PPKI SMK Sultan Abdul Samad, Klang

PPKI SMK Sultan Abdul Samad, Klang

Share

Program Pendidikan Khas Integrasi untuk murid kurang upaya pendengaran dan masalah pembelajaran

Dibuka pada 1978 dan merupakan satu-satunya sekolah menengah yang menawarkan tempat bagi murid bermasalah pendengaran merangkumi daerah Klang & Shah Alam. Sekolah ini mula dibina pada 1 Julai 1968 dan bertempat di Jalan Landasan, Bukit Kuda atas usaha kerajaan pada ketika itu memandangkan kawasan tersebut masih belum mempunyai sekolah menengah. Nama asal sekolah ini ketika itu adalah Sekolah Menen

31/08/2025

🇲🇾 Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-68 🇲🇾

Seluruh warga PPKI SMK SULTAN ABDUL SAMAD mengucapkan selamat menyambut Hari Kebangsaan kepada semua rakyat Malaysia.

Semoga semangat perjuangan para pejuang tanah air menjadi inspirasi buat kita semua dalam membina generasi berilmu, berakhlak dan cintakan negara.

Merdeka bukan sekadar laungan, tetapi amanah untuk kita kekalkan!

“Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni”

16/08/2025

Gimik Pelancaran Bulan Kemerdekaan ke-68 tahun 2025. Video penuh coming soon ! 🇲🇾

Photos from PPKI SMK Sultan Abdul Samad, Klang's post 08/06/2024

Karnival Kebolehpasaran Pendidikan Khas peringkat daerah Klang.
*Tempat- SMK Batu Unjur, Klang @ 6 Jun 2024*
- Pertandingan Poster Digital (Tempat Kedua)- Nur Khairyna Hannah binti Hairulnizam
- Pertandingan Kolaj Manik (Tempat Ketiga)- Tanithya Tan Wei Ying
- Pertandingan Nyanyian Solo (Penyertaan)- Muhammad Azril Haikal bin Shaari

Photos from PPKI SMK Sultan Abdul Samad, Klang's post 13/05/2024

Kejohanan Merentas Desa Pendidikan Khas 2024:

Kejohanan Merentas Desa Pendidikan Khas MSSD Klang 2024
Tarikh : 24/04/2024 (rabu)
Tempat : SK Bukit Cheraka
Bilangan murid yg terlibat : 4 orang

Pencapaian :
==========
Nurin (P15) : Tempat ke-2
Alzahrin Hakimi (L15) : Tempat ke-7
Siti Nur Aisyah (P19) : Tempat ke-17
Irfansyah (L15) : -

Kejohanan Merentas Desa Pendidikan Khas MSS Selangor Kali ke-3 2024
Tarikh : 7 & 8 Mei 2024 (Hari Selasa & Rabu)
Tempat : SK Antara Gapi, Hulu Selangor
Bilangan murid yg terlibat : 1 orang

Pencapaian :
==========
Nurin (P15) : Tempat ke-5

Photos from PPKI SMK Sultan Abdul Samad, Klang's post 13/05/2024

Latihan Kebakaran murid-murid PPKI dengan murid aliran perdana di SMK SAS

Photos from PPKI SMK Sultan Abdul Samad, Klang's post 08/05/2024

Tahniah kepada Cikgu Anis yang berjaya melatih murid-murid hingga berjaya menghasilkan pizza untuk dijual di koperasi sekolah. Bangga dengan kejayaan murid2 PPKI SAS.

Photos from PPKI SMK Sultan Abdul Samad, Klang's post 17/04/2024

Pelbagai aktiviti menarik diadakan sempena sambutan hari raya di PPKI. Murid belajar menganyam ketupat, masak nasi himpit, lemang dan kuah kacang serta kacau dodol

Want your school to be the top-listed School/college in Klang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Klang

Opening Hours

Monday 07:00 - 13:00
Tuesday 07:00 - 13:00
Wednesday 07:00 - 13:00
Thursday 07:00 - 13:00
Friday 07:00 - 12:30