10/01/2024
๐๐๐
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐
1. Etika dan peradaban adalah dua konsep yang saling berkaitan dan mempengaruhi kehidupan manusia. Etika merujuk kepada nilai-nilai, prinsip-prinsip dan norma-norma yang menjadi panduan tingkah laku manusia (Kamus Dewan Edisi Keempat), manakala peradaban merujuk kepada tahap kemajuan dan pencapaian manusia dalam aspek-aspek seperti sains, teknologi, seni dan agama (Kamus Dewan Edisi Keempat). Dengan mempelajari penghayatan etika dan peradaban, ia dapat membantu kita membina kerangka pemikiran dan analisis penghayatan etika dan peradaban serta dapat mengkaji etika dan peradaban seseorang individu, keluarga, masyarakat mahupun negara.
๐.๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ (๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐)
Susur masa etika dan peradaban Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga zaman utama, iaitu zaman Pra-Kolonial (tradisional), zaman Kolonial (moden) dan zaman Pasca-Kolonial (percampuran
tradisional dan moden).
๐.๐ ๐๐๐ฆ๐๐ง ๐๐ซ๐-๐๐จ๐ฅ๐จ๐ง๐ข๐๐ฅ
Zaman sebelum kedatangan penjajah barat. Sebelum kedatangan penjajah barat, Tanah Melayu terkenal sebagai pusat perdagangan yang maju dan terkenal di seluruh dunia. Orang Melayu pada masa
tersebut sudah memiliki dan mengamalkan etika dan peradaban yang sopan, berhemah tinggi seperti menundukkan sedikit badan apabila berjalan di hadapan orang yang lebih dewasa atau orang tua dan ianya telah diwarisi sehingga sekarang. Oleh itu, etika dan peradaban telah lama wujud dalam peribadi dan perilaku dan kehidupuan seharian penduduk Tanah Melayu pada zaman tersebut dan dikenali sebagai adab dan adat, adat istiadat dan adat resam. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat :-
1. Adab adalah sebagai perilaku dan percakapan yang sopan, berbudi pekerti yang baik. Contoh beradab adalah apabila seorang Pelajar menjawab pertanyaan seorang Pendidik dengan nada
yang rendah dan lembut dan kata-kata hormat apabila ditegur dan jika sebaliknya dipanggil sebagai kurang adab atau tidak beradab.
2. Adat boleh digambarkan satu peraturan yang sudah lama dipraktikan di dalam masyarakat. Adat kebiasaannya berkaitan dengan peristiwa-peristiwa yang penting dalam kehidupan seseorang seperti perkahwinan, kelahiran ataupun kematian. Adat juga boleh merangkumi perayaan, tradisi, upacara yang berkaitan dengan agama, budaya dan sejarah.
3. Adat resam adalah sesuatu kelaziman atau kebiasaan yang diwarisi secara turun temurun dan dipatuhi oleh ahli masyarakat tersebut. Adat resam boleh berbeza mengikut daerah, kaum, agama dan budaya. Contoh adat resam dalam masyarakat Malaysia adalah adat merisik untuk pertunangan atau bersanding dalam perkahwinan Melayu.
4. Adat Istiadat adalah berbagai-bagai adat yang diikuti dan menjadi kelaziman. Contohnya seperti majlis rasmi seperti majlis pertabalan Yang Dipertuan Agong yang dijalankan mengikut amalan protokol Diraja seperti memberi sembah hormat yang dipanggil menjunjung duli.
๐.๐ ๐๐๐ฆ๐๐ง ๐๐จ๐ฅ๐จ๐ง๐ข๐๐ฅ (๐ฆ๐จ๐๐๐ง)
Ketika negara ini dijajah oleh penjajah Eropah selepas tahun 1511 telah membawa banyak perubahan dalam aspek sosial, ekonomi, politik, budaya dan agama. Penjajah telah membawa bermacam amalan adab, adat istiadat dan adat resam yang sekarang dikenali sebagai etika, etos dan etiket yang mana penjajah Eropah pratikkan dalam kehidupan harian dan pemerintahan mereka iaitu
dalam bentuk pentadbiran, ketuanan sosial, berpakaian, percakapan, cara makan, berjabat tangan, cara menghormati dan sebagainya. Penjajah Eropah berjaya menerapkan etika, etos dan etiket dalam budaya masyarakat tempatan dan masih diamalkan oleh rakyat Malaysia sehingga sekarang. Kamus Dewan Edisi Keempat mendefiniskan ketiga-tiga istilah tersebut seperti berikut :-
1. Etika ialah ilmu falsafah yang mengkaji prinsip-prinsip moral atau akhlak yang menjadi panduan tindakan individu atau kump**an manusia. Istilah etika berasal dari perkataan Yunani โEthosโ yang bermaksud watak atau tabiat.
2. Etos ialah ciri atau sifat yang menunjukkan identiti sesuatu kaum atau budaya. Dalam sosiologi, etos juga merujuk kepada usaha manusia untuk mempertingkatkan martabat bangsa berdasarkan
latar belakang diri, keluarga dan masyarakat yang berbeza dari segi etnik, budaya, sejarah, agama dan geografi.
3. Etiket ialah peraturan atau adat yang berkaitan dengan sifat sopan atau perilaku dalam profesion atau kehidupan sosial. Dalam sosiologi, etiket juga merupakan standard yang ditetapkan oleh
adat istiadat. Pada masa kini, etiket sering digunakan dalam organisasi atau institusi untuk menetapkan peraturan yang berkaitan dengan protokol dan etiket sosial dalam sesuatu majlis.
๐.๐ ๐๐๐ฆ๐๐ง ๐๐๐ฌ๐๐-๐๐จ๐ฅ๐จ๐ง๐ข๐๐ฅ
Zaman selepas kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957 dan pembentukan negara Malaysiapada tahun 1963 sehinggalah sekarang. Percampuran etika dan peradaban tradisional dengan zaman Kolonial (di mana etika dan peradaban Kolonial lebih mendominasi) dan dikembangkan lagi dengan teknologi maklumat di era globalisasi telah menghakis nilai jati diri dan budi pekerti kebanyakan rakyat Malaysia dalam pelbagai tindakan, keadaan, suasana dan perilaku yang menyebabkan banyak perubahan dan kesan kepada etika dan peradaban masyarakat tempatan di Malaysia.