Ansara Kepala Batas

Ansara Kepala Batas Laman Rasmi Ansara Kepala Batas. Mengumpulkan para alumni MRSM Kepala Batas. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Dato’ Dr Mohd Yusof Noor.

SEJARAH ANSARA

Sejarah penubuhan Persatuan Bekas Pelajar MRSM Malaysia (ANSARA) bermula dari cetusan idea YBhg Dato’ Jamaluddin Abdul Hamid (mantan Timbalan Ketua Pengarah MARA) semasa menghadiri Mesyuarat Agung Persatuan Lepasan Pelajar MRSM Seremban (PPLM Seremban). Beliau mencadangkan supaya semua pelajar lepasan MRSM bernaung di bawah dibawah satu persatuan alumni. Beliau berpendapat bahawa h

anya melalui berpersatuan, pelajar lepasan MRSM akan dapat menyumbang khidmat bakti mereka kepada Negara dengan lebih efektif. Hasrat untuk mengadakan satu pertubuhan untuk semua pelajar lepasan MRSM bernaung adalah sesuatu yang murni dan tepat. Namun begitu, demi untuk memelihara identiti, keunikan serta nilai-nilai tersendiri setiap MRSM, persetujuan sebulat suara telah dicapai dikalangan Ahli Jawatankuasa Pro-Tem untuk menubuhkan Persatuan Pelajar Lepasan MRSM (PPLM) diperingkat MRSM sebelum bergabung untuk membentuk PPLM Malaysia. PPLM Seremban telah mengizinkan PPLM Malaysia menggunakan akronim ANSARA, yang sebelum itu digunakan oleh mereka. Tanggal 14hb Februari 1993 telah menyaksikan hampir 1,000 orang pelajar lepasan MRSM dari pelbagai MRSM berkumpul di Oditorium MARA, Bangunan MARA (Lama) untuk merealisasikan pembentukan ANSARA. Mengorak langkah seterusnya, ANSARA telah memohon untuk mendaftarkan persatuan ini dengan rasminya dan telah mendapat kelulusan dari Pendaftar pertubuhan pada 14hb Disember 1993. Mesyuarat Agung Pertama ANSARA, pada masa tersebut menggunakan nama Gabungan Persatuan Pelajar Lepasan MRSM Malaysia, telah diadakan pada 15hb Mei 1994. Sembilan (9) PPLM telah bersetuju untuk bergabung dan bernaung dibawah ANSARA sebagai ahli. Persatuan-persatuan tersebut adalah PPLM Seremban, Kota Bharu, Kuantan, Kulim, Kuala Trengganu, Muar, Jasin, Beseri dan Balik Pulau. Pelbagai aktiviti dijalankan oleh PPLM untuk ahli masing-masing manakala ANSARA memberikan tumpuan khusus kepada program-program yang melangkaui PPLM dan disertai oleh semua. Dasar terbuka ANSARA juga telah menyaksi beberapa individu serta kumpulan dari luar kelompok bekas pelajar MRSM turut terlibat. Pada tahun 1999, Jawatankuasa Pusat ANSARA telah bersetuju untuk menukar format persatuan dengan tidak lagi menggunakan PPLM sebagai ahli kepada ANSARA. Oleh yang demikian, terma ‘Gabungan’ tidak lagi sesuai digunakan. Sebagai ganti, ANSARA akan dianggotai oleh semua bekas pelajar manakala fungsi PPLM diambil alih oleh Cawangan-cawangan. Adalah dicadangkan bahawa nama penuh Gabungan Persatuan Pelajar Lepasan MRSMN Malaysia ditukar kepada Persatuan Bekas Pelajar MRSM Malaysia dan mengekalkan penggunaan akronim ANSARA. Pada 17hb September 1999, Jawatankuasa Pusat ANSARA telah menghantar surat permohonan untuk menukar nama dan perlembagaan ANSARA dan ianya telah diluluskan oleh Pendaftar Persatuan pada 17hb Ogos 2000 melalui surat mereka bertarikh 6hb September 2000. Serentak dengan kelulusan tersebut, sepuluh cawangan telah didaftarkan sebagai cawangan-cawangan di dalam ANSARA. Cawangan-cawangan tersebut adalah ANSARA Seremban, ANSARA Kota Bharu, ANSARA Kuantan (Kuatagh), ANSARA Kulim, ANSARA Muar, ANSARA Jasin, ANSARA Beseri (Anseri), ANSARA Balik Pulau, ANSARA Taiping serta ANSARA Kuala Berang. Manakala PPLM Kuala Trengganu mengambil keputusan untuk kekal sebagai PPLM dan tidak membentuk cawangan dibawah ANSARA. Sehingga kini, ANSARA mempunyai dua puluh (20) cawangan yang berdaftar setelah ANSARA Pasir Salak, ANSARA Kuala Lipis, ANSARA Jeli, ANSARA Kuching dan ANSARA Mersing pada tahun 2016 ini. Manakala bagi bekas pelajar yang tidak mempunyai cawangan berdaftar, keahlian mereka diambil alih oleh ANSARA Pusat dan diselenggara oleh Sekretariat ANSARA. Adalah menjadi harapan ANSARA agar lebih ramai lagi bekas pelajar MRSM tampil kehadapan mendaftar sebagai ahli serta banyak lagi cawangan-cawangan ANSARA akan ditubuhkan. Source: http://www.ansara.org.my/

Selamat Hari Pekerja! 💼✨Ansara Kepala Batas ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pekerja yang menj...
01/05/2026

Selamat Hari Pekerja! 💼✨

Ansara Kepala Batas ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pekerja yang menjadi tulang belakang pembangunan negara.

Setiap usaha, keringat dan dedikasi anda amat bermakna dalam membina masa depan yang lebih baik. Teruskan berbakti dengan penuh semangat dan keikhlasan 💪

“Pekerja Pemangkin Wadah Malaysia MADANI” 🇲🇾



Ikhlas daripada,
Ansara Kepala Batas

Ramadhan bulan Al-quran, Ramadhan bulan perubahan.Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan bertemu dengan Ramadhan 202...
19/02/2026

Ramadhan bulan Al-quran,
Ramadhan bulan perubahan.

Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan bertemu dengan Ramadhan 2026/1447H.

Di kesempatan ini Ansara MRSM Kepala Batas ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa dan semoga amalan kita dilipat gandakan pahalanya. Semoga Ramadhan tahun ini lebih bermakna untuk semua.

Pesanan ikhlas daripada,
Ansara Kepala Batas

🌙 RAMADAN VOLUNTEER PROGRAM 2026 🌙Serve with Sincerity. Grow with Purpose. Draw Closer to Allah.This Ramadan, don’t just...
14/02/2026

🌙 RAMADAN VOLUNTEER PROGRAM 2026 🌙

Serve with Sincerity. Grow with Purpose. Draw Closer to Allah.

This Ramadan, don’t just count the days of fasting, fill them with deeds that matter.

Step into a journey where kindness becomes action, service builds character, and every smile you give brings you closer to Allah 🤍

📅 What Will You Be Doing?
✔️ Iftar meal distribution for those in need
✔️ Community outreach & welfare programs
✔️ Supporting mosques and charity centres
✔️ Fun and meaningful activities with children
✔️ Motivational & spiritual sharing sessions

🤍 Make a real difference through food distribution and community care
📚 Build confidence, leadership, teamwork & communication skills
🌱 Learn empathy, patience, responsibility, and gratitude
🕌 Strengthen your iman through meaningful acts of worship
📜 Receive an official certificate & volunteer hours

📖 The best of people are those who bring the most benefit to others.

This Ramadan, go beyond routines.
Choose impact. Choose growth. Choose reward.

🌟 Open for Registration now and be a source of goodness 🌟

Link registration : https://forms.gle/PLx2smwHBt6cDbXk9

Let this Ramadan change not only your schedule, but your heart.

Any inquiries : 017-8681080 (sis Izzati)

Alhamdulillah terima kasih kepada semua mereka yang terlibat dalam program BBDC 2026 di BM kali ini secara langsung atau...
09/02/2026

Alhamdulillah terima kasih kepada semua mereka yang terlibat dalam program BBDC 2026 di BM kali ini secara langsung atau tidak.

Semoga pengalaman ini memberi makna yang baik untuk anda semua. Dan Allah berkati bakti dan usaha anda semua.

Semoga jumpa lagi di lain kali.

Welcome on board
30/01/2026

Welcome on board

𝐒𝐀𝐋𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐖𝐇𝐀𝐓𝐒𝐀𝐏𝐏 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈 𝐀𝐍𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀

Jangan ketinggalan maklumat penting daripada ANSARA Malaysia!
Sertai Saluran WhatsApp Rasmi ANSARA Malaysia untuk mendapatkan:

✅ Hebahan & pengumuman rasmi
✅ Info program, aktiviti dan inisiatif terkini
✅ Perkembangan semasa secara pantas & sahih

📲 Sertai sekarang melalui pautan berikut:
👉 https://whatsapp.com/channel/0029VbBnsyl9xVJmXPvhTa39

Atau imbas Kod QR yang disediakan.
📌 Maklumat terus ke telefon anda; pantas, tepat & rasmi.




Alhamdulillah tahniah
17/01/2026

Alhamdulillah tahniah

Bahagian Pendidikan Menengah MARA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi di atas prestasi cemerlang hafazan Al-Quran tahun 2025.

Semoga kejayaan ini akan menyuntik semangat semua guru dan pelajar agar terus istiqamah untuk meningkatkan prestasi.

Ucapan tahniah kepada Jawatankuasa Quranik khususnya barisan guru tasmik Tingkatan 5 2025 yang diketuai oleh Ustazah Tuan Shahida binti Tuan Ismail , pihak pengurusan maktab ,para asatizah Jabatan Pendidikan Islam dan semua yang terlibat menjayakan serta meningkatkan prestasi hafazan para pelajar.

Terus cemerlang bersama Al-Quran

SALAM ISRAK MI'RAJ 1447HIsrak Mikraj adalah mukjizat agung Nabi Muhammad SAW, perjalanan malam dari Masjidil Haram ke Ma...
17/01/2026

SALAM ISRAK MI'RAJ 1447H

Israk Mikraj adalah mukjizat agung Nabi Muhammad SAW, perjalanan malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa (Israk), lalu naik ke langit ketujuh hingga Sidratul Muntaha bertemu Allah (Mikraj), di mana baginda menerima perintah solat 5 waktu; peristiwa ini sesuai untuk pengukuhan iman, muhasabah diri, memperkuat hubungan dengan Allah, serta mendalami kepemimpinan dan keperibadian Rasulullah SAW.

Marilah kita sama-sama berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan memanjatkan doa kepada Yang Maha Esa agar kita semua dapat mengambil ibrah daripada peristiwa besar ini.

Allahummasolli'alasayyidina muhammad wa'alaali muhammad

Pesanan ikhlas daripada,
ANSARA Kepala Batas

*[ PROGRAM BLOOD DONATION : JOM DERMA DARAH🩸💉]*Assalamualaikum WBT dan Salam SejahteraSukacita dimaklumkan bahawa  AEON ...
09/01/2026

*[ PROGRAM BLOOD DONATION : JOM DERMA DARAH🩸💉]*

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Sukacita dimaklumkan bahawa AEON Bukit Mertajam dengan kerjasama ANSARA dan Tabung Darah HSNZ akan mengadakan *Program Derma Darah* dengan ketetapan seperti berikut:

Tarikh: *6 - 8 Februari 2026*
Hari: *Jumaat Sabtu dan Ahad*
Masa : *10 pagi - 4 petang*
Tempat: *AEON Bukit Mertajam*

Kita targetkan 10 orang terlibat dalam program ini dari ANSARA Kepala Batas. Boleh Syahir 019 8167192 saya bagi pendaftaran.

Sabda Nabi SAW:

مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا نَفَّسَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ

Maksudnya: Siapa yang meringankan salah satu daripada kesusahan seorang mukmin di dunia, maka Allah akan meringankan salah satu daripada kesusahannya di Hari Kiamat.

Riwayat Muslim (2699)

Sekian, terima kasih.

ANSARA KEPALA BATAS MENGUCAPKAN SELAMAT TAHUN BARU 2026Semoga di tahun baru ini, kita akan lebih bersyukur dengan setiap...
02/01/2026

ANSARA KEPALA BATAS MENGUCAPKAN SELAMAT TAHUN BARU 2026

Semoga di tahun baru ini, kita akan lebih bersyukur dengan setiap langkah yang diiringi dengan harapan dan dapat melakar kejayaan yang lebih banyak dari Ansara Kepala Batas khususnya.

Diharapkan dengan kehadiran tahun 2026 juga, Ansara Kepala Batas akan dapat membina jaringan yang lebih berkesan dengan semua lapisan masyarakat dan membawa nama Ansara ke peringkat global.

Marilah kita sama-sama menyambut Tahun Baru dengan penuh keazaman dan tekad!

Pesanan ikhlas daripada,
ANSARA Kepala Batas

28/07/2025

Address

MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi, Jalan Tun Hamdan Sheikh Tahir
Kepala Batas
13200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ansara Kepala Batas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share