Mpu1013 Penghayatan Etika Dan Peradaban

  • Home
  • Mpu1013 Penghayatan Etika Dan Peradaban

Mpu1013 Penghayatan Etika Dan Peradaban PENDERAAN

*NAMA : DAMIA QISTINA BINTI SAZALI**NO. MATRIK : 301515**PENDERAAN FIZIKAL DALAM PUSAT LATIHAN*Pelbagai jenis penderaan ...
10/01/2025

*NAMA : DAMIA QISTINA BINTI SAZALI*
*NO. MATRIK : 301515*

*PENDERAAN FIZIKAL DALAM PUSAT LATIHAN*
Pelbagai jenis penderaan yang berlaku dalam negara kita, tidak terlepas juga penderaan fizikal semasa berada dalam pusat latihan. Perkara tersebut berlaku apabila seorang pengajar atau individu yang berkuasa menggunakan kekerasan atau tindakan fizikal yang tidak sesuai atau berlebihan terhadap pelatih. Penderaan fizikal ini mungkin melibatkan pukulan, menampar, tendangan, atau cara lain yang menyebabkan kecederaan atau kesakitan kepada individu tersebut.

*Penderaan fizikal dalam pusat latihan boleh berlaku dalam beberapa bentuk:*
1. Penggunaan Kekerasan Berlebihan: Pengajar atau individu yang berkuasa mungkin menggunakan kekerasan yang tidak diperlukan dalam latihan. Ini termasuk memukul atau menendang pelatih untuk memaksa mereka melakukan latihan secara intensif.

2. Pemaksaan Latihan yang Tidak Realistik: Pusat latihan yang terlalu menekan pelatih dengan latihan fizikal yang berlebihan boleh menyebabkan kecederaan fizikal dan kesihatan. Jika tidak dipantau dengan baik, ini juga boleh dianggap sebagai penderaan.

3. Penyalahgunaan Kuasa: Dalam beberapa kes, mereka yang mempunyai kuasa dalam pusat latihan mungkin menggunakan kedudukan mereka untuk mengintimidasi atau menghukum pelatih secara fizikal, yang boleh menyebabkan trauma atau kecederaan.

4. Kecederaan yang Tidak Diperhatikan: Kadang-kadang kecederaan yang berlaku semasa latihan mungkin tidak diberikan perhatian yang sewajarnya oleh pihak pengurusan pusat latihan, yang membolehkan kecederaan berkembang lebih teruk.

Penderaan fizikal dalam pusat latihan boleh mempunyai kesan jangka masa panjang yang serius kepada individu yang terlibat. Kesan ini mungkin meliputi kecederaan fizikal yang serius, trauma emosi dan psikologi, serta kehilangan keyakinan diri. Dalam kes yang lebih teruk, penderaan fizikal boleh menyebabkan gangguan kesihatan mental yang berkekalan, termasuk gangguan stress pasca trauma (PTSD).

*Langkah-langkah untuk mencegah penderaan fizikal dalam pusat latihan termasuk:*
• Memastikan bahawa pengajaran dan latihan dilakukan dengan cara yang profesional dan bertanggungjawab.
• Menyediakan saluran aduan yang mudah diakses oleh pelatih untuk melaporkan kejadian penderaan.
• Melaksanakan garis panduan keselamatan yang ketat untuk melindungi pelatih daripada kecederaan fizikal.
• Memberi latihan kepada pengajar atau jurulatih tentang cara menangani pelatih secara berkesan tanpa menggunakan kekerasan.

Penderaan fizikal adalah isu serius yang perlu ditangani dengan tegas oleh pihak berkuasa dan pengurusan pusat latihan bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan para pelatih yang terlibat dalam keadaan yang terbela.

*Pandangan Umum Mengenai Penderaan Fizikal Dalam Pusat Latihan.*
Rata-rata berpendapat bahawa penderaan fizikal dalam pusat latihan sering kali bercampur-campur, tetapi kebanyakan mereka mengutuk / menentang sebarang bentuk penderaan fizikal kerana ia memberi kesan buruk kepada pelatih, baik dari segi fizikal mahupun psikologi. Berikut adalah beberapa pandangan umum yang sering diketengahkan oleh orang ramai mengenai isu ini:
1. Penolakan terhadap kekerasan
Ramai yang berpendapat bahawa penderaan fizikal adalah tidak boleh diterima dalam sebarang bentuk latihan. Mereka percaya latihan yang berkesan harus memberi fokus kepada pendidikan, pembelajaran, dan pengembangan kemahiran dan bukannya kepada penggunaan kekerasan untuk mencapainya. Masyarakat kini semakin sensitif terhadap isu penderaan dan lebih menuntut agar pusat latihan mengambil pendekatan yang lebih berperikemanusiaan dan profesional dalam menangani pelatih.

2. Kebimbangan terhadap kesan psikologi dan fizikal
Banyak individu yang memberi pendapat bahawa penderaan fizikal boleh menyebabkan kesan jangka panjang, termasuk trauma psikologi seperti gangguan stress pasca trauma (PTSD), kebimbangan, dan depresi. Kecederaan fizikal juga mungkin berlaku, yang boleh merosakkan kesihatan pelatih dalam jangka panjang. Mereka berpendapat bahawa pengajaran yang baik seharusnya memberi motivasi dan membina keyakinan diri, bukannya mengurangkan maruah atau menyebabkan rasa takut.

3. Pentingnya garis panduan dan pengawasan
Orang ramai juga berpendapat bahawa pusat latihan perlu memiliki garis panduan yang jelas mengenai bagaimana latihan seharusnya dijalankan, dengan pengawasan yang ketat untuk memastikan tiada penderaan berlaku. Mereka menyarankan agar pusat latihan menjalankan latihan etika dan kebajikan kepada jurulatih dan kakitangan mereka untuk mengelakkan penyalahgunaan kuasa.

4. Tuntutan untuk tindakan tegas terhadap pesalah
Dalam beberapa kes, masyarakat menuntut agar pihak berkuasa mengambil tindakan yang tegas terhadap individu yang melakukan penderaan fizikal, sama ada di pusat latihan ketenteraan, sukan, atau lain-lain. Mereka percaya bahawa tindakan tegas ini akan memberi amaran kepada orang lain bahawa penderaan tidak akan dibiarkan tanpa akibat.

5. Keperluan untuk perubahan budaya
Sesetengah pihak melihat bahawa isu penderaan fizikal berkait rapat dengan budaya disiplin yang keras yang masih diamalkan dalam beberapa pusat latihan, terutamanya dalam latihan ketenteraan atau sukan. Mereka berpendapat bahawa sudah tiba masanya untuk mengubah budaya ini dan memberi tumpuan kepada pendekatan yang lebih berorientasikan kepada kesejahteraan dan pembangunan individu. Dalam beberapa keadaan, pendapat ini menyarankan agar pusat latihan lebih berfokuskan kepada keseimbangan antara kekuatan fizikal dan sokongan mental.

6. Perbezaan dalam perspektif berdasarkan jenis latihan
Pendapat orang ramai juga berbeza mengikut jenis pusat latihan. Sebagai contoh, dalam latihan ketenteraan, ada yang berpendapat bahawa sedikit elemen keras diperlukan untuk membina ketahanan mental dan fizikal, tetapi ia tidak boleh sampai ke tahap penderaan. Dalam latihan sukan atau profesional, sebarang bentuk kekerasan atau tekanan berlebihan sering kali dianggap tidak perlu dan tidak profesional.

7. Pendidikan lebih penting daripada kekerasan
Banyak yang berpendapat bahawa pendidikan dan motivasi lebih berkesan dalam meningkatkan prestasi berbanding dengan penggunaan kekerasan. Mereka menekankan bahawa pelatih yang diberikan sokongan yang betul dan dibimbing dengan cara yang positif akan mencapai kejayaan tanpa perlu berhadapan dengan penderaan fizikal.

Secara keseluruhannya, pendapat orang ramai umumnya menunjukkan penolakan terhadap penderaan fizikal, dengan menyeru pusat latihan untuk mengutamakan pendekatan yang lebih berperikemanusiaan dan profesional dalam melatih individu, serta mengelakkan sebarang bentuk kekerasan yang boleh mendatangkan kesan buruk kepada kesejahteraan pelatih.

*KEMATIAN KADET PALAPES UITM SHAH ALAM (NOVEMBER 2024)*
Penderaan fizikal dalam pusat latihan di Malaysia telah menjadi isu serius yang mendapat perhatian umum. Pada November 2024, telah berlakunya satu kes penderaan sehingga menyebabkan kematian iaitu KEMATIAN KADET PALAPES UITM SHAH ALAM. Kejadian tersebut telah mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia.

Seorang kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Muhammad Amir Rusyaidi Muhammad Zaidi, telah meninggal dunia selepas didakwa mengalami penderaan fizikal semasa menjalani latihan. Laporan yang dinyatakan, beliau telah dipaksa melakukan aksi-aksi seperti kuda dengan ditunggang oleh jurulatih, melompat seperti kanggaru, dan dibiarkan pengsan di bawah terik matahari tanpa sebarang bantuan.

Kenyataan pihak media mengatakan kejadian tersebut telah berlaku pada 10 November 2024, dimana insiden yang berlaku sempat dirakam oleh jurulatih yang terlibat. Saspek juga dikatakan telah bergegas membawa mangsa ke pusat perubatan di UiTM berhampiran bagi mendapatkan rawatan. Pada Ketika itu, pihak polis juga menjalankan siasatan dan insiden tersebut sebagai kematian mengejut. Tindakan dari Palapes UiTM, menggesa agar pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjalankan siasatan rapi dan jika terkesan kesalahan, maka tindakan tatatertib akan diberikan terhadap pegawai / jurulatih yang terlibat.

*Lain-lain insiden juga telah berlaku adalah seperti berikut:*
1. Pada 10 November, Ketua Polis Kuala Lumpur telah menerima satu laporan mengenai seorang penuntut tahun satu Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) cedera parah dengan keretakan tulang rusuk dan tulang belakang akibat dipijak penuntut senior dalam kejadian pada 21 Oktober lalu.

2. Dua hari sebelumnya, seorang pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) universiti yang sama mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan mencederakan juniornya menggunakan seterika wap panas, bulan lepas.

Insiden yang boleh mendatangkan kecederaan fizikal ini berlaku hanya selepas kira-kira empat bulan Mahkamah Rayuan telah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) atas kesalahan membunuh Pegawai Kadet Laut, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain, tujuh tahun lalu.

Penderaan fizikal dalam pusat latihan di Malaysia adalah isu serius yang memberi kesan besar kepada individu dan masyarakat. Kes-kes seperti yang dilaporkan di pusat latihan ketenteraan, institusi pendidikan tinggi, dan organisasi lain menunjukkan bahawa penderaan ini bukan hanya melibatkan kecederaan fizikal tetapi juga memberi impak psikologi dan sosial yang mendalam kepada mangsa.

Penderaan fizikal dalam pusat latihan adalah masalah sistemik yang memerlukan perubahan menyeluruh dalam budaya, pengawasan, dan pelaksanaan undang-undang. Tindakan tegas dan usaha kolektif daripada semua pihak, termasuk kerajaan, institusi, dan masyarakat, adalah penting untuk memastikan pusat latihan menjadi tempat selamat untuk pembelajaran dan pembangunan individu, tanpa risiko penderaan.

Jika isu ini terus diabaikan, ia bukan sahaja merosakkan kehidupan individu, tetapi juga reputasi institusi yang bertanggungjawab dalam melatih dan membimbing generasi masa depan.

NAMA: LUKAS ANSIMNO MATRIK: 301544PENDERAAN KANAK-KANAK MESTI DIHENTIKAN SECARA TOTALHari ini, masih lagi wujud sebilang...
28/12/2024

NAMA: LUKAS ANSIM
NO MATRIK: 301544

PENDERAAN KANAK-KANAK MESTI DIHENTIKAN SECARA TOTAL
Hari ini, masih lagi wujud sebilangan daripada anggota masyarakat yang tidak memahami pentingnya memberi didikan dan asuhan yang sempurna kepada kanak-kanak. Walaupun kita acap kali mendengar orang bijak pandai mengatakan bahawa anak-anak kecil itu umpama sehelai kain putih, yang memerlukan kebijaksanaan ibu bapa untuk mencoraknya, namun kelihatannya ia hanya retorik bagi sebilangan kita. Golongan ibu bapa atau penjaga sebegini bukan setakat mengabaikan bahkan mendera anak-anak mereka sendiri.
Berdasarkan informasi dalam laman sesawang Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia mengenai Dasar Perlindungan Kanak-Kanak Negara, penderaan kanak-kanak adalah satu pencabulan atau pelanggaran yang serius terhadap hak kanak-kanak untuk berkembang dalam keadaan sihat dan bermaruah di samping menyebabkan risiko dalam kelangsungan hidup mereka. Penderaan boleh dikategorikan kepada penderaan fizikal, emosi, seksual dan pengabaian.

Jenis penderaan dan definisinya

Penderaan fizikal menurut Akta Kanak-Kanak 2001 adalah apabila seseorang kanak-kanak dicederakan dari segi fizikal menyebabkan kecederaan yang boleh dilihat pada mana-mana bahagian tubuh kanak-kanak itu akibat kekerasan atau penggunaan agen yang disengajakan kepada tubuh kanak-kanak itu.
1. Penderaan emosi
Menurut Akta Kanak-Kanak 2001 adalah apabila seseorang kanak-kanak dicederakan dari segi emosi yang menyebabkan gangguan yang boleh dilihat pada fungsi mental atau emosi kanak-kanak itu seperti kecelaruan mental atau tingkah laku, keresahan, kemurungan, penyendirian dan perkembangan lambat.

2. Penderaan seksual
Menurut Akta Kanak-Kanak 2001 adalah apabila seseorang kanak-kanak teraniaya dari segi seks jika dia mengambil bahagian, sama ada sebagai peserta atau pemerhati, dalam apa-apa aktiviti yang berunsur seks bagi apa-apa maksud atau eksploitasi seks oleh mana-mana orang bagi memuaskan nafsu seks orang itu atau orang lain.

3. Keganasan
Merujuk kepada sesuatu tindakan dengan niat untuk menyebabkan sebarang bentuk kecederaan dari segi fizikal dan emosi terhadap kanak-kanak. Eksploitasi merujuk kepada penggunaan kanak-kanak dalam aktiviti yang membolehkan pihak lain mendapat faedah dari segi kewangan, seksual, politik serta kepentingan lain yang boleh mengancam kesejahteraan fizikal dan psikologikal mahupun kelangsungan hidup kanak-kanak.

Perbicaraan kes Bella, dapat perhatian umum

Terbaharu seperti yang dilaporkan oleh sebuah tabloid, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor mencatatkan 1,910 kes penderaan dan pengabaian kanak-kanak di antara Mac 2020 hingga Mac tahun lepas. Begitu juga kes yang digemparkan di media sosial dan media cetak berkenaan penderaan kanak-kanak istimewa yang dikenali sebagai Bella yang membawa kepada kecederaan yang begitu teruk oleh penjaganya. Perbicaraan kes ini sedang berlangsung di mahkamah dan mendapat perhatian meluas di media dan dalam kalangan netizen di media sosial.
Rata-rata mengharapkan agar kes ini dapat diselesaikan secepat mungkin dan nasib adik Bella akan terbela sebaiknya sehinggakan simpati itu diterbitkan jelas dengan wujudnya tanda pagar Justife For Bella ( - keadilan untuk Bella) meraih jutaan perkongsian di platform-platform maya sosial.
Kes-kes penderaan sebegini sebenarnya sangat membimbangkan semua pihak, apatah lagi Malaysia yang telah hampir 65 tahun mengecapi kemerdekaan. Kemerdekaan yang berjaya membawa negara keluar daripada belenggu penjajahan, rupa-rupanya belum sepenuhnya disusuli dengan pembangunan nilai-nilai ketamadunan dan keibubapaan yang sewajarnya oleh sebilangan kita dalam masyarakat.

Punca berlaku penderaan

Berdasarkan kajian ilmiah pelbagai pihak, penderaan ini berpunca daripada masalah yang ditimbulkan oleh anak-anak dan masalah yang berlaku di pihak pelaku (pendera). Anak-anak dikatakan menjadi punca penderaan kerana sifat mereka yang sedang dalam proses awal meneroka erti kehidupan. Atas sebab ini, kanak-kanak akan sering melakukan kesilapan, bermain dengan lasak, kerap menangis, tidak mendengar cakap, mengulang kesilapan, tidak berdisiplin dan seumpamanya.
Bagi ibu bapa p**a masalah seperti tekanan di tempat kerja, krisis rumah tangga, penyalahgunaan alkohol dan dadah, tekanan emosi, kurang didikan agama, pengalaman sendiri yang pernah didera ketika kecil dan kecuaian menjadi faktor pendorong kepada penderaan anak-anak mereka.
Kesan penderaan ini sudah tentulah kepada diri anak-anak itu. Di samping kesan fizikal di tubuh badan, wujud juga kesan mental dan psikologi. Anak-anak sudah tidak meletakkan ibu bapa sebagai pelindung yang boleh diharapkan di dalam kehidupan. Bahkan ibu bapa akan dianggap sebagai musuh yang ditakuti dan perlu dijauhi.
Andai anak-anak itu meningkat remaja, mereka mungkin mencari erti ‘ketenangan’ daripada penderaan dengan berjinak-jinak menghisap rokok, lari dari rumah, terlibat dengan gangsterisme ataupun penyalahgunaan dadah. Kesan penderaan kepada anak-anak ini akan terbawa-bawa hingga mereka dewasa.
Dikatakan bahawa mereka meneruskan ‘warisan’ ini apabila mereka mendera anak-anak sendiri p**a di atas faktor membalas dendam atau melampiaskan tekanan perasaan yang dilaluinya semasa kecil. Inilah antara gejala negatif yang menjadi implikasi daripada hilangnya nilai ‘kemerdekaan’ dalam jiwa dan minda kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan.
Jangan jadikan penderaan sebagai kaedah mendidik anak
Jika disoroti pernyataan di dalam Akta Kanak-kanak 2001, kanak-kanak diiktiraf sebagai kunci kehidupan, pembangunan dan kemakmuran negara. Akta ini turut menyatakan bahawa kanak-kanak berhak mendapat perlindungan dan bantuan dalam segala hal. Mengiktiraf ibu bapa dan keluarga yang memainkan peranan dalam pembesaran, penyaraan dan kebajikan mereka. Namun mengapa masih ada lagi kes-kes penderaan?
Inilah satu gejala yang boleh diiktiraf sebagai budaya ‘barbarian’ dan tidak bertamadun. Apakah wajar anak-anak kecil yang masih tidak mengerti apa-apa ini didera sedemikian rupa? Jika faktor mahu mendidik dijadikan alasan, ini bukanlah kaedah yang tepat. Jika ibu bapa dan rumah tidak lagi menjadi entiti perlindungan yang boleh diharapkan oleh anak-anak, apalah ertinya kata-kata ‘Rumahku, Syurgaku’ pada mereka.
Sebagai langkah membanteras gejala penderaan terhadap anak-anak ini, kerajaan sejak sekian lama serius melaksanakan kempen-kempen kesedaran dalam memupuk nilai kasih sayang dalam institusi kekeluargaan. Kempen-kempen kekeluargaan yang diuar-uarkan melalui media baharu, media massa, media cetak dan bahan-bahan edaran di pusat-pusat komuniti jelas cuba memupuk semangat dan kesedaran bahawa keluarga perlu diberikan keutamaan.
Dalam konteks perundangan p**a, kerajaan telah menggubal Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611) yang melindungi hak golongan kanak-kanak daripada sebarang perlakuan penderaan atau pencabulan hak mereka. Selain itu, sesiapa yang didapati mendera kanak-kanak sehingga mengakibatkan kematian, akan disiasat dan disabit di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mandatori, gantung sampai mati.

Tingkatkan kesedaran, pupuk rasa kasih sayang, mampu elak penderaan

> Pertamanya, ibu bapa perlu meluangkan lebih masa untuk mendampingi anak-anak mereka. Ianya dapat memberi kesempatan yang luas kepada ibu bapa memahami perkembangan dan keperluan anak-anak mereka serta memupuk tali silaturrahim yang erat dalam keluarga. Dengan pematuhan ketat terhadap SOP dan keselamatan daripada jangkitan COVID-19, bawalah anak-anak bersiar-siar atau berkelah, bersukan, menyertai aktiviti komuniti dan keagamaan, dan sebagainya.

> Kedua, ibu bapa berperanan menjadi sumber primer dalam memberi bimbingan keagamaan, moral, adab, tatasusila serta kebudayaan. Bimbingan secara langsung akan melahirkan perasaan yakin di kalangan anak-anak bahawa ibu bapa adalah ‘role-model’ yang terbaik untuk diikuti mereka.

> Ketiga, sekiranya anak-anak ada membuat kesilapan, dahulukan dengan nasihat dan teguran, bukan sewenang-wenangnya menghukum dan memukul membuta tuli. Hukuman yang ingin dikenakan sekalipun perlulah tidak melampaui batasan. Cukup sekadar untuk memberi pengajaran agar anak-anak tidak mengulang kesilapan lagi.

> Keempat, jika wujud sebarang bibit-bibit atau anasir yang boleh mendorong ke arah melakukan penderaan, ibu bapa perlu segera mendapatkan khidmat nasihat seperti kaunseling, pakar perkembangan psikologi kanak-kanak, pakar perubatan, ahli agama dan sebagainya.

NORZAIDA BINTI MOHAMAD ADNANNO. MATRIK : 301633Penderaan emosi ialah bentuk penyalahgunaan yang melibatkan tindakan atau...
17/11/2024

NORZAIDA BINTI MOHAMAD ADNAN
NO. MATRIK : 301633

Penderaan emosi ialah bentuk penyalahgunaan yang melibatkan tindakan atau tingkah laku yang melukakan perasaan, memanip**asi, atau mengawal seseorang secara psikologi. Ia tidak melibatkan kekerasan fizikal tetapi boleh meninggalkan kesan mendalam terhadap kesejahteraan mental dan emosi mangsa.

Di Malaysia, penderaan emosi diiktiraf di bawah beberapa peruntukan undang-undang, khususnya berkaitan keganasan rumah tangga dan jenayah penyalahgunaan. Akta utama yang berkaitan adalah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (Akta 521), yang telah beberapa kali dipinda untuk melindungi mangsa penderaan emosi dengan lebih berkesan.

Definisi Penderaan Emosi dalam Undang-Undang Menurut pindaan pada Akta Keganasan Rumah Tangga:

💢 Penderaan emosi, mental, dan psikologi termasuk dalam definisi "keganasan rumah tangga."
💢 Perbuatan ini merujuk kepada sebarang tingkah laku yang menyebabkan trauma emosi, kebimbangan, atau ketidakstabilan mental kepada mangsa.

Peruntukan Undang-Undang Berkaitan:

1. Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (Pindaan 2017):
➡️ Melindungi pasangan suami isteri, ahli keluarga, atau orang yang tinggal bersama daripada penderaan fizikal, seksual, emosi, atau psikologi.
➡️ Mahkamah boleh mengeluarkan Perintah Perlindungan Interim (IPO) untuk melindungi mangsa daripada penderaan lanjut.

2. Kanun Keseksaan (Akta 574):
➡️ Seksyen 498: Melibatkan perbuatan yang boleh menyebabkan gangguan mental kepada seseorang.
➡️ Seksyen lain berkaitan ancaman atau ugutan boleh digunakan jika berlaku penderaan secara verbal atau psikologi.

3. Akta Kanak-Kanak 2001:
➡️ Melindungi kanak-kanak daripada penderaan emosi, termasuk eksploitasi dan pengabaian.

📍Contoh Penderaan Emosi:

• Ancaman atau ugutan secara berterusan yang menyebabkan tekanan emosi.
• Merendahkan, menghina, mengejek, atau mencaci seseorang secara berulang dengan menggunakan kata-kata yang kasar.
• Memalukan atau memperkecilkan pasangan atau ahli keluarga sehingga mereka merasa tidak berharga.
• Tidak mengambil berat tentang keperluan emosi mangsa, termasuk mengelak komunikasi atau kasih sayang.
• Mengawal atau memanip**asi secara psikologi untuk mengekang kebebasan seseorang, serta menggunakan taktik seperti rasa bersalah atau gaslighting (memutarbelitkan fakta sehingga mangsa meragui dirinya).

Hukuman ‼️

• Bergantung pada keseriusan kes, pelaku boleh dikenakan denda, penjara, atau kedua-duanya, berdasarkan peruntukan undang-undang.

📌 Jika anda atau seseorang yang anda kenali menjadi mangsa penderaan emosi, anda boleh:

✅ Melaporkan kepada pihak polis.
✅ Menghubungi Talian Kasih 15999 untuk bantuan.
✅ Mendapatkan perlindungan undang-undang melalui IPO atau bantuan NGO seperti Women’s Aid Organisation (WAO).

NAMA: SATISH KUMAR MANIMARANNO MATRIK:301673🚫HUKUMAN TERHADAP PENDERA KANAK-KANAK DI MALAYSIA✅Di Malaysia sistem undang-...
08/11/2024

NAMA: SATISH KUMAR MANIMARAN
NO MATRIK:301673

🚫HUKUMAN TERHADAP PENDERA KANAK-KANAK DI MALAYSIA

✅Di Malaysia sistem undang-undang telah dilaksanakan. Secara umumnya terdapat konflik bagi menentukan hukuman yang paling maksimum terhadap pendera kanak-kanak. Setiap jenis hukuman yang dijatuhkan ke atas pendera kanak-kanak tersebut bertujuan bagi mewujudkan masyarakat yang bersahsiah tinggi, mematuhi undang-undang negara serta dapat mengurangkan kesalahan-kesalahan jenayah dalam negara.

✅Dalam topik ini juga ingin memaklumkan beberapa saranan tertentu kepada semua pihak bagi membanteras permasalahan ini. Ianya amat penting dalam usaha mengurangkan kadar penderaan kanak-kanak yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini seterusnya dapat melahirkan generasi yang kasih sayang.

✅Dalam perbincangan topik kali ini penderaan kanak-kanak meliputi deraan, serangan, memperlakukan dengan begitu kejam, pengabaian, meninggalkan atau mendedahkan kanak-kanak tersebut terhadap perkara yang bahaya. Justeru, bagi mengawal permasalahan ini berterusan dan berleluasa, undang-undang memainkan peranan yang penting.

✅Penderaan dan pengabaian terhadap kanak-kanak memerlukan hukuman yang berat terhadap mereka setimpal dengan perbuatan mereka ke atas kanak-kanak.

✅Hukuman terhadap orang yang penderaan itu mencerminkan keseriusan terhadap kesalahan yang telah dilakukan bagi menyampaikan kepada masyarakat di luar sana lebih-lebih lagi ibu bapa, pengasuh kanak-kanak dan penjaga. Mahkamah tidak akan mengambil ringan dalam kes jenayah terhadap penderaan kanak-kanak.

✅Kes penderaan kanak-kanak dan juga pengabaian terhadap mereka sukar mendapat bukti yang jelas, apatah lagi si pelaku melakukan secara terang terangan atas perbuatan mereka. Kebanyakkan penderaan berlaku di rumah dan meninggalkan kesan parut, lebam yang dapat dilihat dengan mata kasar.

✅Kes penderaan kanak-kanak yang mempunyai kecederaan diletakkan secara umum mengikut kes disiasat dibawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

🔗HUKUMAN PENCEGAHAN
• Teori pencegahan am ialah ancaman hukuman yang mana ianya dapat memberikan tauladan kepada masyarakat. Contohnya, hukuman pancung atau potong tangan yang dipertontonkan di khalayak ramai. Di Malaysia, contohnya hukuman penjara. Menerusi hukuman ini pesalah disekat kebebasan dan pergerakan serta aktiviti bersama keluarga.
• Teori pencegahan bersifat khusus memberikan fokus terhadap memberi pengajaran kepada pendera kanak-kanak tersebut supaya tidak mengulanginya lagi.

📌 Penderaan di Negara kita kini tidak hanya melibatkan penderaan emosi sahaja namun, ada banyak penderaan yang lain iaitu penderaan seksual. Di bawah adalah Beberapa senarai Kanun Keseksaan bagi kesalahan jenayah seksual kepada kanak-kanak

⚖️(354KK)Mencabul kehormatan: Menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah ke atas seseorang dengan niat untuk mencabul kehormatannya.

Hukuman 🪡Penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

⚖️(355KK)Menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah ke atas seseorang dengan niat untuk menjatuhkan kehormatannya kecuali didesak dengan bangkitan-marah yang serius.

Hukuman 🪡Penjara maksimum 2 tahun atau denda atau kedua-duanya.

⚖️(377KK)Hubungan seks menggunakan objek.

Hukuman 🪡Penjara minimum 5 tahun, maksimum 30 tahun dan sebat.

NAMA : AHMAD MUALLIMSYAH BIN KAMALSYAHNO MATRIK : 301493Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca posting dan e...
30/10/2024

NAMA : AHMAD MUALLIMSYAH BIN KAMALSYAH
NO MATRIK : 301493

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca posting dan entry ini. Dengan rendah hati penulisan saya disini hanya untuk memberitahu pendapat dan pandangan yang dirasai. Tiada niat untuk mempengaruhi sesiapa. Niat saya disini untuk melengkapi tugasan yang di beri, saya perlu mengeluarkan pandangan serta penilaian terhadap isu semasa. Bismillahirrahmanirrahim.

Penulisan saya bertajuk PENDERAAN.

Apa yang boleh saya katakan, penderaan terbahagi kepada beberapa cabang. Terdapat pelbagai jenis penderaan yang ada di dunia ini. Tidak kira di dalam malaysia sahaja, malah negara luar juga turut sama terlibat.

Diantara contoh PENDERAAN dalam pengetahuan saya:-

1) Fizikal
2) Mental
3) Emosi
4) Pengabaian
5) Seksual dan lain lain lagi…

Untuk Posting ini, saya cuba untuk memahami dan memberi pendapat serta penilaian terhadap isu semasa yang tular di media sosial iaitu Berkenaan dengan satu organisasi yang mana di kenali sebagai GISB.

Apa itu GISB 🤔?

Pada bacaan saya, Gisb ni adalah singkatan dari perkataan GLOBAL IKHWAN SDN BHD atau GLOBAL IKHWAN SERVICE AND BUSINESS HOLDING. Pengasasnya adalah Ashaari Muhammad.

Service and Business? Perniagaan dan Perkhidmatan apakah 🤔?

Ya, organisasisi ini menjalankan perniagaan dan perkhidmatan. mereka mempunyai syarikat tersendiri. Diantara anak syarikatnya ialah Ikhwan Tv, Bakeri GISB, Restoran dan Katering, Harta dan Pembanggunan GISB, Perundangan dan Perkhidmatan GISB dan lain-lain lagi.

Itu diantara sedikit pengenalan tentang Organisasi GISB ini. jadi, pada baru-baru ini, Polis telah menerima beberapa laporan berkenaan dengan Organisasi tersebut dalam penglibatan jenayah. Apakah jenayah yang mereka terlibat 🙀 Sehingga ada pengadu yang mahu membuat laporan terhadap nya. mari sama sama kita lihat artikel yang dikeluarkan oleh Keratan Akhbar dan Berita-berita yang ada di Sosial Media.

BERITA HARIAN

Dalam keratan akhbar Berita Harian. Satu Lelaki Melayu telah di hadapkan ke mahkamah atas pertuduhan PENDERAAN TERHADAP KANAK-KANAK. Lelaki tersebut Bernama Syahid Hanapiah yang berumur 35 tahun bekerja sebagai penjaga di Rumah Amal Global Ikhwan Service And Business.

Dalam pertuduhan Tersebut, Mohd syahid telah merotan kanak-kanak lelaki yang baru berusia enam tahun sehingga menyebabkan kecederaan. Tambahan p**a, seorang warden sekolah agama milik GISB telah dihukum selepas mengaku bersalah atas empat pertuduhan menganiayai sehingga menyebabkan kecederaan ke atas tiga kanak-kanak.

PANDANGAN DAN PENELITIAN.

Berhubungan dengan keratan akhbar yang dikeluarkan, perkara tersebut tidak patut berlaku kerana di sebuah instituti pendidikan adalah tempat untuk mendapatkan didikan dan bimbingan. Disitu tempat untuk kita belajar dan bukannya didera serta dianaiya seperti berikut. malahan p**a, dalam lingkungan kanak-kanak berusia 6 tahun, tidak sepatutnya di didik dengan PENDERAAN FIZIKAL sehingga menyebabkan kecederaan. Seharusnya memberi didikan kasih sayang serta tunjuk ajar yang bersesuaian. Perkara tersebut akan mempengaruhi pelbagai jenis Penderaan. Jika tidak mengambil tindakan yang tegas terhadap pelaku, ia membimbangkan si pelaku akan membuat lebih teruk terhadap kanak-kanak tersebut sehingga memukul, menendang, membakar kanak-kanak tersebut.

APAKAH KESAN TERHADAP MANGSA ?

apa yang kita boleh lihat, majoriti kanak-kanak yang menjadi mangsa Penderaan ini akan menerima beberapa kesan diantaranya, Kesan fizikal seperti lebam, luka, patah dan lain-lain

BAGAIMANA KESAN DARI SEGI EMOSI MANGSA ?

Apabila mangsa sering menghadapi situasi tersebut. Gangguan emosi mereka akan terkesan. mereka akan berasa tidak tenteram, berasa amat takut, Kerisauan, Kebimbangan dan Kemurungan. Kesan-kesan ini akan membawa ke jangka masa yang panjang.

Berkenaan perkara tersebut, PDRM telah menjalankan siasatan dan risikan terhadap organisasi GISB ini. Dimana risikan PDRM telah mendapati beberapa matlumat yang mana bukan sahaja terlibat dengan jenayah Penderaan. malahan ada juga jenayah dalam pengabaian, pengekploitasian.

BAGAIMANA DENGAN AKHBAR LAIN ?

Saya ada membaca di Akhbar Harian Metro yang dikeluarkan pada 7 september 2024. Dalam akhbar tersebut mengeluarkan Pendedahan Dari Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dari pihaknya telah menjalankan siasatan terhadap sebuah rumah amal GISB.

Susulan dari pihak PDRM, pusat amal GISB tersebut terlibat dalam kegiatan PENDERAAN FIZIKAL termasuklah salah laku seksual sejak 10 tahun yang lalu. Diantara contoh yang dapat kita lihat dari akhbar tersebut :-

1) Anak-anak dipisahkan oleh ibu bapa dan hanya boleh berjumpa 2 minggu sekali sahaja.

2) Untuk pasangan yang berkahwin, mereka telah menetapkan mengikut jadual jika mahu bersama.

3) Untuk pasangan yang mahu berkahwin, merek tidak boleh berkahwin dengan pasangan yang mereka mahu. pasangan diorang akan ditetapkan oleh pengurusan tertinggi pusat amal GISB. Dan yang paling menyedihkan, selepas mereka berkahwin, pasangan tersebut tidak dibenarkan untuk bersama, mereka akan diasingkan.

Terdapat beberapa tuduhan lagi dan pihak berkuasa masih menjalankan siasatan.

Pada persoalan saya, mengapa mereka masih menetap di rumah amal tersebut ?

Berdasarkan pemahaman dan pendapat saya, mereka ini dipengaruhi oleh tenaga pengajar yang membawa ajaran-ajaran sebelum ini. ajaran-ajaran tersebut membawa mereka ke arah ketaksuban yang melampau sehingga mereka mengorbankan kehidupan mereka dan keluarga demi organisasi dan pemimpin. Ketaksuban itu membuatkan mereka merelakan diri untuk menjadi mangsa penganiayaan dan penderaan. Tambahan p**a, manusia tidak lari dari mencari sumber pendapatan. Jadi di situ la tempat mereka mendapatkan sumber pendapatan.

Sekian dari penulisan yang saya buat. saya harap anda semua dapat perkongsian. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut, anda boleh membaca di mana-mana akhbar atau berita. Untuk perkongsian saya ini, hanya pengetahuan asas dan tidak sepenuhnya. Sekian Terima Kasih.

SELAYANG: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas pertuduhan mendera seorang kanak-kanak yang juga penghuni sebuah rumah amal dikaitkan dengan GISB Holdings (GISBH).

Address

No. 99 Jalan Keruing

34600

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mpu1013 Penghayatan Etika Dan Peradaban posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Want your school to be the top-listed School/college?

Share