Quranic Antinote

Quranic Antinote

Share

"menyembuh fitrah.."

21/01/2023

Membaca Al Quran dengan tartil adalah salah satu bentuk BEHAVIOURAL THERAPY yang paling ajaib dan ‘tercanggih’ di dunia yang ALLAH kurniakan kepada kita.

Kenapa saya kata canggih?

Sebab terapi-terapi lain memerlukan kita melakukan banyak langkah/effort untuk setting semula diri dan jiwa kita sebagai salah satu keperluan terapi. Banyak proses manual yang terlibat.

Tetapi bacaan Al Quran ni, cukup sekadar menghadirkan hati yang berserah pada ALLAH, maka kita TERUS masuk dalam mode ‘auto-pilot’ terapi yang berinteraksi dengan minda, jiwa dan fizikal kita tanpa kita sedari untuk repair mana-mana bahagian diri kita yang bermasalah itu.

Sedar-sedar, semakin lama dan semakin baik bacaan, semakin membaik diri kita dari pelbagai aspek.

Dalam apa jua usaha kita membaiki dan memulihkan diri, amat rugi jika kita tidak menjadikan terapi dengan Al Quran ini sebagai terapi yang paling utama - di samping terapi-terapi lain yang diperlukan.

Photos from Quranic Antinote's post 20/01/2023

Salah satu emotional maturity dalam berkomunikasi ada ditunjukkan dalam Surah Qaf ayat 39 dan 40 ini.

Dalam ayat ini juga, ALLAH tunjukkan kepada kita apa yang perlu diamalkan untuk menjadi manusia yang mampu bersabar atas kata-kata buruk dan kecaman manusia.

Ayuh kita selami.

Photos from Quranic Antinote's post 16/01/2023

Doa-doa ini ringkas dan pendek saja. Sesuai diamalkan sekeluarga dari ibubapa sehingga anak-anak kecil.

Kesemua doa ini ada 10 ayat. Pilih setiap 2 ayat untuk diamalkan pada waktu solat tertentu.

Subuh 2 ayat, Zohor 2 ayat begitulah seterusnya sehingga Isya'.

Jadi secara langsung kita dapat mempraktikkan doa dari Al Quran sebanyak 10 doa ini untuk kelestarian kasih sayang dalam rumahtangga kita, inshaALLAH.

Save dalam handphone, kongsikan bersama keluarga melalui aplikasi whatsapp.

A small consistent step a day is all that we need to improve our life. BismiLLAH...

======
Hebahan
======

Perkampungan Al Quran: Seindah Sabar Yusuf pada 28 & 29 Januari di River & Glamp, Ulu Yam. Daftar d quranicantinote.com

Quranic Antinote

07/01/2023

Segala rencana kejahatan yang baginda lalui, dihadapi dengan kesabaran yang luar biasa. Ini dia.

Kita nak belajar dan dapatkan kualiti OPTIMIS seperti yang beliau miliki. Emosi dan maruahnya diinjak, tetapi yakin dan kasihnya pada TUHAN tak pernah berganjak.

Jiwa hamba yang biasa; apabila diuji akan mudah mempertikai;

"Apa dosa aku ya ALLAH?"
"Kenapa KAU uji aku begini ya ALLAH?"
"Kenapa aku bukan orang lain ya ALLAH?"

Berbezanya Nabi Yusuf ni, daripada memilih untuk menjadikan 'childhood trauma'nya sebagai alasan hidupnya c**a merba dan tergendala, baginda sebaliknya menjadikan semua apa yang bersifat trauma itu sebagai gelanggang pendidikan luar biasa sehingga beliaunya daripada seorang anak ‘terbuang,’ akhirnya menjadi pemimpin yang dijulang.

Episod hidup yang dilaluinya cukup traumatic, tapi baginda ‘keluar’ daripada ujian-ujian tersebut tanpa victimised mindset. Di mana kekuatan ini bersembunyi dalam dirinya?

InshaALLAH nanti kita kupaskan.

06/01/2023

Kerinduan yang bakal dirawat tak lama lagi. Kerinduan untuk berlama-lamaan merenung Al Quran dalam kehijauan. InshaALLAH, 22 hari saja lagi untuk Perkampungan Al Quran; Seindah Sabar Yusuf.

Saya masih teringat kali pertama saya hafaz Surah Yusuf, kira-kira 15 tahun yang lepas. Daripada nak menghafaz tu, jadi tak terhafaz sebab asyik menahan sebak; kerana tersentuh dengan penceritaan yang mempamerkan betapa banyaknya sayang ALLAH pada kita.

Antara hal lain yang menyentuh saya, ialah merenung betapa murninya mindset dan akhlak Nabi Yusuf dalam berdepan dengan orang yang satu ketika dulu mengkhianatinya dan merampas hampir seluruh sinar hidupnya. Bukan calang-calang usaha orang lain dalam menjatuhkannya.

Ada ratusan hikmah dan ibrah dari surah Yusuf yang akan kita kupaskan dalam siri Perkampungan Al Quran kali ini, inshaALLAH.

Link pendaftaran akan dibuka pada 8 Januari 2023, inshaALLAH.

Want your school to be the top-listed School/college in Klang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address

Lembah
Klang