SK Bertam Bertam Indah, Sekolah Berprestasi Tinggi

SK Bertam Bertam Indah, Sekolah Berprestasi Tinggi Laman rasmi bagi Sekolah Kebangsaan Bertam Indah

πŸ†βœ¨ TAHNIAH MAISYH! βœ¨πŸ†Syabas dan tahniah diucapkan kepada MUHAMMAD MAAISY KHAYR BIN MOHD KHAIRI ataa kejayaan yang sangat...
18/08/2026

πŸ†βœ¨ TAHNIAH MAISYH! βœ¨πŸ†

Syabas dan tahniah diucapkan kepada MUHAMMAD MAAISY KHAYR BIN MOHD KHAIRI ataa kejayaan yang sangat membanggakan apabila dinobatkan sebagai:

πŸ₯‡ CHAMPION
πŸ† Piala Remaja MILO 2026 Peringkat Kebangsaan (bawah 7–17 Tahun)
🎳 High Score

Satu pencapaian yang cukup membanggakan! πŸ’ͺπŸ”₯ Kejayaan ini membuktikan bahawa usaha, latihan, disiplin dan semangat juang yang tinggi mampu membawa kepada kejayaan yang luar biasa.

Teruskan berlatih, terus percaya pada kemampuan diri dan jangan pernah berhenti mengejar impian. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk melakar lebih banyak kemenangan pada masa akan datang.

Tahniah Maisyh! πŸŽ‰πŸ‘
Champion hari ini, bakal juara pada masa hadapan! πŸ†βœ¨


🌿 SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH 🌿13 Ogos 2026 | KhamisSekalung penghargaan dan ucapan terima kasih yang t...
18/08/2026

🌿 SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH 🌿

13 Ogos 2026 | Khamis

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Ahli Majlis MBSP, Encik Zainuddin bin Mohamed atas keprihatinan dan sumbangan tong sampah kitar semula kepada SK Bertam Indah.

Sumbangan ini amat bermakna dalam usaha pihak sekolah memperkasakan aspek kebersihan, keceriaan, kesihatan dan kelestarian persekitaran sekolah, khususnya bagi menyokong pengurusan Pusat Pengump**an TASKAL serta Taman Herba SK Bertam Indah.

Turut diadakan lawatan tapak ke Pusat Pengump**an TASKAL dan Taman Herba bagi melihat sendiri perkembangan serta usaha warga sekolah dalam mewujudkan persekitaran yang bersih, hijau dan kondusif untuk warga sekolah.

Turut hadir bagi menerima sumbangan ialah:
Sir Zainal bin Ahmad – Guru Besar SK Bertam Indah
Puan Rosnani binti Abu Seman – PK HEM
Tuan Haji Mohd Nazri bin Mohamad – PK Kokurikulum
Encik Muhammad 'Adil Fitiri bin Mat Aripin – AJK PIBG
Ustaz Hazrami – Penyelaras TASKAL & Penyelaras 3K
Wakil Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP)
Pihak SK Bertam Indah merakamkan

setinggi-tinggi penghargaan kepada Encik Zainuddin bin Mohamed dan pihak MBSP atas sokongan, perhatian dan komitmen yang diberikan terhadap usaha sekolah.

Semoga jalinan kerjasama erat antara SK Bertam Indah, PIBG dan MBSP ini akan terus diperkukuh demi mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih, ceria, sihat, hijau dan lestari. 🌱

β€œKebersihan Tanggungjawab Bersama, Kelestarian Demi Masa Hadapan.”

πŸ’š Terima kasih atas sumbangan dan keprihatinan yang amat bermakna buat SK Bertam Indah. πŸ’š








πŸŒŸπŸ† TAHNIAH DAN SYABAS, ADIK IYAD! πŸ†πŸŒŸSetinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Iyad bin Ahmad Ashraf atas kejay...
18/08/2026

πŸŒŸπŸ† TAHNIAH DAN SYABAS, ADIK IYAD! πŸ†πŸŒŸ

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Iyad bin Ahmad Ashraf atas kejayaan meraih Tempat Ke-3 dalam Kuiz Siri Aspirasi Badan Beruniform 2026 Peringkat Kebangsaan. πŸ₯‰πŸ‡²πŸ‡Ύ

Kejayaan ini bukan sekadar sebuah pencapaian di atas kertas, tetapi merupakan bukti bahawa usaha yang gigih, keberanian mencuba, disiplin, kesungguhan dan semangat untuk terus belajar mampu membawa seseorang melangkah lebih jauh.

Bertanding di peringkat kebangsaan pastinya bukan sesuatu yang mudah. Iyad telah membawa nama SK Bertam Indah dengan penuh semangat dan keyakinan. Setiap soalan yang dijawab, setiap ilmu yang dipelajari dan setiap pengalaman yang dilalui menjadi sebahagian daripada perjalanan menuju kejayaan ini.

πŸ₯‰ Tempat ketiga mungkin hanya satu kedudukan, tetapi nilai di sebalik kejayaan ini jauh lebih besar. Ia menjadi bukti bahawa seorang anak kecil mampu berdiri bersama-sama peserta terbaik dari seluruh negara apabila diberikan peluang, bimbingan dan sokongan yang sewajarnya.

Semoga pencapaian ini menjadi satu titik permulaan kepada kejayaan-kejayaan yang lebih besar pada masa hadapan. Teruskan membaca, teruskan belajar, teruskan bertanya dan jangan pernah takut untuk mencuba. Ingatlah bahawa kejayaan bukan sentiasa tentang menjadi yang pertama, tetapi tentang berani melangkah, berusaha bersungguh-sungguh dan tidak mudah berputus asa.

🌱 Hari ini tempat ketiga, esok mungkin lebih tinggi.
πŸš€ Hari ini sebuah kejayaan, esok bina p**a kecemerlangan.
🌟 Teruskan melangkah kerana perjalanan menuju kejayaan masih panjang.

Sekalung penghargaan dan terima kasih juga buat para guru pembimbing, ibu bapa serta semua pihak yang telah memberikan tunjuk ajar, dorongan dan sokongan sepanjang perjalanan Iyad dalam pertandingan ini.
Semoga kejayaan Iyad menjadi inspirasi kepada rakan-rakan lain di SK Bertam Indah untuk berani mencabar diri, menimba ilmu dan mengharumkan nama sekolah di peringkat yang lebih tinggi.

Tahniah, Iyad! πŸ‘πŸ‘πŸ‘
Teruskan berusaha, teruskan bermimpi dan teruskan melakar kejayaan. Jadikan pencapaian hari ini sebagai motivasi untuk mencipta kejayaan yang lebih gemilang pada masa akan datang.

πŸ’™πŸ’› SK BERTAM INDAH
Berilmu β€’ Beramal β€’ Berbakti
🌟 β€œKejayaan bukan milik mereka yang tidak pernah gagal, tetapi milik mereka yang tidak pernah berhenti mencuba.” 🌟

πŸ† *TAHNIAH & SYABAS*πŸ†πŸŽ‰ *SK BERTAM INDAH* (*JOHAN*) telah berjaya menerima Anugerah Kecemerlangan Taekwondo Tahun 2025 πŸ₯‹πŸ†...
18/08/2026

πŸ† *TAHNIAH & SYABAS*πŸ†

πŸŽ‰ *SK BERTAM INDAH* (*JOHAN*) telah berjaya menerima Anugerah Kecemerlangan Taekwondo Tahun 2025 πŸ₯‹πŸ†

πŸŽ‰*HANI HUMAIRA* telah berjaya menerima JUARA KESELURUHAN Anugerah Kecemerlangan Taekwondo Tahun 2025 πŸ₯‹πŸ†

*PENCAPAIAN PELAJAR TERBAIK 2025*

✨ MUHAMMAD NUH

✨ MUHAMMAD UWAIS NAUFAL

✨ TUAH AL FATEH

✨ MUHAMMAD ADAM IZAZ

✨ NUR AIRA HUSNA

✨ AISY

✨ NUR AINA SAFIYYA

✨ MUHAMMAD AMRIZQUE MIZWAN

✨ MUHAMMAD NOH DARWISY

✨ HANI HUMAIRA

✨ MUHAMMAD AMMAR

Tahniah atas kejayaan menerima Anugerah Pencapaian Terbaik Taekwondo 2025 sebagai wakil SK BERTAM INDAH πŸŽ–οΈπŸ‘πŸ»

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Master Dr. Hj. Mohd Sabib bin Abdullah atas segala tunjuk ajar, didikan, bimbingan dan komitmen dalam membentuk para atlet sehingga mencapai kejayaan ini. πŸ™πŸ»πŸ₯‹

Majlis anugerah telah dirasmikan oleh Tuan Mohd Rizal bin Ismail, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang.

🌟 Tahniah kepada semua.Teruskan usaha, disiplin dan semangat untuk mencapai lebih banyak kejayaan pada masa akan datangπŸ’ͺ🏻πŸ₯‹πŸ†

HARI PELAPORAN PBDTarikh: 31/7/26Hari: JumaatMasa: 9.00 pg hingga 11.30 pgTempat: Bilik DarjahTerima Kasih kepada semua ...
15/08/2026

HARI PELAPORAN PBD
Tarikh: 31/7/26
Hari: Jumaat
Masa: 9.00 pg hingga 11.30 pg
Tempat: Bilik Darjah

Terima Kasih kepada semua waris yang hadir untuk mengetahui perkembangan anak-anak di sekolah.Kerjasama semua amatlah dihargai.


SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2026Tarikh: 14 Ogos 2026Hari: JumaatMasa: 8.40 pg hingga 10.10 pg" Malaysia MADANI:Kesejahter...
14/08/2026

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2026
Tarikh: 14 Ogos 2026
Hari: Jumaat
Masa: 8.40 pg hingga 10.10 pg

" Malaysia MADANI:Kesejahteraan Dinikmati"

Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah telah berlangsung dengan jayanya.
Pelbagai program telah dirancang bagi menyemarakkan bulan kemerdekaan dan memupuk semangat patriotisme dalam kalangan murid-murid.

Syabas dan Tahniah diucapkan kepada Penyelaras Program,Pn Najihan dan semua Panitia yang terlibat.


Keputusan penempatan Tahun 1 bagi sesi 2027 dijangka diumumkan bermula 1 Ogos 2026 hingga 31 Ogos 2026. Ibu bapa boleh m...
31/07/2026

Keputusan penempatan Tahun 1 bagi sesi 2027 dijangka diumumkan bermula 1 Ogos 2026 hingga 31 Ogos 2026.

Ibu bapa boleh membuat semakan secara dalam talian dan mengemukakan rayuan sekiranya perlu dalam tempoh tersebut.

Tarikh Penting Semakan Penempatan:
1 Ogos 2026 hingga 31 Ogos 2026

Tempoh Rayuan:
1 Ogos 2026 hingga 31 Ogos 2026

Cara Membuat SemakanLayari portal rasmi IDME KPM untuk log masuk akaun ibu bapa.

Pilih bahagian menu aplikasi berkaitan pendaftaran penempatan murid.Semak keputusan sekolah anak anda dan cetak surat penempatan serta borang kesihatan jika berkenaan.

Dan sila hantar borang yang telah dicetak ke pejabat sekolah dalam tempoh 2 minggu dari tarikh keputusan keluar.

Sekalung Tahniah & PenghargaanWarga SK Bertam Indah merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan penghargaan kepada:🌟 P...
30/07/2026

Sekalung Tahniah & Penghargaan

Warga SK Bertam Indah merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan penghargaan kepada:

🌟 Pn. Rosnani Binti Abu Seman
Timbalan Komandan KRS SK Bertam Indah
atas penganugerahan Pingat Peringatan Perasmian Wisma Kadet Remaja Sekolah Pulau Pinang sempena Anugerah Perkhidmatan Pegawai Kadet Remaja Sekolah Peringkat Negeri Pulau Pinang 2026.

Turut diucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada:

🌟 Lt. M (KRS) Ahmad Karami Bin Abdul Lazid
atas penganugerahan:
πŸ… Pingat Khidmat Terpuji KRS Pulau Pinang
πŸ… Reben Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (2 Kali)
πŸ… Anugerah Khidmat Lama KRS Pulau Pinang

Pengiktirafan yang diterima ini merupakan lambang dedikasi, komitmen dan kecemerlangan dalam memartabatkan Kadet Remaja Sekolah serta dunia pendidikan. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga sekolah untuk terus berbakti dengan penuh integriti, semangat dan kecemerlangan.

Syabas dan tahniah! Semoga terus cemerlang serta dikurniakan kejayaan yang berpanjangan dalam mendidik anak bangsa dan mengharumkan nama SK Bertam Indah. πŸ’

PERTANDINGAN BAHAS ALA PARLIMEN BAHASA INGGERIS SEKOLAH RENDAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2026Tarikh : 27–30 Julai 2026Tempat ...
30/07/2026

PERTANDINGAN BAHAS ALA PARLIMEN BAHASA INGGERIS SEKOLAH RENDAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2026

Tarikh : 27–30 Julai 2026
Tempat : Hotel Langkasuka, SK Seri Negeri dan Auditorium LADA, Langkawi

SKBI turut berbangga dengan pencapaian Bahas Ala Parlimen Peringkat Kebangsaan kerana mempunyai wakil iaitu adik Nur Sabila binti Saiful Fitri.

Pertandingan Bahas Ala Parlimen Bahasa Inggeris Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan 2026 merupakan pertandingan koakademik berprestij yang menghimpunkan pasukan-pasukan terbaik dari seluruh negara. Pertandingan ini menjadi platform kepada murid sekolah rendah untuk mengupas pelbagai isu semasa, mengasah kemahiran berfikir secara kritis, komunikasi berkesan serta pengucapan awam dalam Bahasa Inggeris.
Pertandingan ini bertujuan memperkasa penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid selaras dengan aspirasi Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI), di samping melahirkan generasi yang berkeyakinan tinggi, mampu berhujah secara matang, berfikiran kritis serta mengamalkan budaya perdebatan yang profesional dan berhemah.
Sebanyak 16 pasukan yang mewakili setiap negeri telah berentap dalam pertandingan ini bagi merebut gelaran juara kebangsaan. Sepanjang tiga hari pertandingan, semua pasukan mempamerkan prestasi yang membanggakan dengan hujah yang bernas, penyampaian yang meyakinkan serta semangat kesukanan yang tinggi.
Objektif pertandingan adalah untuk:

● Meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris melalui pengucapan awam.
● Memupuk kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan analitis dalam kalangan murid.
● Menggalakkan murid berhujah secara berfakta, logik dan beretika.
● Membina keyakinan diri, kemahiran komunikasi serta kepimpinan dalam kalangan murid.

Senarai pemenang Pertandingan Bahas Ala Parlimen Bahasa Inggeris Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan 2026 adalah seperti berikut:
Johan : Melaka
Naib Johan : Johor
Tempat Ketiga : Selangor dan Negeri Sembilan
Tempat Kelima : Pulau Pinang
Anugerah Top 10 Best Debater : Nur Sumayyah Syifa Binti Rahim (SK Mengkuang)

Sekalung ucapan tahniah diucapkan kepada kontinjen Pulau Pinang atas pencapaian tempat kelima keseluruhan dalam penyertaan sulung di Pertandingan Bahas Ala Parlimen Bahasa Inggeris Sekolah Rendah.

Tahniah kepada adik NUR SABILA BINTI SAIFUL FITRI wakil dari SK BERTAM INDAH kerana berjaya menjadi Pembahas terbaik Pusingan Ketiga.Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada murid-murid Pulau Pinang untuk terus menyerlah dalam bidang perbahasan, komunikasi dan kepimpinan, seterusnya melahirkan generasi yang berketerampilan, berkeyakinan tinggi dan berdaya saing di peringkat kebangsaan serta antarabangsa.

Terima kasih dan Tahniah kepada Guru pembimbing dan Pengiring:
Teacher Murni binti Soleh
Teacher Fatin Najiah binti Ismail
Sir Kamel Hafiz bin Salim
Teacher Sh.Rabiatul Rabiatul Adawiyyah

Kredit untuk UPNM JPNPP dan semua yang terlibat.


29/07/2026

♻️ JOM SOKONG PROJEK PENGUMPULAN MINYAK MASAK TERPAKAI! 🌿

SK Bertam Indah menjemput semua ibu bapa, waris dan penjaga untuk bersama-sama menjayakan Projek Pengump**an Minyak Masak Terpakai sempena Kempen Amalan 5R.

πŸ“… 31 Julai 2026 (Jumaat)
πŸ•— 8.00 pagi – 12.00 tengah hari
πŸ“ Bahagian Depan Dewan Terbuka, SK Bertam Indah

Bawa minyak masak terpakai yang telah diisi dalam botol plastik dan ditutup rapat. Setiap sumbangan anda membantu memelihara alam sekitar. πŸŒπŸ’š

Address

Jalan Bertam Indah 12
Kepala Batas
13200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6045791379

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Bertam Bertam Indah, Sekolah Berprestasi Tinggi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SK Bertam Bertam Indah, Sekolah Berprestasi Tinggi:

Shortcuts

Share

Category