17/03/2020
KENYATAAN TASKA KANCIL PINTAR AR
Pada 11 Mac. 2020, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan COVID-19 sebagai pandemi kerana terdapat peningkatan kes yang semakin ketara di seluruh dunia. Negara kita juga sekarang ini turut berhadapan dengan situasi yang semakin serius berikutan penularan jangkitan COVID-19 tersebut.
Menurut Perutusan Khas Perdana Menteri, di Malaysia, telah berlaku peningkatan kes COVID-19 secara mendadak, iaitu 190 kes pada 15 Mac, 2020 dan 125 kes semalam. Ini menjadikan jumlah keseluruhan individu yang dijangkiti wabak ini adalah sebanyak 553 orang. Untuk itu, Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai 18 Mac, 2020 hingga 31 Mac, 2020 di seluruh negara yang dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.
Dengan ini TASKA KANCIL PINTAR mengambil maklum mengenainya dan ingin MENEGASKAN bahawa:
1. TASKA-TASKA perlu mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan tersebut sejajar dengan ketetapan yang telah dibuat berlandaskan akta sedia ada. TASKA-TASKA yang dimaksudkan adalah seperti yang termaktub di dalam AKTA TASKA iaitu TASKA Institusi, TASKA di Rumah, TASKA di Tempat Kerja dan TASKA Komuniti TANPA PENGECUALIAN.
2. JKM turut menyarankan agar TASKA-TASKA mengambil kesempatan ini untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan dan penyah-kuman dalam tempoh perintah tersebut.
3. Penutupan operasi TASKA-TASKA bukanlah di atas kemahuan kami, tetapi adalah kerana penetapan perintah tersebut dan juga sebagai tanggungjawab untuk membendung penularan wabak COVID-19. Keselamatan anak-anak kita adalah tanggujawab bersama.
4. Dengan ini, di harap ibu bapa dan penjaga dapat bekerjasama dan perihatin terhadap situasi ini. Harapan kami TASKA tidak dipersalahkan dan pembayaran yuran hendaklah seperti biasa kerana kos operasi TASKA masih tetap sama.
5. Kepada para pendidik, penutupan ini perlu diambil sebagai peluang untuk merangka dan mengemas kini rancangan pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti tahunan agar lebih komperhensif. Para pendidik juga di minta sentiasa bekerjasama dan perihatin dengan pihak pengurusan TASKA sepanjang tempoh tersebut.
6. Kami amat berharap agar situasi ini mengeratkan lagi ukhuwah serta saling bekerjasama di antara ibu, bapa dan penjaga dengan pendidik dan pengurusan
TASKA.
7. Pihak kami akan memaklumkan kepada ibu bapa dan penjaga sekiranya terdapat sebarang perubahan pada Perintah Kawalan Pergerakan dari semasa ke semasa melalui medium Media social Facebook, Istagram , WhatsApp & Telegram
Akhirkata, apa-apa permasalahan mengenai TASKA, sila hubungi pihak Taska Kancil Pintar AR 018-940 4604 ( Cawangan Taman Perling) / 018- 911 4604 ( Cawangan Taman Nusabayu ) & 017-729 6672( Taman Pulai Indah) . Terima kasih.
Tarikh: 17 Mac, 2020