sek men agama (arab) yayasan khairiah

  • Home
  • sek men agama (arab) yayasan khairiah

sek men agama (arab) yayasan khairiah SMA Yayasan Khairiah merupakan Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri Kedah (JAINK).

Ianya ditubuhkan pada tahun 1935 oleh Tuan Guru Haji Yahya Toha dan dikenali dengan panggilan Pondok Pisang.

🏆 TAHNIAH WIRA BOLA SEPAK SMA YAYASAN KHAIRIAH 🏆Sekalung tahniah diucapkan kepada pasukan bola sepak SMA Yayasan Khairia...
17/05/2026

🏆 TAHNIAH WIRA BOLA SEPAK SMA YAYASAN KHAIRIAH 🏆

Sekalung tahniah diucapkan kepada pasukan bola sepak SMA Yayasan Khairiah atas kejayaan cemerlang merangkul gelaran JOHAN ZON SELATAN MASSAK 2026! 💚💛

⚽ Keputusan Perlawanan

📍 Kumpulan C
• Yayasan Khairiah 0-0 Annajah
• Yayasan Khairiah 3-0 Diniah
• Yayasan Khairiah 4-0 Haraki

📍 Final C & D
• Yayasan Khairiah 0-0 Tarbiah
• Penalti : YK 4-3 Tarbiah

📍 Separuh Akhir
• Yayasan Khairiah 3-0 Daris

📍 FINAL
• Yayasan Khairiah 2-2 Madad
• Penalti : YK 4-3 Madad

Perjuangan penuh semangat, disiplin dan jiwa juang tinggi akhirnya menghadiahkan kejuaraan buat warga Yayasan Khairiah. Kalian bukan sekadar pemain, tetapi wira yang mengharumkan nama sekolah! 🔥⚽

Terima kasih juga kepada para jurulatih, guru pengiring, penyokong dan semua warga sekolah yang sentiasa memberikan sokongan tanpa henti.

🔥 Jumpa hangpa di UUM, MASSAK 2026! 🔥

“Dari padang kita melakar sejarah!”

Yaaaaaaayasan! Hoi Hoi! 💚💛

08/05/2026
🔥 AYUH TURUN PADANG, GEGARKAN ZON SELATAN! 🔥📍 PERLAWANAN BOLA SEPAK KUMPULAN C🏆 MASSAK 2026🗓 09 Mei 2026⏰ 08.30 pagi📌 Pa...
08/05/2026

🔥 AYUH TURUN PADANG, GEGARKAN ZON SELATAN! 🔥

📍 PERLAWANAN BOLA SEPAK KUMPULAN C
🏆 MASSAK 2026

🗓 09 Mei 2026
⏰ 08.30 pagi
📌 Padang Kompleks Rakan Muda Baling

Hari untuk berjuang.
Hari untuk buktikan semangat.
Hari untuk seluruh warga SMA Yayasan Khairiah bersatu hati memberi sokongan kepada wira-wira kita! 💚💛⚽

Laungkan sorakan, kibarkan semangat dan penuhkan padang dengan aura kemenangan!
Setiap tepukan dan sorakan anda adalah pembakar semangat buat pemain di atas padang! 🔥

💪 Berjuang habis-habisan!
⚽ Main dengan hati!
🏆 Demi nama SMA Yayasan Khairiah!





🔥⚽ AYUH TURUN BERIKAN SOKONGAN! ⚽🔥Warga SMA Yayasan Khairiah seru kepada semua penyokong-penyokong , waris, alumni dan p...
07/05/2026

🔥⚽ AYUH TURUN BERIKAN SOKONGAN! ⚽🔥

Warga SMA Yayasan Khairiah seru kepada semua penyokong-penyokong , waris, alumni dan pelajar untuk sama-sama ke :

🏆 PERLAWANAN BOLA SEPAK KUMPULAN C & D ZON SELATAN
🏅 MASSAK 2026
📅 09 Mei 2026
⏰ 08.30 Pagi
📍 Padang Kompleks Rakan Muda Baling

Mari gegarkan stadium dengan sorakan padu dan semangat luar biasa demi wira bola sepak kita! 💪⚽
“Semangat penyokong adalah kekuatan pemain di padang!”

📣 JOM KITA TURUN STADIUM!
📣 YAAAAAAAYASAN! HOI HOI! 🔥💙💛

🏸 PERTANDINGAN BADMINTON ZON SELATAN NEGERI KEDAH 🏸Ayuh kita gegarkan gelanggang dengan semangat luar biasa! 💥Wakil SMA ...
04/05/2026

🏸 PERTANDINGAN BADMINTON ZON SELATAN NEGERI KEDAH 🏸

Ayuh kita gegarkan gelanggang dengan semangat luar biasa! 💥
Wakil SMA Yayasan Khairiah bakal beraksi dan memerlukan sorakan padu daripada kita semua!

🔥 KATEGORI LELAKI
📅 Selasa | 5 Mei 2026
⏰ 8.00 pagi
📍 Dewan Haji Ibrahim, Kulim

🔥 KATEGORI PEREMPUAN
📅 Rabu | 6 Mei 2026
⏰ 8.00 pagi
📍 Dewan Haji Ibrahim, Kulim

💪 Kehadiran anda adalah kekuatan mereka!
📣 Sorakan anda adalah pembakar semangat kemenangan!

🎯 Ayuh seluruh penyokong, kita turun beramai-ramai!
Buktikan semangat kita bukan biasa-biasa!

🔥 YAAAAAAAAAAYASAN!!!
🔥 HOI HOI!!!

TAHNIAH & SYABAS 🌟Langkah penuh gemilang terus diukir!Sekalung tahniah diucapkan kepada Saudari Ainul Mardhiah binti Kha...
25/04/2026

TAHNIAH & SYABAS 🌟

Langkah penuh gemilang terus diukir!

Sekalung tahniah diucapkan kepada Saudari Ainul Mardhiah binti Khairul Anuar atas kejayaan cemerlang merangkul JOHAN dalam acara Hafazan Remaja Perempuan sempena Majlis Tilawah & Hafazan Al-Quran TNB 2026.

Lebih membanggakan, kejayaan ini melengkapkan rentetan prestasi luar biasa beliau yang sebelum ini turut dinobatkan JOHAN acara Forum di Ihtifal Ilmi Peringkat Zon 3.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga sekolah dan terus menyemarakkan kecintaan terhadap Al-Quran. Teruskan melakar kecemerlangan! ✨📖

Alhamdulillah, bertambah menyinar lagi bumi SMA Yayasan Khairiah minggu ini ✨Selepas kejayaan cemerlang dalam Ihtifal Il...
23/04/2026

Alhamdulillah, bertambah menyinar lagi bumi SMA Yayasan Khairiah minggu ini ✨

Selepas kejayaan cemerlang dalam Ihtifal Ilmi dan kejohanan Catur MSSD, hari ini sekali lagi kita melakar sejarah apabila dua pelajar kita menerima anugerah dalam Majlis Anugerah Sanjungan Ilmu yang berlangsung di Dewan Al Hana, S*k.

🎓 Tahniah diucapkan kepada:
🌟 Saudari Basirah – Terbaik SMA 2025
🌟 Saudari Syarifah – Terbaik STA 2025

Anugerah ini telah disampaikan oleh YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor (Menteri Besar Kedah) sebagai pengiktirafan atas kecemerlangan akademik yang luar biasa.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga SMA Yayasan Khairiah untuk terus berusaha, berilmu dan berakhlak mulia.

“Ilmu Disanjung, Akhlak Dijunjung” 💫

برنامج اللغة العربية بنجاح بالتعاون مع محاضر من جامعة السلطان عبد الحليم معظم شاه الإسلامية العالمية (UniSHAMS) وذلك في ...
23/04/2026

برنامج اللغة العربية بنجاح بالتعاون مع محاضر من جامعة السلطان عبد الحليم معظم شاه الإسلامية العالمية (UniSHAMS) وذلك في تاريخ 21/4/2026م في قاعة تنغكو الحاج يحيى طه.

وقد شارك في هذا البرنامج طلاب الصفوف الأولى حتى الثالثة، حيث تضمن البرنامج أنشطة متنوعة تهدف إلى تنمية مهارات اللغة العربية وتعزيز إتقانها لدى الطلاب.

نسأل الله أن يبارك في هذه الجهود وأن يزيد حب اللغة العربية في قلوب أبنائنا

PROGRAM BAHASA ARAB BERSAMA PENSYARAH UNISHAM
----------
Program Bahasa Arab telah berlangsung dengan jayanya bersama pensyarah dari Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah pada 21 April 2026 bertempat di Dewan Tg. Hj. Yahya Taha.

Program ini melibatkan para pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 dengan pelbagai aktiviti menarik yang memberi pendedahan serta meningkatkan penguasaan Bahasa Arab dalam kalangan pelajar.

Semoga usaha ini terus menyemarakkan minat dan kecintaan terhadap Bahasa Arab dalam kalangan generasi muda.

Tahniah diucapkan kepada Adik Ahmad Irfan, wakil SMA Yayasan Khairiah, atas kejayaan cemerlang dinobatkan sebagai Johan ...
22/04/2026

Tahniah diucapkan kepada Adik Ahmad Irfan, wakil SMA Yayasan Khairiah, atas kejayaan cemerlang dinobatkan sebagai Johan Catur Bawah 15 Tahun peringkat MSSD Baling!

Kemenangan ini lebih manis apabila berjaya mengatasi saingan sengit daripada 80 orang peserta. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada pelajar lain untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan.

Syabas dan teruskan melakar kejayaan! ♟️🏆

Pautan keputusan dan kedudukan :
https://s2.chess-results.com/tnr1399203.aspx?lan=1&art=4&fed=MAS&SNode=S0

📚 MIISMAM 2026 📚KEPUTUSAN IHTIFAL ILMI ZON 3 KEDAHSMA Yayasan KhairiahAlhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas pencapa...
21/04/2026

📚 MIISMAM 2026 📚
KEPUTUSAN IHTIFAL ILMI ZON 3 KEDAH
SMA Yayasan Khairiah

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas pencapaian cemerlang para pelajar SMA Yayasan Khairiah dalam Ihtifal Ilmi Zon 3 Kedah 2026. Usaha, doa dan pengorbanan semua pihak akhirnya membuahkan hasil yang amat membanggakan 🌟

🏆 JOHAN

Kitab Turath (L)
Maqal (L)
Maqal (P)
Nasyid (P)
Syarahan BI (L)
Forum (Campuran)
✨ Anugerah Pengerusi Terbaik – Ali Imran
✨ Anugerah Panel Terbaik – Nur Aliya

🥈 NAIB JOHAN

Tilawah Al-Quran (P)
Khat (L)
Nasyid (L)
Khitobah (P)
Syarahan BM (P)
Syarahan BM (L)

🥉 TEMPAT KETIGA

Tilawah Al-Quran (L)
Syarahan BI (P)

🎯 Dengan pencapaian ini, SMA Yayasan Khairiah akan mewakili sebanyak 6 acara ke peringkat negeri!

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua peserta, guru pembimbing serta seluruh warga sekolah yang telah bertungkus-lumus menjayakan kejayaan ini.

Semoga pencapaian ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar kecemerlangan di masa hadapan 💪✨

Address

Yayasan Khairiah , 09200 Baling, Kedah DA.

09200

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:00
Tuesday 08:00 - 16:00
Wednesday 08:00 - 16:00
Thursday 08:00 - 16:00
Sunday 08:00 - 16:00

Telephone

+6044766934

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when sek men agama (arab) yayasan khairiah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to sek men agama (arab) yayasan khairiah:

Shortcuts

  • Want your school to be the top-listed School/college?

Share