Al Fikh Orchard Johan Setia - Tadika Mutiara Al Fikh

Call Website Contact the school

Al Fikh Orchard Johan Setia - Tadika Mutiara Al Fikh Islamic Kindergarten

PROGRAM PENGABDIAN MASYARAKAT DOSEN DI AO JOHAN SETIAAl Fikh Orchard  Johan Setia berbesar hati menjadi sebahagian darip...
20/09/2026

PROGRAM PENGABDIAN MASYARAKAT DOSEN DI AO JOHAN SETIA

Al Fikh Orchard Johan Setia berbesar hati menjadi sebahagian daripada program Pengabdian Masyarakat Dosen yang mengetengahkan inovasi dalam pendidikan awal kanak-kanak melalui pendekatan STEM dan teknologi.

Program bertajuk:
RobEd_STEM: Inovasi Pembelajaran Robot Edukasi Berbasis STEM dalam Meningkatkan Kemampuan Computational Thinking Anak Usia Dini

telah disampaikan oleh Dr. Nini Aryani, M.Pd. (Dosen IPTAR) di salah satu cawangan AO di Klang.

Program ini memberi pendedahan kepada pendidik mengenai potensi penggunaan robot edukasi, STEM dan computational thinking dalam mewujudkan pengalaman pembelajaran yang lebih interaktif, kreatif dan bermakna untuk kanak-kanak usia dini.

Melalui pendekatan sebegini, kanak-kanak bukan sahaja belajar menggunakan teknologi, tetapi turut digalakkan untuk meneroka, menyelesaikan masalah, berfikir secara sistematik dan menghasilkan idea secara kreatif.

Al Fikh Orchard sentiasa mengalu-alukan perkongsian ilmu, kolaborasi akademik dan inovasi pendidikan yang dapat memperkukuhkan kualiti pendidikan awal kanak-kanak.

Terima kasih Dr. Nini Aryani dan seluruh pihak yang terlibat atas perkongsian ilmu yang sangat bermakna.

Semoga lebih banyak kolaborasi dalam bidang STEM, teknologi dan pendidikan awal kanak-kanak dapat dilaksanakan pada masa akan datang.

AL FIKH ORCHARD
Shaping Future Ummah











Tahniah Adik Beyazid mewakili AO JOHAN SETIA memenangi tempat ketiga kategori Sajak Sempena Semarak  Hari Malaysia 2026
20/09/2026

Tahniah Adik Beyazid mewakili AO JOHAN SETIA memenangi tempat ketiga kategori Sajak Sempena Semarak Hari Malaysia 2026

🌸💚 PROMO OKTOBER AL FIKH ORCHARD JOHAN SETIA! 💚🌸✨ IBU AYAH, JOM CUBA DAHULU! ✨Tak perlu tertanya-tanya sama ada anak ser...
20/09/2026

🌸💚 PROMO OKTOBER AL FIKH ORCHARD JOHAN SETIA! 💚🌸

✨ IBU AYAH, JOM CUBA DAHULU! ✨

Tak perlu tertanya-tanya sama ada anak serasi dengan suasana sekolah…

💗 BERI ANAK PELUANG UNTUK RASA SENDIRI!

🎉 FREE TRIAL CLASS SELAMA 1 MINGGU
📅 SEPANJANG BULAN OKTOBER

Di Al Fikh Orchard Johan Setia, anak-anak diberi ruang untuk belajar melalui pengalaman dalam suasana yang ceria, selamat dan menyeronokkan. 🌱✨

📚 Pembelajaran berasaskan pengalaman
👩🏻‍🏫 Guru berpengalaman & berkualiti
🛡️ Persekitaran selamat & kondusif
🎨 Aktiviti menarik & interaktif
💚 Nilai Islam dalam setiap aktiviti
🤝 Pembelajaran bersama rakan

Bukan sekadar duduk belajar…
Anak-anak meneroka, mencuba, bermain, berinteraksi dan membina keyakinan dalam pengalaman pembelajaran mereka. 🥰

🌟 PALING BEST… BOLEH CUBA DAHULU!

👉 FREE TRIAL CLASS 1 MINGGU
👉 KHAS BULAN OKTOBER

📲 NAK DAFTAR TRIAL?
WhatsApp sekarang:
018-7720551

📍 AL FIKH ORCHARD JOHAN SETIA
Playschool & Kindergarten
No.40, Lorong Setia 1A, Taman Setia, Off Jalan Johan Setia, Klang

🔵 Facebook: Al Fikh Orchard Johan Setia

💗💚 Jom kenalkan anak dengan pengalaman belajar di Al Fikh Orchard!







07/08/2026

MENCANTING BATIK🎉🎉

Hasil kerjasama berkumpulan.
Terhasil lukisan batik sentuhan anak didik hari ini sempena Hari Batik & Pelikat💪


07/08/2026

MENCANTING BATIK🎉🎉

Salah satu aktiviti sempena Hari Batik & Pelikat

🌹Murid2 dapat mengenali batik sebagai salah satu seni warisan dan budaya Malaysia serta berpeluang menghasilkan batik dengan kreativiti sendiri.


27/07/2026

PUPPET SHOW
AL FIKH ORCHARD JOHAN SETIA

27/07/2026
Congratulations 🎉🎉🎉
27/07/2026

Congratulations 🎉🎉🎉

Assalamualaikum wbt,

Dengan penuh rasa syukur ke hadrat Allah SWT, Al Fikh Orchard HQ merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Pn. Hjh. Siti Ruzita Ramli, Founder Al Fikh Orchard Early Childhood Consultancy, atas pelantikan rasmi sebagai Panel Coach Program Bimbingan INSKEN bagi tempoh 24 Julai 2026 hingga 23 Julai 2029.

Pelantikan ini merupakan satu pengiktirafan terhadap komitmen, pengalaman dan dedikasi beliau dalam membangunkan usahawan serta memperkasakan ekosistem keusahawanan negara.

Semoga amanah ini menjadi asbab lahirnya lebih ramai usahawan yang berdaya saing, berintegriti dan memberi manfaat kepada masyarakat. Semoga Allah SWT terus mengurniakan kekuatan, kebijaksanaan dan keberkatan dalam setiap langkah perjuangan.

Tahniah & Selamat Menjalankan Amanah! 🌸

Ikhlas daripada
Seluruh Warga Al Fikh Orchard HQ 💚🩷

AKTIVITI MENGECOP TANGAN👋👋SAVE ENVIROMENT Simbolik perjanjiaan akan mencintai alam♻️♻️♻️♻️♻️Apabila anak di ajar untuk m...
21/07/2026

AKTIVITI MENGECOP TANGAN👋👋
SAVE ENVIROMENT

Simbolik perjanjiaan akan mencintai alam♻️♻️♻️♻️♻️

Apabila anak di ajar untuk menjaga alam dari Awal Usia, ia akan kekal menjadi tabiat..

Ibarat kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya..

Address

No. 40, Lorong Setia 1A, Tmn Setia, Johan Setia
Klang

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Al Fikh Orchard Johan Setia - Tadika Mutiara Al Fikh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Al Fikh Orchard Johan Setia - Tadika Mutiara Al Fikh:

Shortcuts

Share

Category