16/03/2026
✨️Majlis Pelancaran Kempen Anti Buli & Gangguan Seksual✨️
🗓 16 Mac 2026 (Isnin)
Terima kasih diucapkan kepada Unit HEM di atas pelaksanaan Majlis Pelancaran Kempen Anti Buli & Gangguan Seksual💐
Pengisian program adalah seperti berikut:
📌 Perhimpunan Rasmi
📌Tontonan Filem Pendek Berkaitan Dengan Anti Buli
📌Ceramah Anti Buli & Gangguan Seksual
📌Pelancaran Kempen
📌Pertandingan Mewarna
03/03/2026
💐Setinggi-tinggi tahniah & syabas diucapkan kepada Cikgu Victoria Sendi anak Michael (Penolong Kanan Kokurikulum) atas pencapaian yang amat membanggakan pada tahun 2025 dalam mengembangkan bakat & potensi anak-anak pedalaman di SK Nanga Jagau.
💐Tahniah dan syabas juga ditujukan kepada semua jurulatih (guru/AKP) yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung.
💐Semoga pencapaian ini menjadi pembakar semangat untuk mencapai sasaran yang lebih cemerlang pada tahun 2026.
03/03/2026
✨️Program Ceramah Motivasi Bersama Ibu Bapa & Murid SK Nanga Jagau oleh Cikgu Lorentossa anak Johnnie Tegong✨️
✨️Bengkel Bridging Tech & Teach Bersama Guru & Staf SK Nanga Jagau oleh Cikgu Gosstin anak Blin✨️
📌Kolaborasi antara SK Nanga Jagau & IPG Rajang
🗓 3 Mac 2026
🌟Hari ini telah berlangsung Program Ceramah Motivasi bersama Ibu Bapa dan Murid serta Bengkel Bridging Tech & Teach melibatkan guru dan staf SK Nanga Jagau hasil kolaborasi strategik bersama IPG Rajang.
🌟 Ceramah Motivasi bersama Ibu Bapa & Murid
Ceramah telah disampaikan oleh Cikgu Lorentossa anak Johnnie Tegong. Perkongsian yang penuh inspirasi ini memberi penekanan kepada kepentingan sokongan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak, pembinaan sahsiah diri serta usaha berterusan dalam mencapai kejayaan akademik dan kokurikulum.
🌟 Bengkel Bridging Tech & Teach bersama Guru & Staf
Bengkel yang dikendalikan oleh Cikgu Gosstin anak Blin p**a memberi pendedahan kepada warga pendidik tentang pendekatan pedagogi berasaskan teknologi serta strategi mengintegrasikan elemen digital dalam pengajaran dan pembelajaran agar lebih berkesan, relevan dan selari dengan keperluan pendidikan masa kini.
🌟Program ini bukan sahaja mengukuhkan hubungan antara sekolah dan ibu bapa, malah membuka ruang kolaborasi profesional dalam kalangan guru bagi meningkatkan kualiti penyampaian PdP. Diharapkan inisiatif seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi kecemerlangan murid dan pembangunan pendidikan yang holistik.
💐Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.
03/03/2026
✨️Mesyuarat Agung Tahunan PIBG✨️
🗓23 Februari 2026|2:30pm
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua ibu bapa yang telah meluangkan masa untuk hadir. Kehadiran dan pandangan yang diberikan amat bermakna dalam usaha kita bersama membina masa depan anak-anak💪🏻
03/03/2026
Program Peningkatan Akademik telah bermula pada bulan Februari dan akan berlangsung sehingga bulan November 2026. Antara program yang telah bermula & giat dijalankan ialah program ALFA & kelas tambahan petang. Semoga usaha guru & murid dapat membuahkan hasil pada akhir tahun sesi pembelajaran 2026.
03/03/2026
February's Memory Bank📸
✨️Kejohanan Merentas Desa MSS Bahagian Sibu 2026✨️
📌7 Februari 2026
📌Tahniah dan syabas diucapkan kepada 6 orang murid yang telah mengambil bahagian dalam Kejohanan Merentas Desa MSS Bahagian Sibu. Seorang wakil sekolah telah berjaya mendapat kedudukan Top 100 iaitu tempat ke-65. Murid tersebut ialah adik Fadrickson anak Anchal.
📌Pihak sekolah juga mengucapkan tah iah & syabas kepada Ketua Jurulatih iaitu Cikgu Laiwefatra Daimes dan dibantu oleh Cikgu Asdruceoi anak Aju.
📌Pasukan merentas desa SK Nanga Jagau diuruskan dan diketuai oleh Cikgu Victoria Sendi anak Michael, Penolong Kanan Kokurikulum SK Nanga Jagau.
📌Semoga murid dapat mencapai kedudukan yang lebih cemerlang pada tahun akan datang.
03/03/2026
January's Memory Bank📸
✨️Hari Penetapan Sasaran Akademik & Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan✨️
📌27 Januari 2026
03/03/2026
January's Memory Bank📸
✨️Merentas Desa Peringkat Sekolah✨️
📌20 Januari 2026.
03/03/2026
Major throwback from January's Memory Bank📸
Sekitar program Jom Ke Sekolah pada minggu pertama persekolahan bagi sesi 2026 yang bermula sejak 12 Januari 2026. Semoga murid-murid SK Nanga Jagau terus cekal menimba ilmu sepanjang tahun 2026💪🏻✨️
21/12/2025
🔴🟡🟢🔵Kejohanan Sukan Tahunan🔵🟢🟡🔴
📌18 Disember 2025
Terima kasih diucapkan kepada semua guru & staf yang telah bekerjasama menjayakan sukan tahunan sekolah. Terima kasih juga diucapkan kepada semua ibu bapa kerana telah menyokong program sekolah.
-Part 2-
21/12/2025
🔴🟡🟢🔵Kejohanan Sukan Tahunan🔵🟢🟡🔴
📌18 Disember 2025
Terima kasih diucapkan kepada semua guru & staf yang telah bekerjasama menjayakan sukan tahunan sekolah. Terima kasih juga diucapkan kepada semua ibu bapa kerana telah menyokong program sekolah.
-Part 1-