TVET MARA Kemaman

TVET MARA Kemaman Media rasmi TVETMARA Kemaman, Terengganu. Terdapat enam (6) program yang ditawarkan :
1. Diploma in Electrical Engineering Technology (PLANT OPERATION)
2.

Diploma in Plant Engineering Technology (INSTRUMENTATION AND CONTROL)
3. Diploma in Plant Engineering Technology (MECHANICAL)
4. Diploma in Plant Engineering Technology (PIPING)
5. Diploma in Plant Engineering Technology (OFFSHORE STRUCTURE)
6. Diploma in Petroleum Engineering Technology (ONSHORE OPERATION)


Syarat Kemasukan

1. Lulus SPM atau setara dengan tiga (3) kepujian subjek berikut:

i. Bahasa Melayu
ii. Matematik
iii. Mana - mana Satu (1) Subjek Sains

2. Lulus Bahasa Inggeris
3. Lulus Sijil Kejuruteraan / Teknologi / Teknologi Kejuruteraan IKM atau setara;
atau
4. Lulus STPM atau setara dengan lulus Matematik, Bahasa Inggeris serta satu (1)
subjek kumpulan Sains / Vokasional dan Teknologi / Mata Pelajaran Vokasional /
Mata Pelajaran Aliran Vokasional di Peringkat SPM

20/08/2026

๐—ฆ๐—”๐—ง๐—จ ๐—Ÿ๐—”๐—Ÿ๐—จ๐—”๐—ก, ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—•๐—”๐—š๐—”๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—”๐—ก๐—š. ๐— ๐—”๐—ฆ๐—” ๐——๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐— ๐—จ๐—Ÿ๐—” ๐——๐—œ ๐—ฆ๐—œ๐—ก๐—œ
Tahukah anda?
Di bawah MARA, laluan pendidikan TVET direka dengan fleksibel untuk membolehkan anda terus melangkah lebih jauh daripada Sijil, ke Diploma, seterusnya ke Ijazah.

Pilih laluan yang sesuai dengan minat dan bakat anda :
โœ… GIATMARA
โœ… TVETMARA
โœ… GMI
โœ… UniKL
Apa yang menanti anda?
๐Ÿค Kerjasama erat bersama industri
๐Ÿ’ผ Peluang kerjaya berpendapatan tinggi
๐ŸŒ Peluang menyambung pengajian di dalam dan luar negara
๐Ÿš€ Menjadi tenaga mahir yang menjadi rebutan industri
๐Ÿ’ผ Membina perniagaan dan bergelar usahawan berjaya
,
Di TVETMARA, kami membina bakat yang mampu memacu masa depan negara


20/08/2026
๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฒ๐—ฑ๐—ถ๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—”๐—ธ๐—ต๐—ถ๐—ฟ ๐—ฃ๐—ฎ๐˜€๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—•๐—ผ๐—น๐—ฎ ๐—ง๐—ฎ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฟ ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ๐—ป๐˜‚ - ๐—ฆ๐—จ๐—ž๐— ๐—”๐—ฆ ๐—ซ๐—œ20 Ogos 2026 | Gelanggang Bola Tampar Kolej Vokasional Kemama...
20/08/2026

๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฒ๐—ฑ๐—ถ๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—”๐—ธ๐—ต๐—ถ๐—ฟ ๐—ฃ๐—ฎ๐˜€๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—•๐—ผ๐—น๐—ฎ ๐—ง๐—ฎ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฟ ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ๐—ป๐˜‚ - ๐—ฆ๐—จ๐—ž๐— ๐—”๐—ฆ ๐—ซ๐—œ

20 Ogos 2026 | Gelanggang Bola Tampar Kolej Vokasional Kemaman

TVETMARA Kemaman dengan bangganya telah diberi kepercayaan untuk menguruskan Kontinjen Bola Tampar Terengganu bagi penyertaan ke SUKMAS XI di Perlis.

Latihan dan persiapan sedang giat dijalankan bagi memastikan atlet berada di tahap terbaik.

Meriahnya suasana Klinik Bola Tampar TVETMARA Kemaman bersama Coach Siti Nuraisah binti Anang yang turut disertai oleh ahli pasukan yang terdiri dari guru dan staf dari Pejabat MARA Negeri Terengganu, MRSM Kota Putra, MRSM Dungun dan MRSM Kuala Terengganu.

Dari belajar teknik sampai ke sesi bergambar, semua penuh dengan gelak tawa dan semangat kesukanan.

Sebelum ini tak pernah kenal, kini kami seperti satu keluargaโค๏ธ

Bola boleh jatuh, tapi semangat team kita tak pernah jatuh!

Terengganu Nelang!

19/08/2026

๐—ฆ๐—จ๐—ž๐— ๐—”๐—ฆ ๐—ซ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Debaran semakin terasa apabila hanya 11 hari lagi sebelum gelanggang dibuka dan semangat kesukanan mula membara.

Perlis bakal menjadi saksi persaingan penuh semangat, persahabatan yang terjalin dan kenangan yang akan terpahat buat seluruh warga MARA.

Bersedia untuk aksi penuh semangat dan saingan terbaik demi mengharumkan nama kontinjen masing-masing!

Dapatkan info SUKMAS XI - www.sukanmara.com




19/08/2026
19/08/2026

๐—ž๐—˜๐—ก๐—”๐—Ÿ๐—œ ๐—ฆ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—ก๐—ง๐—ข๐—œ!

Comel, tangkas dan penuh semangat! Si Kentoi, maskot rasmi SUKMAS XI Perlis 2026, melambangkan kekuatan, perpaduan dan semangat juang warga MARA.

Jom kenali kisah, personaliti dan fakta menarik di sebalik Si Kentoi!

Dapatkan info SUKMAS XI - www.sukanmara.com




Integriti bukan sekadar kata-kata, tapi amalan seharian!โœจAlhamdulillah, Program Sembang Integriti: Menjunjung Amanah sel...
18/08/2026

Integriti bukan sekadar kata-kata, tapi amalan seharian!โœจ

Alhamdulillah, Program Sembang Integriti: Menjunjung Amanah selesai dengan jayanya! ๐Ÿ™Œ

Terima kasih kepada Penguasa Nur Mahirah binti Pauzi, Ketua Cawangan Pendidikan Masyarakat dari SPRM Terengganu atas perkongsian padat dan bermanfaat tentang amalan integriti dalam kehidupan seharian pelajar.

Terima kasih juga kepada SPRM Terengganu atas sumbangan peruntukan sebanyak RM1,000.00 untuk program integriti AMAR TVETMARA Kemaman.
Peruntukan tersebut telah disampaikan oleh Penguasa Kanan Intan Nabila binti Ridzwan kepada Puan Afizah Zubaidah binti Embong, Timbalan Pengarah (Khidmat Pengurusan & Hal Ehwal Pelajar TVETMARA Kemaman).

Peruntukan ini telah digunakan untuk hadiah 2 pertandingan integriti:
๐Ÿ”น Kuiz Ramadan: Puasa Makanan, Tolak Suapan 2.0 - Februari 2026
๐Ÿ”น Pertandingan Video Pendek: Sayangi Malaysia, Integriti Diperkasa - Ogos 2026

Tahniah kepada semua pemenang! Jom terus semarakkan budaya integriti di TVETMARA Kemaman ๐Ÿš€

Sorotan perjalanan pasukan Aquashield Jacket TVETMARA Kemaman sepanjang Pertandingan Akhir Innovation Development Throug...
18/08/2026

Sorotan perjalanan pasukan Aquashield Jacket TVETMARA Kemaman sepanjang Pertandingan Akhir Innovation Development Through Educational Activities (iDEA) 2026.

๐€๐ช๐ฎ๐š๐ฌ๐ก๐ข๐ž๐ฅ๐ ๐‰๐š๐œ๐ค๐ž๐ญ ๐“๐•๐„๐“๐Œ๐€๐‘๐€ ๐Š๐ž๐ฆ๐š๐ฆ๐š๐ง ๐ƒ๐ข๐ง๐จ๐›๐š๐ญ ๐๐š๐ข๐› ๐‰๐จ๐ก๐š๐ง ๐ข๐ƒ๐„๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”TVETMARA Kemaman mencatat pencapaian membanggakan apabila...
18/08/2026

๐€๐ช๐ฎ๐š๐ฌ๐ก๐ข๐ž๐ฅ๐ ๐‰๐š๐œ๐ค๐ž๐ญ ๐“๐•๐„๐“๐Œ๐€๐‘๐€ ๐Š๐ž๐ฆ๐š๐ฆ๐š๐ง ๐ƒ๐ข๐ง๐จ๐›๐š๐ญ ๐๐š๐ข๐› ๐‰๐จ๐ก๐š๐ง ๐ข๐ƒ๐„๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

TVETMARA Kemaman mencatat pencapaian membanggakan apabila projek inovasi Aquashield Jacket dinobatkan sebagai Naib Johan Innovation Development Through Educational Activities (iDEA) 2026 bagi kategori IPTA/IPTS/ILKA/ILKS dalam bidang Teknologi Rekaan Fabrik.

Pertandingan akhir yang berlangsung pada 15 hingga 17 Ogos 2026 di IKTBN Temerloh menyaksikan Aquashield Jacket dibangunkan oleh dua pelajar Program Mekanikal, Amirul Azri Zulkifli dan Bahlawan Umran Mohd Zulmi, di bawah penyeliaan Tengku Nor Izuanshah Tengku Johan.

Kejayaan ini merupakan kesinambungan prestasi cemerlang projek berkenaan yang terlebih dahulu meraih Pingat Emas pada Pusingan Pra Kelayakan iDEA 2026 yang berlangsung pada 25 hingga 29 Mei 2026, sekali gus melayakkan pasukan TVETMARA Kemaman mara ke pertandingan akhir.

iDEA 2026 anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan IKTBN Temerloh sebagai hos menjadi platform mengetengahkan kreativiti, inovasi dan keupayaan peserta dalam menghasilkan idea serta penyelesaian berasaskan teknologi. Majlis penutup telah disempurnakan oleh YB Dr. Mohammed Taufiq bin Johari, Menteri Belia dan Sukan.

Pencapaian Naib Johan ini mencerminkan keupayaan pelajar TVETMARA Kemaman dalam menterjemahkan kemahiran teknikal kepada penghasilan inovasi yang kompetitif serta berpotensi memberi nilai tambah kepada bidang TVET.

Tahniah dan syabas kepada para pelajar serta penyelia atas pencapaian membanggakan ini!












Address

Kemaman

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+601125680577

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when TVET MARA Kemaman posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category