12/01/2024
Assalamualaikum wbt.
Di sini aku share bagaimana aku bakal pantau perkembangan topik matematik tingkatan 1-tingkatan 5
Setelah bereksperimen dengan beberapa topik, saya dapati ada kesan positif bila topik mengikut bidang atau kemahiran yang sama digabungkan.
So, aku telah buat satu sistem mudah untuk pantau perkembangan topik atau topik yang telah di ajar sepanjang tahun dan sepanjang persekolahan
contoh,
(a)Kemahiran bab 8 tingkatan 1, Standard Kandungan 8.1 Garis dan sudut, merupakan asas kepada Topik Lokus Tingkatan 3.
(b) Rumus Algebra, Teorem Pythagoras, Bulatan, Isipadu dan Luas, Pelan dan Dongakan, Nisbah Trigo...
Semua ni aku akan digabungkan supaya murid boleh buat perkaitan terus dengan apa yang mereka belajar....
Lepas tu stanby dengan modul latihan untuk retention.
Persoalannya, BAGAIMANA NAK HABISKAN TOPIK SEMASA??????
Disebabkan semua murid tinggal di asrama, aku boleh rancang program mudah seperti kelas tambahan untuk meningkatkan contact hour aku dengan murid . aku akan ambil kelebihan ini untuk mengajar murid secara modular. Murid akan diajar mengikut bidang dan kemahiran.
Di sini aku share sistem excel yang aku buat . Aku tak lock. Boleh ubah mengikut citarasa. aku rasa cikgu-cikgu diluar sana lebih kreatif. Dengan ilmu excel yang sejengkal ni hanya ini je yang mampu aku buat.
Sistem ni boleh jugak dijadikan sebagai tapak untuk buat RPT...Aku dah letak minggu, tarikh dan peperiksaan....
Disclaimer : Proses ini mungkin tidak sesuai dengan konteks lain. Tapi tak salah mencuba...Nanti rekodkan sebagai satu usaha menambah baik amalan guru. Laporkan sebagai Kajian Tindakan.
Kalau sesiapa nak boleh download di sini
https://bit.ly/RPT_Modular_Progress
Video Penggunaan aku buat kat sini
https://vt.tiktok.com/ZSNTDtPrV/
Macam biasa hsail kerja aku adalah percuma. Tetapi kepada sesiapa yang rasa nak mmenyumbang boleh menyumbang pada Akademi Amal Khairat.
https://toyyibpay.com/Akademi-Amal-Khairat
https://www.facebook.com/profile.php?id=100092269407991
Check out 's video.