06/02/2026
Hi semua!
Minggu ni ramai parents yang buka akaun Junior GAP untuk anak-anak.
Duit raya anak dah boleh standby top up masuk akaun GAP nanti 😍
“Bayangkan kalau ibu ayah buat auto-debit GAP RM50 je sebulan untuk anak…”
Dalam 5 tahun, emas dah naik +140.91%!
Kalau mula simpan hari ni — nilai tu boleh berkali ganda bila anak besar nanti.
RM50 je sebulan, tapi nilainya luar biasa bila konsisten.
Anak akan hargai sangat pengorbanan kecil ni bila dia tahu —
ibu ayah dah mula fikir masa depan dia dari sekarang ☺️
21/11/2025
Awal tahun 2023, masa tu kak Zai sedang cuti tanpa gaji.
Tak ada gaji bulanan masuk. Tapi peliknya… emas dalam akaun GAP kak Zai, makin bertambah.
Orang tanya, "Kak Zai kerja apa masa tu?"
Kak Zai senyum. “Jual roti jala.”
Roti jala warna-warni, kuah kari ayam pekat, kadang serawa durian ikut musim. Tempahan datang dari jiran-jiran, kawan setaman, cikgu-cikgu tadika. Pelanggan tak ramai, tapi setia. Dari dapur kecil, kak Zai kumpul hasil jualan, bukan untuk shopping, tapi terus masuk emas.
Ya, tiap hari kak Zai beli emas, walau 0.3 gram… tetap beli.
Bukan sebab mampu, tapi sebab faham: duit kecil kalau dikumpul dan disimpan dalam bentuk emas, akan jadi besar satu hari nanti.
Bermula kecil tak salah. Yang penting mula. Dan teruskan. Simpan emas, walau RM100. Mula sekarang. Masa tak tunggu kita.
Kredit: Pn Zai
15/10/2025
STRATEGI SIMPAN DUIT KALIS INFLASI
Pernah tak dengar, orang komen 1 juta pada 10 tahun akan datang jadi apa? Nilai dah jadi kecil. Dulu tanah 1 lot boleh beli dengan harga 10k, sekarang 100k pun tak dapat. Itu semua kerana dia simpan duit dalam bentuk kertas dan duit kertas itu dimakan oleh inflasi.
Salah satu cara simpan duit agar tidak dimakan inflasi ialah dengan cara simpan emas. Contohnya kalau simpan emas 500 ringgit sebulan dengan purata kenaikan 8% setahun, selama 10 tahun kita akan ada sebanyak RM116k, walhal modal simpan baru 60k. Itulah kuasa emas.
Manakala kalau simpan 1k sebulan, selepas 10 tahun jadi Rm232k sedangkan modal hanya 120k sahaja. Kalau simpan 10k sebulan, selepas 10 tahun jadi Rm2.32juta.
Orang bijak dia tidak simpan cash, dia simpan emas. Orang yang lebih bijak, dia simpan emas dan simpan pahala amal untuk bekalan akhirat.
Berikut ialah kenaikan harga emas dari tahun 2020 - tahun 2025 :-
2020: kira-kira +24–25% (USD).
2021: negatif ~-5% (USD).
2022: hampir tak berubah.
2023: +13% setahun.
2024: +27% setahun.
2025 (setakat 8 Okt): +54%
Bagi orang yg kerja sendiri yang takde slip gaji, semua barang kena beli cash, saya sarankan simpan duit dalam bentuk emas. Simpan sikit². Harga emas akan naik mengikut harga barang yang dia nak beli. Bila dah cukup, boleh tebus guna emas.
Kalau dia nak beli tanah, kalau harga pada masa itu 100k, walaupun dia simpan duit sikit², selepas 10 tahun pun tetap dia takkan mampu beli tanah tersebut kerana harga tanah itu pergi jauh lebih tinggi daripada simpanan yg dia buat. Ini kerana nilai duit makin jatuh nilai sedangkan harga tanah makin naik.
Sebab itu kalau nak beli cash sesuatu barang, simpan dulu dalam bentuk emas. Biarkan nilainya naik selari dengan harga emas.
14/10/2025
Emas naik 50% Jan-Okt 2025, tak sampai setahun. Kawan-kawan belajarlah simpan emas.
11/05/2025
Gais.
Tahukah anda yang anda boleh tolak gram emas dalam akaun GAP dan keluarkan barang kemas 999?
Ok, saya nak kongsikan maklumat lanjut berkenaan perkara ini.
Akaun emas GAP anda sebenarnya boleh keluarkan barang kemas 999 PG Jewel.
Itulah kelebihan akaun GAP.
Anda boleh keluarkan dinar, gold bar dan barang kemas 999.
Barang kemas 999 PG Jewel sesuai sebagai perhiasan dan simpanan sebab spread yang kecil (9% ++)
Barang kemas 999 jarang dipromosikan oleh kedai emas yang lain kerana teknologi pembuatan di barang kemas Malaysia belum lagi maju namun di PG Jewel, kami telah pun menggunakan teknologi generasi ke 5.
Ini membolehkan barang kemas yang dihasilkan lebih bagus dari segi kualiti dan konsistensi.
Sekarang, bagaimana nak tolak dari akaun emas GAP anda dan dapat barang kemas PG Jewel?
Follow step ini:
1. Layari website PGjewel di https://pgjewel.my
2. Pilih barang kemas yang berkenan di hati dan cek berapa gram beratnya.
3. Pastikan baki gram akaun GAP anda mencukupi. Kalau tak cukup, topup akaun gap anda.
4. Add to cart di website pgjewel dan semasa checkout, pilih option untuk withdraw dari akaun GAP anda.
5. Sila lihat gambar.
17/04/2025
RM511 segram...it's official.
Sejarah baru tercipta hari ini!
Mentor pesan, beli emas dan tunggu harga naik.
Bukan tunggu harga jatuh baru nak beli.
Kelak kita pasti menyesal kerana asyik bertangguh.
Yang dah mula menabung emas, teruskan aja menabung sehingga capai matlamat! Nak kahwin, pergi haji, tunaikan umrah, beli rumah, beli kereta, bayar hutang jahat, dana pendidikan anak dan banyak lagi impian yang memerlukan simpanan dibina dari awal.
Bila harga cecah Rm700/gm kelak, pasti tersenyum comey aja.
Begitulah.
Nor Zeelawati Mokhtar
Dealer Aktif PG
09/02/2025
Emas adalah aset.
Bukan liabiliti.
Emas memang mahal.
Dan akan jadi semakin mahal.
Emas bukan sekadar untuk ‘buy low, sell high’.
Kritikal diperlukan saat darurat. Who knows?
Sebab tu orang pilih emas fizikal.
Emas adalah ‘insuran’ kepada hasil titik peluh kita.
Sistem bank boleh collapse dan pernah berlaku sebelum ini.
Emas adalah matawang global secara fitrah.
Semua negara di dunia memperakui nilai emas.
Sebab tu laku kalau di jual di mana-mana negara di dunia.
Public Gold adalah jenama emas yang jual emas khusus untuk simpanan dan pelaburan.
✅ Ada cawangan seluruh negeri. Mudah untuk urusan jual balik emas.
✅ Emas dari sekecil 0.25 gram hingga 1 kilogram.
✅ Anda boleh beli sebanyak mana dan simpan sendiri emas eg sewa safe deposit etc.
✅ Urusan jual beli 24 jam
✅ Public Gold juga beli emas jenama ABC dan barang kemas terpakai dengan harga tinggi.
Begitulah.
05/01/2025
Menghadapi tahun 2025 yang dijangka sukar atau "keras" memerlukan persediaan yang rapi dalam pelbagai aspek kehidupan.
Berikut adalah beberapa persediaan kewangan yang boleh diambil untuk menghadapi cabaran tersebut:
📌 *Simpan Dana Kecemasan:*
Utamakan menyimpan dana kecemasan sekurang-kurangnya 3-6 bulan gaji
📌 *Pelbagaikan Portfolio simpanan:*
Adalah lebih baik kita menyimpan di beberapa tempat. Jika sebelum ini kita hanya menyimpan wang, mungkin sekarang tiba masanya kita mempertimbangkan untuk menyimpan emas.
📌 *Kurangkan hutang:*
Mengutamakan pembayaran hutang sedia ada, terutamanya hutang berfaedah tinggi seperti kad kredit, dan elakkan daripada membuat hutang yang baru.
📌 *Pelbagaikan sumber pendapatan:*
Mempertimbangkan untuk mencari sumber pendapatan sampingan
📌 *Hidup di bawah kemampuan:*
Belajar untuk membezakan antara sara hidup dan gaya hidup. Bersederhanalah dalam berbelanja
Dengan persediaan yang betul, kita dapat menghadapinya dengan lebih tenang dan yakin.
#2025
02/01/2025
Kita tidak bersaing Dengan Siapa-siapa,
Kita Hanya bersaing Dengan diri kita yang Lepas
Jika tahun Lepas mampu simpan 12 gram,
Pastikan 2025 ni kita mampu simpan lebih 12 gram.
Itu kejayaan kita yang sebenar!
Anda buat anda dapat
Jumpa di puncak kejayaan🔥
24/12/2024
Kos Haji 1446H/2025M meningkat?
Tabung Haji telah mengumumkan kos mengerjakan haji bagi tahun 1446H/2025M mengikut kategori seperti berikut:
B40 : RM15,000
M40 : RM23,500
T20 : RM33,300
Tahniah Kepada Semua Bakal Jemaah Haji 2025.
Berikutan pengumuman ini, terdapat pelbagai ulasan mengenai kenaikan kos haji bagi kategori B40 & M40 berbanding tahun 2024. Betul, dalam nilai RM kos haji meningkat banyak.
Jom kita buatkan sedikit kiraan di sini.
Kos haji bagi tahun 2024 dan peratusan kenaikan untuk tahun 2025 adalah seperti berikut:
B40 : RM12,356 -> RM15,000 : 21.4%
M40 : RM19,152 -> RM23,500 : 28.7%
T20 : RM33,300 -> RM33,000 : 0%
Meningkat 21.4% untuk B40 dan 28.7% untuk M40 berbanding tahun 2024.
Namun, tahukah anda bahawa kos Haji 2025 TIADA PENINGKATAN dengan simpanan EMAS.
Bagi tahun 2024, dengan harga emas sekitar RM330/gram, kos haji adalah:
B40 : RM12,356 : 38 gram (9 dinar)
M40 : RM19,152 : 58 gram (14 dinar)
T20 : RM33,300 : 101 gram (24 dinar)
Bagi musim haji tahun 2025 p**a, dengan harga emas sekitar RM415/gram, kos haji adalah:
B40 : RM15,000 : 37 gram (9 dinar)
M40 : RM23,500 : 57 gram (14 dinar)
T20 : RM33,300 : 81 gram (20 dinar)
** dibulatkan kepada gram & dinar
Daripada analisis ringkas ini, kita dapat lihat bahawa dengan simpanan emas, kos mengerjakan haji bagi 2024 dan 2025 untuk kategori B40 dan M40 adalah sama iaitu masing-masingnya 9 dinar dan 14 dinar.
Bagi kategori T20 p**a, kos mengerjakan haji bagi 2025 adalah 4 dinar lebih rendah berbanding kos untuk 2024.
Dengan simpanan EMAS, kos Haji 2025 tidak naik untuk kategori B40 dan M40, malahan lebih rendah untuk untuk kategori T20.
Bagi anda yang menunggu giliran haji untuk beberapa tahun akan datang, mulakan simpanan dana haji dalam bentuk emas. Ini kerana emas dapat memegang nilai dengan lebih baik berbanding matawang.
13/11/2024
Alhamdulillah selesai bantu Ustaz Ery, daftarkan akaun emas junior untuk 4 org anak-anaknya dan bantu buatkan SIMPANAN, RM100 utk setiap satu akaun.
Sepanjang bulan November ni, siapa yang daftar akaun anak dan terus buat simpanan, saya akan kongsi REZEKI cash rebate RM10 untuk setiap satu akaun baru ya.
Jangan lepaskan p**ang!!! Daftar sementara harga murah🔥
Wasap saya untuk saya bantu ok www.wasap.my/601159914929/akaunjunior