USTP PPD SPU

USTP PPD SPU Aktiviti-aktiviti USTP PPD SPU

06/03/2026
Bengkel Penyelenggaraan Set Mikrobotik dan Set Reka Edukit.Sebagai persediaan MY Robotic Challenge tak lama lagi, USTP d...
05/03/2026

Bengkel Penyelenggaraan Set Mikrobotik dan Set Reka Edukit.

Sebagai persediaan MY Robotic Challenge tak lama lagi, USTP dan JTK COE giat menyelenggara set Mikrobotik dan Reka Edukit.

Namun, masih ada sekolah yang belum menghantar set Mikrobotik dan set Reka Edukit. Mana mana sekolah yang masih menyimpan set Mikrobotik dan Reka Edukit, mohon pulangkan ke PKG terdekat.

Tahniah diucapkan kepada En Hanif bin Ab Rahman atas pelantikan Pen PPD Unit Sumber dan Teknologi Pendidikan PPD Seberan...
20/02/2026

Tahniah diucapkan kepada En Hanif bin Ab Rahman atas pelantikan Pen PPD Unit Sumber dan Teknologi Pendidikan PPD Seberang Perai Utara
En Hanif akan ditempatkan di PKG Teluk Air Tawar.

πŸ“˜ LAPORAN 1: SESI LIBAT URUS (SLU) GURU PERPUSTAKAAN & MEDIA (GPM) & USTP PPD SPUBil. 1/2026πŸ“ SSTP, JPN Pulau PinangπŸ“… 3 ...
09/02/2026

πŸ“˜ LAPORAN 1: SESI LIBAT URUS (SLU) GURU PERPUSTAKAAN & MEDIA (GPM) & USTP PPD SPU
Bil. 1/2026
πŸ“ SSTP, JPN Pulau Pinang
πŸ“… 3 Februari 2026
πŸ•¦ 11.30 pagi – 1.30 petang
Sesi Libat Urus (SLU) ini menjadi platform strategik memperkukuh peranan Guru Perpustakaan dan Media (GPM) dalam mendepani transformasi Pusat Sumber Sekolah (PSS) Abad Ke-21, selari dengan 7 Teras Strategik RPM 2026–2035.

Perbincangan memberi fokus kepada pengurusan PSS yang sistematik dan berimpak tinggi merangkumi pengurusan stok dan inventori, pemantapan Program NILAM melalui analisis data bacaan murid, serta pengukuhan literasi maklumat dan media bagi menangani isu berita palsu, AI dan privasi data.

Sesi ini turut memperjelas instrumen penilaian kendiri PSS sebagai langkah memastikan PSS kekal kondusif, relevan dan berfungsi sebagai hab pembelajaran digital serta komuniti kreatif sekolah.

✨ PPDSPU Pemacu Pembudayaan Prestasi Cemerlang Lagi Unggul

πŸ“˜ LAPORAN 2: SESI LIBAT URUS (SLU) PENOLONG KANAN PENTADBIRAN (PK1) & USTP PPD SPUBil. 1/2026πŸ“ SSTP, JPN Pulau PinangπŸ“… 4...
09/02/2026

πŸ“˜ LAPORAN 2: SESI LIBAT URUS (SLU) PENOLONG KANAN PENTADBIRAN (PK1) & USTP PPD SPU
Bil. 1/2026

πŸ“ SSTP, JPN Pulau Pinang
πŸ“… 4 Februari 2026
πŸ•¦ 11.30 pagi – 1.30 petang Sesi Libat Urus ini menjadi wadah strategik memperkukuh peranan Penolong Kanan Pentadbiran (PK1) dalam memacu integrasi teknologi pendidikan di sekolah, selari dengan aspirasi 7 Teras Strategik RPM 2026–2035.

Fokus perbincangan merangkumi pengoptimuman penggunaan pelantar DELIMa, penyelarasan jadual waktu PSS bagi pengukuhan literasi maklumat, pemantauan KPI USTP daerah termasuk NILAM dan penggunaan AI tools, serta pengurusan infrastruktur ICT sekolah melalui saluran yang tepat.

Sesi ini memperlihatkan komitmen kepimpinan sekolah dalam memastikan ekosistem pembelajaran digital yang tersusun, berimpak dan lestari demi kemenjadian murid.

✨ PPDSPU Pemacu Pembudayaan Prestasi Cemerlang Lagi Unggul


7 TERAS STRATEGIKRANCANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2026 - 2035
04/02/2026

7 TERAS STRATEGIK
RANCANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2026 - 2035

Setinggi tinggi ucapan Tahniah kepada Cik Nur Hattikah binti Azmi atas pelantikan sebagai Penolong Pengarah, Sektor Sumb...
03/02/2026

Setinggi tinggi ucapan Tahniah kepada Cik Nur Hattikah binti Azmi atas pelantikan sebagai Penolong Pengarah, Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang berkuatkuasa 3 Februari 2026.

Address

PPD SPU, Jalan DUA
Kepala Batas
13200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when USTP PPD SPU posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share