11/10/2025
📢 Ucapan Terima Kasih & Tahniah
Kami daripada pihak Madrasah Tahfiz Fathul Ulum ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ibu bapa serta penjaga yang telah memberi sokongan kepada anak-anak dalam pertandingan khutbah dan azan pada hari ini. 🙏✨
Tahniah juga diucapkan kepada pelajar kita, adik Umar Al-Faruq, kerana berjaya menduduki tempat ketiga bagi kategori Azan. 🎉📿
Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat buat semua pelajar untuk terus berusaha dan cemerlang pada masa akan datang. 🌸💪