13/02/2026
π§§π SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA 2026! ππ§§
Gong Xi Fa Cai!
Seluruh warga SK Nanga Jih mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua murid, ibu bapa dan warga sekolah yang meraikannya. Semoga tahun baharu ini membawa sinar kebahagiaan, kesihatan yang baik, kejayaan dalam pelajaran serta kemakmuran yang berpanjangan.
Semoga perayaan ini disambut dengan penuh kegembiraan bersama keluarga tersayang β€οΈ
Di sini juga pihak sekolah ingin memaklumkan bahawa sekolah akan bercuti pada:
π 16 Februari 2026 (Isnin) hingga 20 Februari 2026 (Jumaat)
Sesi persekolahan akan dibuka semula pada:
π
23 Februari 2026 (Isnin)
Mohon ibu bapa dan penjaga memastikan anak-anak hadir ke sekolah seperti biasa pada tarikh tersebut.
Terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua.
Ikhlas daripada,
Warga SK Nanga Jih.
04/08/2025
π TAHNIAH ADIK ALEXSTER! π
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Adik Alexster yang telah mewakili pasukan Sibu dan berjaya merangkul Johan Kategori Sepak Takraw 12TKB QUADRANT dalam Kejohanan Sepak Takraw MSS Sarawak 2025.π
Kejayaan ini adalah hasil usaha gigih, semangat juang yang tinggi serta komitmen luar biasa dalam bidang sukan πͺ.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus maju dan berjaya dalam pelbagai bidang pada masa akan datang β¨π.
Sekali lagi, setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan! ποΈπ
17/07/2025
Saksikan Karnival Kepimpinan Sahsiah SK Nanga Jih yang telah berlangsung pada 21-22 Mei 2025.
KARNIVAL KEPIMPINAN SAHSIAH 2025
Karnival Kepimpinan Sahsiah 2025 SK Nanga Jih telah berlangsung selama 2 hari iaitu pada 21-22 Mei 2025. Terdapat beberapa agensi yang dijemput ke sekolah un...
24/05/2025
Karnival Pembangunan Sahsiah Murid peringkat Sekolah Kebangsaan Nanga Jih
Anjuran bersama : Yayasan Sarawak & PIBG sekolah.
Tarikh : 21 - 22 Mei 2025
Tempat : Dewan Serbaguna Sk. Nanga Jih
Sasaran : Semua ibubapa,murid pra sekolah - Tahun 6.
Program yang dilaksanakan :
1. Ceramah Keselamatan & Demonstrasi memadam api(Team Pegawai Bomba Kanowit)
2. Ceramah Anti buli & tingkah laku Seksual (Encik Rover - PPS Kanowit)
3. Ceramah kepentingan pendidikan ( Cikgu Masrizal)
4. Ceramah anti Dadah dari AADK bahagian Sibu.
Pihak sekolah ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ibu bapa dan penjaga yang telah meluangkan masa untuk hadir dan menyokong program selama 2 hari ini. Kehadiran dan sokongan anda semua amat bermakna dalam usaha kita bersama memajukan pendidikan dan sahsiah anak-anak.
Kami juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yayasan Sarawak atas tajaan dan sokongan padu dalam menjayakan program ini.(100% segala kos perbelanjaan adalah dari Sumbangan yayasan Sarawak) Sumbangan dan kerjasama yang diberikan amat membantu dalam merealisasikan objektif program.
Tidak dilupakan, penghargaan yang setinggi-tingginya kepada semua guru dan staf sekolah yang telah bertungkus-lumus merancang, mengurus dan melaksanakan program ini dengan penuh dedikasi. Komitmen dan usaha gigih anda semua menjadi tunjang kejayaan program ini.
Semoga apa yang disampaikan oleh 4 penceramah kita sepanjang 2 hari dapat memberikan manfaat yang baik kepada ibubapa dan juga murid-murid.
Sekali lagi, semoga kerjasama erat antara pihak sekolah, ibu bapa, Yayasan Sarawak dan semua pihak yang terlibat akan terus kukuh demi melahirkan generasi yang cemerlang dari segi akademik, sahsiah dan kepimpinan.
*Sekian, terima kasih dari unit pentadbiran SK. Nanga Jih* .
07/05/2025
Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada adik Aufa Azzalea murid Tahun 6 SK Nanga Jih atas kejayaan cemerlang memenangi tempat pertama Pertandingan Tilawah dalam Mahrajan Pendidikan Islam Sekolah-Sekolah KPM Daerah Kanowit 2025!
23/04/2025
π JOM BACA BERSAMA 10 MINIT 2025 π
β¨ βNikmati Saat Iniβ β¨
Sekolah telah menyertai program Jom Baca Bersama 10 Minit anjuran Pustaka Negeri Sarawak bersempena dengan sambutan dan !
π
Tarikh: 23 April 2025
π Masa: 11:00 pagi - 11:10 pagi
π Lokasi: Kelas masing-masing.
Mari kita jadikan amalan membaca sebagai satu gaya hidup! πͺπ
23/04/2025
πͺπ»PROGRAM SEGAK PERINGKAT SEKOLAH 2025 (Fasa 1) πͺπ»
π Lokasi: Dewan SK Nanga Jih
π
Tarikh: 22 April 2025
π Masa: 0800-1000
Semangat, stamina dan senyuman! Itulah yang memeriahkan suasana program SEGAK yang telah berlangsung dengan penuh meriah di SK Nanga Jih! πββοΈπββοΈπ₯
Murid-murid telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dalam menyempurnakan ujian kecergasan seperti:
β
Tekan tubi
β
Ringkuk tubi
β
Jangkauan melunjur
β
Naik turun bangku
β
Indeks j***m badan (BMI)
Program ini bukan sekadar penilaian fizikal, tetapi juga usaha membudayakan gaya hidup sihat dan aktif dalam kalangan warga sekolah. Tahniah kepada semua murid yang telah memberikan komitmen terbaik! ππΌπ₯
Terima kasih juga kepada para guru yang telah melaksanakan kelancaran program ini. π
"Kesihatan Cemerlang, Prestasi Gemilang!"
23/04/2025
MAJLIS PELANCARAN PEMAKAIAN LENCANA JALUR GEMILANG SK NANGA JIH π²πΎ
π Lokasi: Dewan SK Nanga Jih
π
Tarikh: 22 April 2025
π Masa: 0730-0800
Majlis Pelancaran Pemakaian Lencana Jalur Gemilang pada Pakaian Seragam Murid telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada hari ini.π
Syabas dan tahniah kepada semua murid dan warga sekolah yang terlibat. Semoga pemakaian lencana ini menjadi inspirasi untuk terus menyemai semangat kebangsaan dalam diri kita. β€οΈππ
22/03/2025
SEJARAH 2025: SEKOLAH BANJIR π
Biasanya, SK Nanga Jih akan menjadi pusat melapor jika ada rakan sekolah lain yang terjejas akibat banjir. Namun, kali ini, SK Nanga Jih sendiri yang terjejas teruk.
Semoga semuanya kembali seperti sediakala dan segala urusan dapat berjalan lancar. ππͺ
14/03/2025
π’ PERMOHONAN KEMASUKAN PRASEKOLAH SESI 2026 TELAH DIBUKA! π Ayuh mendaftar di PRASEKOLAH SK NANGA JIHβ¨
Ibu bapa yang mempunyai anak lahir antara 2 Januari 2020 hingga 15 Januari 2022, kini tiba masanya untuk membuat permohonan kemasukan ke Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia!
β
Syarat Kelayakan:
πΉ Kanak-kanak warganegara Malaysia π²πΎ
πΉ Lahir antara 2 Januari 2020 - 15 Januari 2022
π
Tarikh Permohonan:
π Secara Online:
π₯οΈ 1 Mac 2025 - 30 April 2025
π» Mohon di sini: π https://eprasekolah.moe.gov.my/
π Secara Manual:
π 1 Mac 2025 - 31 Mei 2025
π Ambil borang di sekolah yang ingin dimohon.
Pastikan anak anda tidak terlepas peluang mendapatkan pendidikan awal yang berkualiti! ππ
16/09/2024
Salam Maulidur Rasul SAW
12 Rabiul Awal 1446H | 16 September 2024
"Al Falah Pemacu Malaysia MADANI"