14/08/2026
π TAHNIAH DAN SYABAS, WIRA ROBOTRIK KMPP!
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada pelajar Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP) atas kejayaan cemerlang dalam Aktiviti Robotrik β Karnival Robotik Program Matrikulasi Tahun 2026.
Kejayaan ini lebih membanggakan apabila tiga pelajar KMPP berjaya menerima pengiktirafan dalam kategori anugerah yang berbeza, iaitu:
π Muhammad Imaduddin bin Ahmad Shukri.
Anugerah Pemikir Strategik
Team 4 | Robot Operation 1
π£οΈ Nurhusna Maisarah binti Zulkiflie.
Anugerah Komunikasi Cemerlang
Victim Support
π Eavan Yeoh Yu Hung
Anugerah Naratif Futuristik
Team Robot Operation 3
Pencapaian ini membuktikan bahawa pelajar-pelajar bukan sahaja mampu menyerlah dalam bidang akademik, malah turut memiliki pemikiran strategik, kemahiran komunikasi, kreativiti, inovasi dan keupayaan bekerja secara berpasukan.
Setinggi-tinggi penghargaan turut dirakamkan kepada Cik Nazlina binti Mohamed Sahul Hameed, selaku Pensyarah Pembimbing Robotrik, atas bimbingan, tunjuk ajar, sokongan, kesabaran dan komitmen yang diberikan sepanjang penyertaan pasukan sehingga berjaya mencapai kejayaan ini.
Syabas dan tahniah kepada semua peserta pelajar serta Pensyarah Pembimbing Robotrikππ
Segala usaha, masa, tenaga dan komitmen yang dicurahkan akhirnya membuahkan hasil yang membanggakan.
π Kejayaan ini bukan sekadar tentang anugerah, tetapi tentang keberanian mencuba, semangat berpasukan, ketekunan dan usaha untuk mencipta sesuatu yang luar biasa.
Teruskan melakar kejayaan dan menjadi inspirasi kepada warga KMPP!
KMPP TERUS CEMERLANG!
Berfikir. Berinovasi. Berkolaborasi. Mencipta Masa Depan.π€π