2 Simpang Lima bagi tahun 2026 telah berjaya dilaksanakan dengan penuh meriah. Program ini diadakan untuk membincangkan pelbagai isu penting sekolah, merangka aktiviti tahun hadapan, serta memperkukuh kerjasama antara ibu bapa dan pihak sekolah demi kebaikan murid-murid.

Tahniah juga diucapkan kepada barisan Ahli Jawatankuasa PIBG yang baru dilantik! Semoga dengan kepimpinan baharu ini, kita dapat bersama-sama memajukan sekolah dan meningkatkan pengalaman pembelajaran anak-anak kita.

11/03/2026

CUTI TAMBAHAN BERSEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI

Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan satu hari cuti tambahan pada 18 Mac 2026 (Rabu) kepada semua sekolah di seluruh negara bersempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2026.

Berdasarkan Kalendar Akademik Sesi 2026, sekolah-sekolah dalam Kump**an A telah diperuntukkan satu hari cuti tambahan pada 19 Mac 2026 (Khamis), manakala sekolah-sekolah dalam Kump**an B p**a diperuntukkan dua hari cuti tambahan iaitu pada 19 dan 20 Mac 2026 (Khamis dan Jumaat).

Kalendar Akademik Tahun 2026 boleh dirujuk melalui pautan https://www.moe.gov.my/surat-siaran-kpm-bil-3-tahun-2025-kalendar-akademi.

Tahun Ini, Tahun Kita






09/03/2026

Jumpa Sabtu ini!

Photos from Sekolah Kebangsaan 2 Simpang Lima's post 28/02/2026

✨ MAJLIS PELANCARAN IHYA’ RAMADAN SK2 SIMPANG LIMA ✨

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Pelancaran Ihya’ Ramadan SK2 Simpang Lima sebagai tanda bermulanya program pengisian rohani sepanjang bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini.

Program ini bertujuan menyemai nilai keimanan, membentuk akhlak terpuji serta menggalakkan amalan mulia dalam kalangan murid dan warga sekolah. Pelbagai aktiviti menarik telah dirancang seperti tadarus al-Quran, kuiz Ramadan, ceramah penghayatan Ramadan dan program kebajikan.

Pihak sekolah juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada penyumbang yang menyumbangkan kurma dan kismis untuk murid-murid beragama Islam serta guru-guru. Sumbangan ini amat bermakna dalam menyemarakkan lagi sambutan Ramadan dan menceriakan warga sekolah.

Semoga segala amal kebajikan ini dikurniakan ganjaran berlipat ganda dan Ramadan kali ini menjadi medan untuk kita semua mempertingkatkan ibadah serta membina sahsiah diri yang lebih cemerlang. πŸŒ™πŸ€²



Want your school to be the top-listed School/college in Klang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


Persiaran Raja Muda Musa
Klang
41200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 13:00 - 17:00
Thursday 07:30 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00