Majlis Dekan Sains Kesihatan UA

  • Home
  • Majlis Dekan Sains Kesihatan UA

Majlis Dekan Sains Kesihatan  UA Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Majlis Dekan Sains Kesihatan UA, Education Website, Aras Bawah, Blok Maimunah, Kampus Gong Badak, .

Alhamdulillah, pada 11 September 2025 telah berlangsung Majlis Serah Tugas, Majlis Dekan Sains Kesihatan Universiti Awam...
11/09/2025

Alhamdulillah, pada 11 September 2025 telah berlangsung Majlis Serah Tugas, Majlis Dekan Sains Kesihatan Universiti Awam (MDSKUA) di Bilik Mesyuarat Utama, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Sultan Zainal Abidin.

Majlis menyaksikan penyerahan tugas daripada Prof. Dr. Sakinah Harith kepada Prof. Dr. Wan Rosli Wan Ishak selaku Pengerusi baharu MDSKUA yang berkuat kuasa pada 22 Ogos 2025.

Turut hadir bersama meraikan ialah barisan kepimpinan FSK:
✅ Dr. Nur Ayuni Kadir (Timbalan Dekan HEPA)
✅ Dr. Wee Bee Suan (Timbalan Dekan PI)
✅ Prof. Madya Dr. Wan Rohani Wan Taib

Tahniah & selamat menjalankan amanah buat Prof. Dr. Wan Rosli. Setinggi-tinggi penghargaan juga buat Prof. Dr. Sakinah atas jasa dan sumbangan besar sepanjang kepimpinan beliau. 🌸

Assalamualaikum Wm. Wbt. & Salam SejahteraTahniah diucapkan kepada YBrs. Prof. Dr.  Wan Rosli bin Wan Ishak  di atas pel...
02/09/2025

Assalamualaikum Wm. Wbt. & Salam Sejahtera

Tahniah diucapkan kepada YBrs. Prof. Dr. Wan Rosli bin Wan Ishak di atas pelantikan sebagai Pengerusi baharu MDSKUA. Pihak MDSKUA merakamkan ucapan setinggi-tinggi TAHNIAH di atas pelantikan ini. Semoga Ybrs. Prof. Dr. dapat memberikan sokongan yang sepenuhnya demi kesinambungan MDSKUA.

MDSKUA juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di atas kerjasama yang telah diberikan oleh YBrs. Prof. Dr. Sakinah binti Harith sepanjang menjadi Pengerusi MDSKUA. Sesungguhnya segala peranan, sumbangan dan komitmen yang diberikan YBrs. Prof. Dr. dalam tempoh berkenaan telah membantu dalam meningkatkan kecemerlangan pendidikan tinggi negara.

Sekian, terima kasih.

KEPERLUAN PERAKUAN AMALAN KEPADA PENGAMAL BERDAFTAR PROFESION KESIHATAN BERSEKUTU DI BAWAH AKTA PROFESION KESIHATAN BERS...
01/07/2025

KEPERLUAN PERAKUAN AMALAN KEPADA PENGAMAL BERDAFTAR PROFESION KESIHATAN BERSEKUTU DI BAWAH AKTA PROFESION KESIHATAN BERSEKUTU 2016 (AKTA 774)

Adalah dimaklumkan bahawa Perintah Profesion Kesihatan Bersekutu (Pindaan Jadual Kedua) 2022 di bawah Akta Profesion Kesihatan Bersekutu 2016 (Akta 774) telah diwartakan dan mula berkuatkuasa pada 24 Mac 2022. Pindaan Jadual Kedua 2022 ini menyenaraikan sebanyak 16 Profesion Kesihatan Bersekutu yang akan dikawal selia di bawah Akta Profesion Kesihatan Bersekutu 2016 (Akta 774).

Seseorang pengamal yang berdaftar dan berhasrat untuk menjalankan amalan dalam mana-mana profesion kesihatan bersekutu dikehendaki memiliki perakuan amalan yang sah, sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 22, Akta 774. Tempoh sah perakuan amalan ini adalah dua (2) tahun. Bayaran yang dikenakan adalah seperti berikut:
1. Permohonan Perakuan Amalan (Pertama Sekali Sahaja) - RM50
2. Pengeluaran Perakuan Amalan - RM200
*Bayaran untuk penjawat awam dikecualikan (RM200)

Sehubungan itu, kerjasama YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Dr./Tuan/Puan adalah dipohon untuk memaklumkan perkara ini kepada semua pegawai di bawah seliaan YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Dr./Tuan/Puan yang telah berdaftar, agar memohon perakuan amalan sebelum tempoh peralihan berakhir bagi membolehkan mereka menjalankan amalan secara sah.

Untuk makluman jua, Majlis Profesion Kesihatan Bersekutu Malaysia (MPKBM) telah melanjutkan tempoh peralihan bagi pendaftaran pengamal profesion kesihatan bersekutu sehingga 31 Disember 2026. Pelanjutan ini bertujuan memastikan semua pengamal mendaftar dan memperoleh perakuan amalan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta 774.

Permohonan perakuan amalan akan dijalankan secara dalam talian menggunakan aplikasi Malaysian Healthcare Practitioners System (MHPS) melalui pautan https://mhps.moh.gov.my/. Panduan permohonan perakuan amalan boleh diakses melalui https://hq.moh.gov.my/alliedhealth/index.php/ms/site-mahpc/info-mahpc

Sekiranya pihak YBhg. Datuk/Dato:/Datin/Dr./Tuan/Puan mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, sila hubungi Puan Puspawati binti Mohamed, Timbalan Pengarah melalui e-mel: [email protected] atau melalui telefon: 03-889 01011, samb: 160.

Sekian, terima kasih.

Sekalung penghargaan dan ribuan terima kasih diucapkan kepada Prof. Dr. Zulkhairi Hj. Amom (mantan Dekan Fakulti Sains K...
05/06/2025

Sekalung penghargaan dan ribuan terima kasih diucapkan kepada Prof. Dr. Zulkhairi Hj. Amom (mantan Dekan Fakulti Sains Kesihatan UiTM) atas sumbangan dan jasa bakti sepanjang berkhidmat sebagai Ahli Majlis Dekan Sains Kesihatan Universiti Awam sehingga 31 Mei 2025.

Ucapan Tahniah dan Syabas juga kepada Prof. Dr. Mohd. Haidzir Abd Manaf (Dekan Fakulti Sains Kesihatan UiTM) yang dilantik sebagai Ahli Majlis Dekan Sains Kesihatan UA bermula 1 Jun 2025.

Ikhlas daripada : Pengerusi dan Ahli Majlis Dekan Sains Kesihatan Universiti Awam (MDSKUA).

Mesyuarat Majlis Dekan Sains Kesihatan Universiti Awam (MDSKUA) Bil. 1/2025 telah diadakan pada 2 Mei 2025 bertempat di ...
04/05/2025

Mesyuarat Majlis Dekan Sains Kesihatan Universiti Awam (MDSKUA) Bil. 1/2025 telah diadakan pada 2 Mei 2025 bertempat di Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur.
Mesyuarat ini telah di pengerusikan oleh Prof. Dr. Sakinah binti Harith selaku Pengerusi MDSKUA.

Ahli mesyuarat yang hadir adalah:
- Prof. Dr. Ahmad Aidil Arafat bin Dzulkarnain (UIAM)⁠
- Prof. Dr. Suzana binti Shahar (UKM)⁠
- Prof. Dr. Wan Rosli bin Wan Ishak (USM)
- Prof. Madya Dr. Razrim bin Rahim (USIM)
- Prof. Madya Dr. Nazri bin Che Dom (Wakil UiTM)
Manakala Wakil Tetap Dekan diwakili oleh:
- Prof. Dr. Barakatun Nisak binti Mohd Yusof (UPM)
- Prof. Dr. Chua Kek Heng (UM)

Antara perkara yang dibincangkan adalah Pembentukan Standard Program Sains Kesihatan bagi tahun 2025.

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Prof. Dr. Umah Rani a/p Kuppusamy atas sumbangan dan jasa bakti sepanjang b...
30/04/2025

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Prof. Dr. Umah Rani a/p Kuppusamy atas sumbangan dan jasa bakti sepanjang berkhidmat sebagai Wakil Tetap Dekan, Majlis Dekan Sains Kesihatan UA sehingga 6 Januari 2025.

Penghargaan dan terima kasih ini juga diucapkan kepada Prof. Dr. Mohd Fadzillah Abdul Razak atas sumbangan beliau sepanjang menjadi Ahli Majlis Dekan Sains Kesihatan UA bermula 1 Januari 2023 sehingga 31 Disember 2024.

Ikhlas daripada Pengerusi dan Ahli Majlis Dekan Sains Kesihatan UA (MDSKUA)

Ucapan Tahniah dan syabas diucapkan kepada Prof. Dr. Normala Ibrahim (Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM) y...
30/04/2025

Ucapan Tahniah dan syabas diucapkan kepada Prof. Dr. Normala Ibrahim (Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM) yang dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Majlis Dekan Sains Kesihatan UA bagi tempoh 25 November 2024 sehingga 24 November 2026.

Ucapan Tahniah dan Syabas juga kepada Prof. Madya Dr. Razrim Rahim (Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan USIM) yang dilantik sebagai Ahli Majlis Dekan Sains Kesihatan UA bermula 23 Januari 2025.

Ikhlas daripada : Pengerusi dan Ahli Majlis Dekan Sains Kesihatan Universiti Awam (MDSKUA)

Mesyuarat Majlis Dekan Sains Kesihatan UA Bil. 1/2025 akan diadakan pada 2 Mei 2025 bertempat di Fakulti Sains Kesihatan...
25/04/2025

Mesyuarat Majlis Dekan Sains Kesihatan UA Bil. 1/2025 akan diadakan pada 2 Mei 2025 bertempat di Fakulti Sains Kesihatan UKM, Kuala Lumpur.

15 November 2024BSKB, KKMSESI LIBAT URUS BERSAMA WAKIL MAJLIS DEKAN SAINS KESIHATAN UNIVERSITI AWAM (MDSKUA)
24/04/2025

15 November 2024
BSKB, KKM

SESI LIBAT URUS BERSAMA WAKIL MAJLIS DEKAN SAINS KESIHATAN UNIVERSITI AWAM (MDSKUA)

PENDAFTARAN PENGAMAL PROFESION KESIHATAN BERSEKUTU (AHLI AKADEMIK DAN STAF)Tempoh pendaftaran tamat pada 30 Jun 2025 (Te...
24/04/2025

PENDAFTARAN PENGAMAL PROFESION KESIHATAN BERSEKUTU (AHLI AKADEMIK DAN STAF)

Tempoh pendaftaran tamat pada 30 Jun 2025 (Tempoh Peralihan)

Daftar sekarang: https://mhps.moh.gov.my/

15 April 2025PICC Putrajaya Program Anjuran BSKB.Sesi Libat Urus Pembangunan & Semakan Standard Program Kesihatan Bersek...
24/04/2025

15 April 2025
PICC Putrajaya

Program Anjuran BSKB.

Sesi Libat Urus Pembangunan & Semakan Standard Program Kesihatan Bersekutu.

15 April 2025PICC Putrajaya
24/04/2025

15 April 2025
PICC Putrajaya

Address

Aras Bawah, Blok Maimunah, Kampus Gong Badak

21300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Dekan Sains Kesihatan UA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Majlis Dekan Sains Kesihatan UA:

Shortcuts

  • Want your school to be the top-listed School/college?

Share