16/05/2026
SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU 🌹
Pengurusan SRITI Kawasan Shah Alam ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga pendidik yang telah mendidik anak-anak kita bukan sekadar menjadi seorang yang cemerlang akademiknya , malah tinggi budi pekertinya dan kuatnya ketaatan kepada Allah SWT.
Menjadi seorang guru bukanlah satu tugas yang mudah. Ia menuntut kekuatan jiwa, kesabaran, pengorbanan serta semangat yang tinggi dalam membentuk generasi masa hadapan. Sesungguhnya tidak semua orang mampu memikul amanah yang besar ini.
Terima kasih cikgu…
Terima kasih guru…
Kerana mendidik, membimbing dan membentuk anak bangsa menjadi insan yang hebat, berilmu serta berguna untuk agama, masyarakat dan negara.
Semoga segala jasa, pengorbanan dan keikhlasan para guru diberkati serta dikurniakan ganjaran yang berpanjangan di sisi Allah SWT.
Selamat Menyambut Hari Guru! 🌷
SRITI TTDI JAYA SRITI Tahfiz As-Syakirin PUSJ SRITI Al-Ikhlas Setia Alam SRITI Al Ghazali, Ken Rimba