02/05/2026
Tawaran adalah dipelawa daripada Syarikat yang berdaftar dengan KEMENTERIAN
KEWANGAN yang masih sah tempohnya di bawah kod bidang 221401 (Bangunan/Hiasan
Dalaman) yang berada di Selangor
Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam SRITI Al-Hawariyyun dibawah DPPK. Memberi pendidikan peringka
02/05/2026
Tawaran adalah dipelawa daripada Syarikat yang berdaftar dengan KEMENTERIAN
KEWANGAN yang masih sah tempohnya di bawah kod bidang 221401 (Bangunan/Hiasan
Dalaman) yang berada di Selangor
18/04/2026
IKLAN JAWATAN KOSONG GURU GANTI AKADEMIK (KEMASUKAN MEI 2026)‼️
السلام عليكم ورحمة الله وبركاتة
SEKOLAH RENDAH INTEGRASI TERAS ISLAM (SRITI) AL HAWARIYYUN, KLANG.
SRITI AL HAWARIYYUN, KLANG sedang mencari individu yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di bawah :
1️⃣ Penempatan : SRITI Al Hawariyyun Pelabuhan Klang.
📌 Jawatan yang ditawarkan :
• Guru Ganti Akademik (Subjek Sains)
🔎 Lelaki / Perempuan
📌 Syarat Kelayakan :
👤Beragama Islam
👤Warganegara Malaysia
👤Berumur 20 tahun ke atas
👤Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Diploma / Ijazah yang berkaitan / Sijil-Sijil yang berkaitan
👤Pengalaman Mengajar diberi perhatian
👤Menutup aurat dengan sempurna
👤Tiada komitmen lain
👤 Boleh mengikuti peraturan yang ditetapkan
📌Sekiranya anda berminat
Sila Whatsapp ke www.wasap.my/60135230132/jawatankosonggurugantisains
atau e-mel ke
📩[email protected]
Pihak SRITI Al Hawariyyun akan hubungi mereka yang berminat untuk maklumkan tarikh temuduga.
Jazakumullah Kheir Katheera💚
17/04/2026
🌟 Selamat Maju Jaya! 🌟
Dengan penuh harapan dan doa, warga sekolah mengiringi langkah para peserta yang akan menyertai Mahrajan Amal Islami SRITI (MAIS) peringkat negeri Selangor yang diadakan di SRA Sungai Tengi Kanan, Tanjung Karang pada hari Ahad ini.
Semoga setiap usaha yang dicurahkan membuahkan hasil yang membanggakan, dipermudahkan segala urusan serta diberkati dengan kejayaan. Tampilkan yang terbaik dengan penuh keyakinan, semangat dan tawakal kepada-Nya.
“Usaha, doa dan tawakal — kunci menuju kejayaan.”
Semoga pulang dengan pengalaman berharga dan kejayaan yang gemilang, insya-Allah 🤲✨
09/04/2026
✨ MERIAH • CERIA • PENUH MAKNA ✨
8 April 2026 | Rabu
Alhamdulillah, Program Sambutan Hari Raya Aidilfitri SRITI Al-Hawariyyun 2026 telah berlangsung dengan penuh warna! 🌙🎉
Tempat dihias indah, meja dipenuhi juadah, dan wajah-wajah ceria warga sekolah menjadikan setiap detik sambutan kali ini sangat bermakna. Gelak tawa murid, komitmen guru, serta kerjasama semua pihak telah mencipta satu kenangan yang tidak ternilai.
Bukan sekadar sambutan, tetapi satu medan mengukuhkan ukhwah, menyemai kasih sayang, dan menghidupkan semangat kebersamaan dalam jiwa setiap warga SRITI Al-Hawariyyun 💚
Setinggi-tinggi juga penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada ibubapa yang menyediakan juadah untuk dikongsi bersama bagi menjayakan program ini.
Semoga segala usaha diberkati dan silaturrahim yang terjalin terus mekar selamanya 🌸
01/04/2026
IKLAN JAWATAN KOSONG GURU GANTI & TETAP (KEMASUKAN MEI & JUN 2026)‼️
السلام عليكم ورحمة الله وبركاتة
SEKOLAH RENDAH INTEGRASI TERAS ISLAM (SRITI) AL HAWARIYYUN, KLANG.
SRITI AL HAWARIYYUN, KLANG sedang mencari individu yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di bawah :
1️⃣ Penempatan : SRITI Al Hawariyyun Pelabuhan Klang.
📌 Jawatan yang ditawarkan :
• Guru Ganti Akademik
• Guru Tetap Akademik
🔎 Lelaki / Perempuan
📌 Syarat Kelayakan :
👤Beragama Islam
👤Warganegara Malaysia
👤Berumur 20 tahun ke atas
👤Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Diploma / Ijazah yang berkaitan / Sijil-Sijil yang berkaitan
👤Pengalaman Mengajar diberi perhatian
👤Menutup aurat dengan sempurna
👤Tiada komitmen lain
👤 Boleh mengikuti peraturan yang ditetapkan
📌Sekiranya anda berminat
Sila Wasap ke www.wasap.my/60135230132/jawatankosongguru
atau e-mel ke
📩[email protected]
Pihak SRITI Al Hawariyyun akan hubungi mereka yang berminat untuk maklumkan tarikh temuduga.
Jazakumullah Kheir Katheera💚
20/03/2026
𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐅𝐈𝐓𝐑𝐈 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇
Dengan penuh kesyukuran, kita meraikan hari kemenangan setelah sebulan berjuang mendidik diri di madrasah Ramadan. Semoga segala amal ibadah kita diterima oleh Allah SWT.
Di kesempatan yang mulia ini, marilah kita mengukuhkan kembali ikatan kekeluargaan, menyantuni yang tua, mengasihi yang muda, serta saling bermaafan dengan hati yang ikhlas. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Semoga ukhuwah terus mekar dan diberkati.
Jadikan Aidilfitri ini sebagai titik permulaan untuk kita memperbaiki hubungan, menyuburkan kasih sayang, dan membina masyarakat yang harmoni.
Dalam kegembiraan menyambut Syawal, jangan kita lupa untuk terus istiqamah dalam amal, menjaga solat, dan meneruskan nilai-nilai kebaikan yang telah kita bina sepanjang Ramadan.
Akhir kata,
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.
Semoga Syawal kali ini membawa rahmat, kebahagiaan dan keberkatan buat kita semua.
𝘛𝘢𝘲𝘢𝘣𝘣𝘢𝘭𝘢𝘭𝘭𝘢𝘩𝘶 𝘮𝘪𝘯𝘯𝘢 𝘸𝘢 𝘮𝘪𝘯𝘬𝘶𝘮
Iklhas daripada:
Ahli Lembaga Pengurusan
SRITI Kawasan Klang & SRITI al-Hawariyyun
25/02/2026
Alhamdulillah, keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) telah diumumkan.
Tahniah diucapkan kepada semua murid atas usaha, kesungguhan dan pengorbanan sepanjang menghadapi peperiksaan ini. Semoga kejayaan yang diperoleh menjadi pendorong untuk terus berusaha dan mencapai kecemerlangan pada masa hadapan.
Berikut merupakan statistik keputusan UPKK murid:
9A - 4orang
8A - 6orang
7A - 6orang
6A - 1orang
5A - 5orang
4A - 2orang
3A - 5orang
2A - 8orang
Jumlah murid = 38orang
Pihak sekolah turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ibu bapa dan guru atas sokongan, doa serta bimbingan yang berterusan kepada anak-anak.
24/02/2026
📚 Laporan Murni Ibu Bapa Tahun 1
Pertemuan antara guru dan ibu bapa bagi membincangkan perkembangan murid dari aspek pembelajaran dan sahsiah.
Terima kasih atas sokongan dan komitmen semua ibu bapa dalam memastikan kejayaan anak-anak.
04/02/2026
TAHNIAH SRITI AL-HAWARIYYUN 🎉
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran diucapkan kepada seluruh warga SRITI Al-Hawariyyun atas kejayaan meraih Tempat Ketiga dalam Pertandingan Video Minggu Al-Quds Peringkat Negeri Selangor 2026 🏆🇵🇸
Pencapaian ini adalah hasil kreativiti, kerjasama dan usaha gigih semua yang terlibat dalam menyampaikan mesej perjuangan Al-Quds dengan penuh penghayatan dan makna. Kejayaan ini membuktikan komitmen warga sekolah dalam mendidik generasi yang peka terhadap isu ummah serta berani menyuarakan kebenaran melalui medium kreatif.
Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada para guru, murid serta ibu bapa yang memberi sokongan secara langsung dan tidak langsung. Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin untuk terus melahirkan generasi Rabbani yang cakna dan berprinsip
02/02/2026
Di mana letaknya AL-QUDS di hati kita?
Al-Quds bukan sekadar titik koordinat di atas peta dunia. Ia bukan sekadar deretan bangunan lama atau tanah gersang. Bagi kita umat Islam, Al-Quds adalah degup jantung yang menyambungkan nadi perjuangan dari zaman para Anbiya’ sehingga ke hari ini.
Apabila kita berbicara tentang Al-Quds, kita berbicara tentang kiblat pertama umat Islam. Kita berbicara tentang bumi Isra’ dan Mi’raj baginda Nabi Muhammad SAW. Maka, mendiamkan diri bukanlah satu pilihan.
Menerusi Minggu Al-Quds di SRITI, kami ingin menanamkan benih cinta dan tanggungjawab ini ke dalam jiwa generasi muda. Biar mereka membesar dengan faham bahawa pembebasan Al-Quds adalah janji Allah yang pasti akan tiba.
Walau jauh beribu batu, doa dan solidariti kita adalah senjata yang tiada galang gantinya. Teruskan bersuara, teruskan memberi, kerana setiap zarah usaha kita adalah bukti di hadapan Allah nanti.
“Membina Generasi Rabbani dan Murabbi”
| Monday | 08:00 - 17:30 |
| Tuesday | 08:00 - 17:30 |
| Wednesday | 08:00 - 17:30 |
| Thursday | 08:00 - 17:30 |
| Friday | 08:00 - 17:30 |