09/07/2025
Selalu saya dengar guru-guru mengeluh, anak murid saya, saya ajar hari ni, semua nampak mengangguk, semua kata faham.
Minggu bila saya tanya semula, tak ada seorang pun yang masih ingat!
Ibu bapa p**a mengeluh, anak saya, jangan kata seminggu, apa yang dia baca 10 minit lepas pun langsung dia tak ingat rasanya.
Keluhan tentang masalah ini semua adalah berkenaan sesuatu yang benar. Anak-anak memang cepat lupa.
Dulu ramai yang menyangka, anak-anak lupa sebab mereka malas belajar dan malas menghafal. Namun realitinya, anak-anak yang rajin belajar pun tidak mampu ingat apa yang telah mereka pelajari.
Depan mata ibu bapa sendiri, anak-anak bersungguh-sungguh cuba ingat apa yang mereka sedang baca.
Sayangnya, ibu bapa juga yang menjadi saksi bahawa kelemahan anak-anak mereka dalam menghafal adalah sangat ketara.
Jadi, kenapa zaman sekarang ni anak-anak susah benar mahu ingat atau hafal apa yang mereka belajar atau apa yang mereka baca?
Jawapannya terletak pada teknik atau kaedah untuk menghafal yang berkesan. Lain anak, lain cara menghafalnya.
Bukan itu sahaja, lain subjek dan lain fakta, lain p**a cara untuk mengingatnya.
Kalau anak-anak tahu dan kuasai teknik dan kaedah ini semua, proses mengingat akan jadi mudah dan lebih selesa.
Kalau anak-anak Tuan-Tuan dan Puan-Puan juga hadapi masalah yang sama, komen ‘INGAT’ di ruangan komen ya.
Insyaallah saya akan kongsikan langkah awal yang boleh diambil bagi membantu menguatkan daya ingatan anak-anak kita semasa menghafal fakta.
Langkah awal & langkah demi langkah ini Insyaallah akan membuatkan anak-anak lebih yakin untuk berhadapan dengan subjek-subjek yang banyak melibatkan fakta.
Osman Affan
Pengasas Teknik SmartStudy
Certified Memory Trainer
"Memori Kuat, Potensi Hebat"