14/05/2026
Hari ke-7 Istiadat Konvokesyen UiTM ke 104 sidang ke-13 meraikan graduan UiTM Cawangan Pulau Pinang.
Jumlah graduan 929.
Ikuti siaran langsung di
Istiadat Konvokesyen UiTM ke-104 | SIDANG 13
Enjoy the videos and music you love, upload original content, and share it all with friends, family, and the world on YouTube.
14/04/2026
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
HEBAHAN RASMI:
TERBUKA KEPADA MASYARAKAT UMUM
Perkhidmatan Terapi Cara Kerja
UiTM Cawangan Pulau Pinang
Kampus Bertam
Pusat Terapi Cara Kerja, UiTM Cawangan Pulau Pinang Kampus Bertam menyediakan perkhidmatan bagi menyokong peningkatan kualiti hidup melalui intervensi Terapi Cara Kerja.
Perkhidmatan yang Ditawarkan:
๐ Penilaian Terapi Cara Kerja
๐ Rehabilitasi Strok
๐ Rehabilitasi Fungsi Tangan
๐ Rehabilitasi Pediatrik (Penilaian dan Intervensi Penulisan Tangan)
๐ Rehabilitasi Kesihatan Mental (Pengurusan Tekanan dan Kemahiran Daya Tindak)
Maklumat Pelaksanaan Perkhidmatan:
๐
Hari: Setiap Hari Rabu
โฐ Masa: 10.00 pagi - 12.00 tengah hari
๐ Lokasi: Pusat Terapi Cara Kerja, UiTM Cawangan Pulau Pinang Kampus Bertam
Bagi penetapan janji temu atau sebarang pertanyaan, sila hubungi:
๐ 04-562 3594
Terima kasih.
Ikuti media sosial rasmi
Fakulti Sains Kesihatan (FSK), UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Bertam sekarang ๐
๐ธ Instagram
๐ tinyurl.com/officialigfskbertam
๐ฅ YouTube
๐ tinyurl.com/officialytfskbertam
๐ต Facebook
๐ tinyurl.com/officialfbfskbertam
๐ต TikTok
๐ tinyurl.com/officialttfskbertam
๐ Like โข ๐ Follow โข ๐ Share
โจ Biar FSK Kampus Bertam sentiasa dekat dengan anda!
27/03/2026
โด๏ธGELOMBANG HABA adalah satu tempoh suhu tinggi luar biasa yang melebihi suhu maksimum purata harian dengan keadaan cuaca yang agak panas. Di Malaysia, gelombang haba ditakrifkan sebagai suhu maksimum harian melebihi 37ยฐC untuk 3 hari berturut-turut.
Orang awam dinasihatkan untuk mengikuti arahan-arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dan mengikuti perkembangan keadaan cuaca yang dikeluarkan oleh MetMalaysia. Ikuti panduan penjagaan kesihatan bagi mengekalkan tahap kesihatan yang baik sepanjang musim gelombang haba.
25/03/2026
PERHATIAN & TINDAKAN
25 Mac โ 26 April 2026
Pendaftaran Kursus Pelajar Pra- Diploma, Diploma & Pelajar Sarjana Secara Kerja Kursus
20/03/2026
๐โจ ๐๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ญ ๐๐๐ซ๐ข ๐๐๐ฒ๐ ๐๐ข๐๐ข๐ฅ๐๐ข๐ญ๐ซ๐ข ๐๐๐๐๐ โจ๐
Barisan Jawatankuasa Eksekutif Negeri UiTM Cawangan Pulau Pinang serta seluruh warga UiTM Kampus Bertam mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua umat Islam.
ุชูููุจูููู ุงูููููู ู
ููููุง ููู
ูููููู
ู
Semoga Allah menerima segala amal ibadah kami dan kamu.
Di kesempatan ini, kami menyusun sepuluh jari memohon keampunan, maaf zahir dan batin.
Kepada yang sedang memandu pulang ke kampung halaman, berhati-hatilah di jalan raya dan semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju. Luangkanlah masa bersama-sama keluarga dan hilangkan sengketa lama.
Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional
ุงูุณูุง ุชููู ู
ูููุง
19/03/2026
DOA SEMOGA MUSAFIR DIBERKATI ALLAH SWT
Rasulullah SAW apabila duduk di atas tunggangannya untuk keluar bermusafir, Baginda SAW akan bertakbir sebanyak tiga kali dan berdoa :
ุณูุจูุญููู ุงูููุฐูู ุณูุฎููุฑู ููููุง ููุฐูุง ููู
ูุง ูููููุง ูููู ู
ูููุฑูููููู ููุฅููููุง ุฅูููู ุฑูุจููููุง ููู
ู ูููููุจูููู
Maksud : "Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya, Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali!โ
Semoga Allah SWT melindungi sepanjang perjalanan anda dan selamat tiba ke destinasi masing-masing.
Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional
ุงูุณูุง ุชููู ู
ูููุง
19/03/2026
Ramadan adalah nikmat yang tidak semua orang berpeluang temui setiap tahun. Bersyukurlah kerana masih diberi kesempatan merasai keberkatannya. Semoga Allah memanjangkan umur kita, mengurniakan kesihatan dan memberi peluang untuk kembali bertemu Ramadan pada masa akan datang.
Rasulullah SAW bersabda:
โManfaatkanlah lima perkara sebelum datang lima perkara: masa mudamu sebelum tua, sihatmu sebelum sakit, kayamu sebelum miskin, lapangmu sebelum sibuk, dan hidupmu sebelum mati.โ (Hadis Riwayat Abdullah ibn Abbas)
Ya Allah, temukanlah kami dengan Ramadan yang akan datang dalam iman, kesihatan dan keberkatan.
Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional
ุงูุณูุง ุชููู ู
ูููุง
17/03/2026
Tahniah kepada seluruh pelajar Universiti Teknologi MARA atas keputusan peperiksaan dan penilaian akhir yang diterima.
Semoga kejayaan ini menjadi pendorong untuk terus melangkah lebih jauh, manakala cabaran yang ditempuh menjadi motivasi untuk bangkit dan berusaha dengan lebih gigih pada semester akan datang. Ingatlah, setiap usaha yang dilakukan tidak pernah sia-sia di sisi Allah.
Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya Allah mencintai apabila seseorang daripada kamu melakukan sesuatu pekerjaan, dia melakukannya dengan bersungguh-sungguh (itqan)."
(Hadis Riwayat al-Baihaqi)
Teruskan berusaha, kekalkan semangat dan melangkah ke hadapan dengan lebih cemerlang. Tahniah dan syabas!
Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional
ุงูุณูุง ุชููู ู
ูููุง
06/03/2026
๐โจ ๐ฆ๐ฎ๐น๐ฎ๐บ ๐ก๐๐๐๐น ๐ค๐๐ฟ๐ฎ๐ป ๐ญ๐ฐ๐ฐ๐ณ๐ โจ๐
Salam Nuzul Quran kepada seluruh umat Islam.
Semoga peristiwa agung penurunan Al-Quran ini terus menjadi pedoman dalam kehidupan kita serta menguatkan keimanan dan ketakwaan dalam menghayati ajaran Al-Quran sebagai panduan hidup.
ุฅููู ูููู ุฅููููุง ุฐูููุฑู ูููููุนูุงููู
ูููู
Maksudnya: โAl-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh penduduk alam.โ
(Surah al-Takwir: 27)
Ikhlas daripada Ts. Dr. Mohamad Azhar Mohd Noor (Penolong Rektor) serta seluruh warga UiTM Kampus Bertam
02/03/2026
๐โจ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐
๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ โจ๐
Pada 27 Februari 2026 (Jumaat), telah berlangsung Majlis Iftar Sunway bersama rakan strategik TVET Zon Utara bertempat di Sunway Lost World Hotel.
UiTM Cawangan Pulau Pinang telah diwakili oleh Ts. Dr. Mohamad Azhar Mohd Noor, Penolong Rektor UiTM Kampus Bertam, mewakili Rektor UiTM Cawangan Pulau Pinang. Turut terlibat ialah kedua-dua kampus UiTM Pulau Pinang iaitu Kampus Permatang Pauh dan Kampus Bertam.
Majlis ini menjadi platform memperkukuh jaringan kerjasama strategik antara institusi pendidikan dan rakan industri TVET Zon Utara, selaras dengan aspirasi memperkasa pendidikan teknikal dan latihan vokasional negara.
Semoga ukhuwah dan kolaborasi yang terjalin terus diperkukuhkan demi manfaat bersama.