28/08/2026
π²πΎ PERARAKAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN KE-69 π²πΎ
PASTI Nurul Hidayah Kuala Kangsar | 28 Ogos 2026
Alhamdulillah, pada 28 Ogos 2026, telah berlangsung Perarakan Sambutan Bulan Kemerdekaan Kali Ke-69 yang penuh semangat dan meriah, melibatkan anak-anak PASTI serta warga pendidik.
Program ini menjadikan PASTI Nurul Hidayah Talang sebagai tuan rumah, dengan penganjuran bersama PASTI Al HAQQ, TMN Chandan PUTRI, FASA 3 (Taman Chandan Puteri) dan PASTI Nurul Islam (Bukit Chandan).
π²πΎ Seawal jam 8.00 pagi, anak-anak PASTI bersama guru-guru pengiring telah berkumpul di PASTI Nurul Hidayah (Talang Masjid) sebelum memulakan perarakan.
Turut hadir bersama ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Kangsar merangkap Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perak, Ustaz Omar Adam, yang bersama-sama memberikan sokongan dan menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan anak-anak PASTI.
Perarakan dimulakan dari PASTI Nurul Hidayah (Talang Masjid), kemudian bergerak mengelilingi kawasan Kampung Talang Masjid, dan kawasan Bendang, sebelum kembali semula ke tempat permulaan.
Keceriaan jelas terpancar pada wajah anak-anak PASTI yang begitu bersemangat mengibarkan Jalur Gemilang dan menyertai perarakan sebagai tanda kecintaan kepada negara tercinta. π²πΎβ€οΈ
π Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua guru pengiring yang telah meluangkan masa, tenaga dan komitmen bagi memastikan keselamatan serta kelancaran perjalanan anak-anak PASTI sepanjang program berlangsung.
Semoga semangat cinta akan negara, perpaduan dan patriotisme terus disemai sejak usia muda dalam jiwa anak-anak PASTI.
π²πΎ ANAK PASTI, JIWA MERDEKA! π²πΎ