Mahasiswa Klang

Mahasiswa Klang

Share

Persatuan ini ditubuhkan dengan tujuan untuk mengumpulkan dan bertukar pendapat dari mahasiswa/graduan dan anak muda sekitar daerah Klang.

24/10/2022

[SELAMAT MENYAMBUT DEEPAVALI]

Iniya Deepavali valttukal (Selamat menyambut Deepavali) kepada saudara kita yang beragama Hindu.

Deepavali yang membawa erti yang amat luar biasa kepada semua, cahaya yang menerangi kegelapan yang mengajarkan nilai-nilai positif agar menjadi individu yang lebih baik, dapat mengatasi nilai-nilai negatif dalam diri dan sentiasa bersatu padu berbilang kaum supaya dapat membentuk sebuah keluarga yang prihatin.

Semoga Deepavali kali ini lebih bermakna, memberikan sinar dan dapat mengeratkan hubungan kita sebagai keluarga Malaysia yang prihatin


22/10/2022

[TARIKH PENTING PRU-15]

Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam PERMAKA.

Pada 20 Oktober 2022 yang lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengumumkan tarikh - tarikh penting PRU-15. Berikut diatas merupakan tarikh - tarikh penting untuk rakyat Malaysia terutamanya mahasiswa .

Mahasiswa perlu cakna dengan tarikh - tarikh ini dan pergi turun mengundi ! Undilah parti yang mempunyai calon yang bagus dan manifesto yang boleh ditunaikan.


09/10/2022

[SALAM MAULIDUR RASUL 2022]

Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam PERMAKA.

Kami dari Persatuan Mahasiswa Klang (PERMAKA) ingin mengucapkan Salam Maulidur Rasul, 1444H kepada seluruh umat Islam terutamanya di Klang.

Marilah sama sama kita menyemai rasa cinta dan kasih sayang kepada Nabi Junjungan Nabi Muhammad SAW, Kekasih Allah.



Photos from Mahasiswa Klang's post 21/09/2022

Assalamualaikum Wbt, Salam Sejahtera dan Salam PERMAKA.

PAMERAN SEMPENA MINGGU EKSPLORASI KERJAYA 2022

Pada 19 September 2022, Delegasi PERMAKA telah dijemput untuk mengadakan Pameran Sempena Minggu Eksplorasi Kerjaya 2022 yang bertempat di Dataran Seri Permata, SMK Jalan Kebun, Shah Alam.

Seramai 645 pelajar calon SPM pada tahun ini didedahkan dengan pameran kerjaya yang bakal membantu mereka untuk memilih bidang pekerjaan apabila mereka tamat persekolahan nanti.



20/09/2022

Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam PERMAKA.

PERJUMPAAN BERSAMA YB MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI, TAN SRI NOH OMAR

Pada 19 September 2022, Delegasi PERMAKA diketuai Presiden dan Timbalan Presiden telah berkesempatan bertemu dengan YB Tan Sri Noh bin Omar, Menteri Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi dan juga Datuk Kamaruzzaman Johari, Setiausaha Politik kepada YB Tan Sri Noh Omar di Menara Berkembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur.

Dalam pertemuan ini, beberapa perkara telah dibincangkan antaranya tentang hala tuju belia dan mahasiswa khususnya dalam bidang keusahawanan dan juga inisiatif untuk pelajar di kampus universiti. Delegasi juga sempat bertukar pendapat dan cadangan tentang Persatuan Mahasiswa di Selangor dan Klang secara khususnya. Semoga pertemuan dua hala ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dan memberi manfaat di masa akan datang. Terima Kasih UMNOSiswa Selangor yang memberi peluang kepada kami untuk mewakili PERMAKA bertemu dengan YBM secara dua hala untuk membincangkan isu Mahasiswa dan Belia khususnya.

Jika ada sumur di ladang,
Boleh kita menuai padu,
Jika ada umur yang panjang,
Bolehlah kita berjumpa lagi.

Photos from Mahasiswa Klang's post 19/09/2022

Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam PERMAKA.

PROGRAM ZIARAH ORANG-ORANG MUDA BERSAMA PEMUDA UMNO BHGN KOTA RAJA, JPKKKP DAN NGO-NGO TERLIBAT

Pada 17 september 2022, Delegasi PERMAKA bersama Jawatankuasa Pembangunan Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKKP), Pemuda UMNO Bahagian Kota Raja serta NGO lain telah menganjurkan program Ziarah Orang-Orang Muda di sekitar kawasan Bukit Jati, Sungai Kandis dan juga Jalan Kebun.

Dalam program tersebut, delegasi dari PERMAKA, JPKKKP, Pemuda UMNO Bahagian Kota Raja dan juga NGO-NGO lain telah memberi sumbangan berbentuk keperluan asas dan juga bantuan kewangan kepada peserta-peserta program tersebut. Semoga bantuan yang diberikan sedikit sebanyak dapat memanfaatkan mereka yang memerlukan.



Photos from Mahasiswa Klang's post 17/09/2022

Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam PERMAKA.

LAWATAN MUHIBBAH KE KEDIAMAN SDR AMIRUL AZUAN DI SUNGAI KANDIS

Pada 15 September yang lalu, wakil PERMAKA bersama Jawatankuasa Pembangunan Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKKP) telah membuat lawatan muhibbah ke kediaman sdr Amirul Azuan yang bertempat di Sungai Kandis, Shah Alam.

Dalam lawatan muhibbah tersebut, kami sempat meluangkan masa untuk bertanyakan khabar tentang beliau yang menghidap kegagalan buah pinggang stage terakhir. Delegasi lawatan tersebut juga kemudian memberi sedikit bantuan seperti kelengkapan tidur, makanan dan wang tunai bagi meringankan beban beliau di masa akan datang. Kami di PERMAKA mendoakan agar Sdr Amirul Azuan agar cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan.



16/09/2022

Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera dan Salam Permaka

SELAMAT HARI MALAYSIA 2022

Bersempena dengan Hari Malaysia, kami dari Persatuan Mahasiswa Klang ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia.

Semarakkan semangat Keluarga Malaysia tidak kira apa agama dan bangsa kita sekalipun, kita semua adalah rakyat Malaysia.

Selamat Hari Malaysia buat semua, Keluarga Malaysia Teguh Bersama.


06/09/2022

Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera dan Salam Permaka

TERIMA KASIH YAB PERDANA MENTERI MALAYSIA

Kerajaan bersetuju memberikan tablet PerantiSiswa secara terus kepada semua mahasiswa tanpa perlu memulangkan peranti tersebut kepada kerajaan selepas mahasiswa menamatkan pengajian.

YAB Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju untuk memberi terus tablet kepada 350,000 mahasiswa B40, dimana sebelum ini inisiatif ini diberikan secara Konsep Guna Pakai (KGP), yang mana peranti tersebut perlu dipulangkan kembali selepas tamat pengajian, semasa Majlis Pelancaran Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia, yang berlangsung pada 3 September 2022 di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Justeru, kami daripada Persatuan Mahasiswa Klang mengucapkan ribuan terima kasih kepada Perdana Menteri Malaysia di atas inisiatif ini. Diharapkan dengan adanya inisiatif ini, segala urusan berkaitan mahasiswa dapat dipermudahkan.


30/08/2022

Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera dan Salam Permaka

SELAMAT HARI KEMERDEKAAN KE-65 TANAH AIR KU

Bersempena dengan Hari Kemerdekaan yang bakal tiba tidak lama lagi, kami dari Persatuan Mahasiswa Klang ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Kali Ke-65 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Bertemakan Keluarka Malaysia Teguh Bersama, marilah kita bekerjasama dalam memupuk nilai keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia serta mengambil iktibar dari kisah perjuangan kemerdekaan yang dilakukan oleh tokoh-tokoh negarawan yang terdahulu justeru bersama-sama mengekalkan keharmonian keamanan negara kita yang tercinta ini.



29/08/2022

Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera dan Salam Permaka

TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA AARON -WOOI YIK WIRA BADMINTON NEGARA

Setelah 45 tahun menanti, akhirnya tahun ini Malaysia berjaya menjuarai kejohanan badminton dunia menerusi beregu lelaki badminton negara, Aaron dan Wooi Yik. Perjuangan titik peluh dua wira ini membuahkan hasil apabila mereka berdua berjaya merangkul kejuaraan badminton dunia di Tokyo baru baru ini.

Kami di Mahasiswa Klang ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada kedua-dua wira negara ini. Pastinya kemenangan ini merupakan hadiah buat seluruh rakyat Malaysia sempena Hari Kemerdekaan yang bakal tiba tidak lama lagi.

Photos from Mahasiswa Klang's post 01/08/2022

[KEJOHANAN SEPAK TAKRAW BAKAT BARU KOTA RAJA]

Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam PERMAKA

Pada 31 Julai 2022, Persatuan Mahasiswa Klang telah dijemput untuk turut serta dalam Pertandingan Sepak Takraw anjuran Pemuda Barisan Nasional Parilemen Kota Raja bertempat di Setia Mahkota, Klang. Sebanyak 32 regu telah mengambil bahagian. PERMAKA juga turut serta menghantar regu dalam kejohanan ini.

Terima kasih diucapkan kepada penganjur atas kesudian menjemput Persatuan Mahasiswa Klang untuk bersama sama turut serta bagi memeriahkan pertandingan ini. Semoga kita dapat berjumpa lagi di masa akan datang.


Want your school to be the top-listed School/college in Klang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address

Klang

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00