Teknologi Automotif Kolej Vokasional Taiping

Teknologi Automotif Kolej Vokasional Taiping Media Rasmi Program Teknologi Automotif, Kolej Vokasional Taiping, 34600 Kamunting, Perak.

PEPERIKSAAN AKHIR (PA) AMALI DVM SEMESTER 2 / 2026Tarikh : 11 Mei 2026Masa : 8.00 pagi - 1.00 petangTempat : Bengkel Tek...
11/05/2026

PEPERIKSAAN AKHIR (PA) AMALI DVM SEMESTER 2 / 2026

Tarikh : 11 Mei 2026
Masa : 8.00 pagi - 1.00 petang
Tempat : Bengkel Teknologi Automotif Kolej Vokasional Taiping

DIALOG PENINGKATAN PRESTASI PELAJAR 2SVM SEMESTER 3 PROGRAM TEKNOLOGI AUTOMOTIFTarikh : 30/04/2026 (Khamis)Masa : 10.30 ...
30/04/2026

DIALOG PENINGKATAN PRESTASI PELAJAR 2SVM SEMESTER 3 PROGRAM TEKNOLOGI AUTOMOTIF

Tarikh : 30/04/2026 (Khamis)
Masa : 10.30 pagi - 1.00 petang
Tempat : Bengkel Teknologi Automotif

Program Dialog Peningkatan Prestasi Pelajar telah dilaksanakan sebagai satu inisiatif berfokus untuk memantau dan menilai pencapaian akademik pelajar secara sistematik dan berterusan. Program ini bertujuan mengenal pasti tahap pencapaian semasa pelajar serta merangka strategi intervensi yang bersesuaian bagi meningkatkan prestasi akademik. Pelaksanaan dialog ini turut berperanan sebagai medium komunikasi dua hala antara guru dan ibu bapa dalam membincangkan isu-isu pembelajaran serta mencari penyelesaian yang efektif.

Sepanjang program berlangsung, perbincangan tertumpu kepada analisis keputusan akademik, kekuatan dan kelemahan pelajar, serta faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian mereka. Susulan daripada dialog tersebut, beberapa cadangan penambahbaikan telah dikemukakan, termasuk penyediaan jadual ulang kaji yang sistematik, penyertaan dalam kelas tambahan, serta pemantauan berkala oleh guru. Secara keseluruhannya, program ini diharapkan dapat meningkatkan motivasi pelajar dan seterusnya membantu mereka mencapai tahap prestasi akademik yang lebih cemerlang melalui bimbingan dan pemantauan yang berterusan.

SESI TEMUDUGA PELAJAR DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA (DVM) LEPASAN SPM (PROGRAM TEKNOLOGI AUTOMOTIF)Tarikh : 20/4/2026 (Isn...
20/04/2026

SESI TEMUDUGA PELAJAR DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA (DVM) LEPASAN SPM (PROGRAM TEKNOLOGI AUTOMOTIF)

Tarikh : 20/4/2026 (Isnin)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Bilik Eviden Bengkel Teknologi Automotif

Satu sesi temuduga telah dijalankan bagi menilai kelayakan dan kesesuaian calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mengikuti program Diploma Vokasional Malaysia (DVM). Sesi ini bertujuan mengenal pasti minat, potensi, serta tahap pengetahuan asas calon dalam bidang yang dipohon.

Sepanjang sesi temuduga, calon dinilai berdasarkan beberapa kriteria utama seperti kemahiran komunikasi, keyakinan diri, minat terhadap bidang pengajian, serta keupayaan menjawab soalan berkaitan pengetahuan asas dan situasi semasa.

Secara keseluruhannya, sesi temuduga berjalan dengan lancar dan teratur. Sebahagian besar calon menunjukkan tahap kesediaan yang baik serta minat yang tinggi terhadap program yang ditawarkan. Keputusan pemilihan akan dimaklumkan kepada calon dalam tempoh yang ditetapkan.

MAJLIS KONVOKESYEN KOLEJ VOKASIONAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN KALI KE -10 Tarikh : 11/4/2026 (Sabtu)Tempat : Dewan Tuanku C...
16/04/2026

MAJLIS KONVOKESYEN KOLEJ VOKASIONAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN KALI KE -10

Tarikh : 11/4/2026 (Sabtu)
Tempat : Dewan Tuanku Canselor, USIM, Nilai

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua graduan Diploma Teknologi Automotif atas kejayaan menamatkan pengajian dengan penuh dedikasi dan usaha yang gigih. Kejayaan ini bukan sahaja menjadi bukti ketekunan anda, malah mencerminkan semangat dan komitmen dalam menguasai bidang teknikal yang mencabar.

Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh menjadi bekalan berharga dalam melangkah ke alam pekerjaan serta terus berkembang sebagai tenaga mahir yang kompeten dan berdaya saing. Teruskan melakar kejayaan dan menjadi inspirasi kepada generasi akan datang.

Sekali lagi, tahniah dan selamat maju jaya!

PENILAIAN AKHIR SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM)Tarikh : 7/4 - 9/4/2026 (Selasa - Khamis)Masa : 8.00 pagi - 5.00 petangSel...
09/04/2026

PENILAIAN AKHIR SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM)

Tarikh : 7/4 - 9/4/2026 (Selasa - Khamis)
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang

Selama tiga hari Penilaian Akhir SKM dijalankan dengan merangkumi penilaian teori dan juga penilaian amali.

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar 2 SVM Semester 4 Program Teknologi Automotif yang telah berjaya menamatkan Penilaian Akhir Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).

21/03/2026
PEPERIKSAAN AKHIR (PA) SVM VOKASIONAL Tarikh : 12 Mac 2026 (Khamis)Masa : 8.00 pagi - 5.30 petangTempat : Bengkel Teknol...
12/03/2026

PEPERIKSAAN AKHIR (PA) SVM VOKASIONAL

Tarikh : 12 Mac 2026 (Khamis)
Masa : 8.00 pagi - 5.30 petang
Tempat : Bengkel Teknologi Automotif Kolej Vokasional Taiping

Seramai 30 orang pelajar SVM Semester 4 menjalani Peperiksaan Akhir (PA) Vokasional SVM Semester 4 bagi kertas teori dan amali. Peperiksaan ini dilakasanan bagi menilai tahap penguasaan kemahiran dan pemahaman pelajar berdasarkan silibus dan hasil pembelajaran yang telah dietapkan.

Beberapa wakil daripada PPD telah hadir bagi membuat pemantauan sepanjang perjalanan peperiksaan. Pemantauan ini bertujuan memastikan proses penilaian dijalankan secara telus, teratur serta mematuhi standard yang telah ditetapkan.

MESYUARAT BERSAMA PENASIHAT INDUSTRITarikh : 06.03.2026 (Jumaat)Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagiTempat : Bilik Persediaan B...
06/03/2026

MESYUARAT BERSAMA PENASIHAT INDUSTRI

Tarikh : 06.03.2026 (Jumaat)
Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi
Tempat : Bilik Persediaan Bengkel Automotif
Agenda : Perbincangan berkaitan pelaksanaan projek KVoltz dan pelantikan semula Penasihat Industri.

Taklimat disampaikan oleh Tc. Khairul Anuar berkaitan pelaksanaan projek KVoltz, iaitu penyediaan bay khas untuk kenderaan elektrik (EV) dan hibrid. Taklimat merangkumi tujuan projek, keperluan kemudahan, serta perancangan awal bagi memastikan penyediaan bay tersebut memenuhi keperluan pembelajaran dan perkembangan teknologi automotif semasa.

Seterusnya, sesi lawatan tapak telah dijalankan bagi meninjau lokasi yang dicadangkan untuk penyediaan bay KVoltz. Lawatan ini bertujuan menilai kesesuaian ruang, kemudahan sedia ada serta keperluan penambahbaikan yang perlu dilaksanakan sebelum proses dimulakan. Penasihat Industri telah memberikan cadangan berkaitan susun atur ruang kerja, aspek keselamatan dan keperluan infrastruktur bagi menyokong penyelenggaraan kenderaan elektrik dan hibrid.

Di akhir, satu perbincangan turut diadakan berkaitan cadangan pelantikan semula Tc. Khairul Anuar sebagai Penasihat Industri bermula tahun 2027. Pelantikan ini dicadangkan bagi memenuhi keperluan badan profesional MBOT serta memastikan kerjasama berterusan antara institusi dan pihak industri dalam meningkatkan kualiti program dan latihan pelajar.

PROGRAM MENTOR MENTEETarikh : 6/3/2026 (Jumaat)Masa : 8.00 pagi - 9.00 pagiTempat : Sekitar Bengkel AutomotifProgram Men...
06/03/2026

PROGRAM MENTOR MENTEE

Tarikh : 6/3/2026 (Jumaat)
Masa : 8.00 pagi - 9.00 pagi
Tempat : Sekitar Bengkel Automotif

Program Mentor Mentee telah dilaksanakan di bawah Bidang Pembangunan dan Pengembangan Sahsiah Diri Murid dengan tajuk “Kenali Diri”. Program ini bertujuan untuk membantu pelajar memahami diri mereka dengan lebih baik melalui aktiviti perbincangan dan refleksi kendiri bersama mentor.

Melalui aktiviti yang dijalankan, para mentee diberi peluang untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan diri masing-masing. Mentor turut membimbing pelajar supaya lebih peka terhadap potensi diri serta cara untuk memperbaiki kelemahan yang dikenal pasti. Selain itu, pelajar juga digalakkan untuk menghargai kelebihan dan bakat yang dimiliki sebagai langkah meningkatkan keyakinan diri.

Secara keseluruhannya, program ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan iaitu membantu pelajar mengenali kekuatan dan kelemahan diri, berusaha memperbaiki kekurangan serta menghargai potensi diri bagi membentuk sahsiah yang lebih positif. Program ini juga dapat mengeratkan hubungan antara guru mentor dan pelajar mentee melalui interaksi yang lebih terbuka dan bermakna.

03/02/2026

Address

Kolej Vokasional Taiping
Kamunting
34600

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6058839371

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Teknologi Automotif Kolej Vokasional Taiping posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share