Fakulti Informatik dan Komputeran - FIK

Fakulti Informatik dan Komputeran - FIK Page for sharing information about Postgraduate and Undergraduate program at Faculty of Informatics

Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran

https://www.facebook.com/pmfikunisza/

📢 HEBAHAN | START-UP UPSKILLING PROGRAM 📢السلام عليكم ورحمة الله وبركاتهDimaklumkan bahawa UniSZA Digital Hub (UDH) deng...
16/08/2026

📢 HEBAHAN | START-UP UPSKILLING PROGRAM 📢

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Dimaklumkan bahawa UniSZA Digital Hub (UDH) dengan kerjasama Pusat Kerjaya, Teknousahawan dan Jaringan Pintar (PaKaT) akan menganjurkan program
Start-up Upskilling Program: Mobile and Web Development Using AI sepertimana ketetapan berikut:

📅 23 - 24 September 2026
(Rabu dan Khamis)

📍 Kompleks UniSiswa,
UniSZA Kampus Gong Badak

👥 Terhad 30 Pelajar UniSZA
(Terbuka kepada semua)

Fokus:UI/UX, Pembangunan App dan Web Berasaskan AI 🤖

Program ini bertujuan memperkasa kemahiran digital, inovasi dan kebolehpasaran graduan UniSZA dalam bidang teknologi dan keusahawanan.

🔗 Pendaftaran: https://forms.gle/wSZkLuWt5xsrKref7

📞 Pertanyaan:

1. En. Wan Muhammad Nasrullah 011-1978 1233
2. Pn. Nurul Aina Adawiyah 011-39946871

Jemput sertai dan sebarkan kepada rakan-rakan 🙌



Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran (PMFIK), dengan kerjasama Pusat Alumni UniSZA, akan menganjurkan T...
06/08/2026

Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran (PMFIK), dengan kerjasama Pusat Alumni UniSZA, akan menganjurkan The A.I. (Alumni Inspire) Talk Show, sebuah siri bual bicara yang menampilkan alumni FIK sebagai panel jemputan. Inisiatif ini memberi peluang kepada mahasiswa untuk memperoleh perkongsian berharga berkaitan pengalaman kerjaya, perkembangan industri, serta panduan daripada alumni yang telah berjaya dalam bidang masing-masing.

Bagi siri pertama, program akan berlangsung pada 9 Ogos 2026 (Ahad), jam 8.00 malam, menampilkan Saudara Ahmad Shahrunnajmi bin Shafiae, Associate Tech Lead di Axiata Digital Labs, yang juga merupakan alumni Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Pembangunan Perisian) (SMSKPP).

Penganjuran program ini selaras dengan Pelan Strategik Universiti (PSU 2023–2030) di bawah Strategi Teras 5: Khalifah Masa Depan, khususnya SP5: Minda Keusahawanan dan Industri, yang menekankan usaha memperkukuh jaringan strategik antara universiti, industri dan alumni.

Jangan lepaskan peluang untuk menimba inspirasi, memperluas jaringan, dan mempersiapkan diri ke arah kerjaya yang lebih cemerlang bersama alumni FIK.

Dr. Hasni Hassan, selaku Ketua Jawatankuasa Lestari Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK), UniSZA, telah dijemput seba...
03/08/2026

Dr. Hasni Hassan, selaku Ketua Jawatankuasa Lestari Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK), UniSZA, telah dijemput sebagai penceramah jemputan di Universitas Padjajaran, Indonesia bagi berkongsi pengalaman dan amalan terbaik pelaksanaan agenda kelestarian di UniSZA. Perkongsian yang bertajuk "Achieving SDGs through Community Engagement" tersebut telah diadakan pada Isnin, 27 Aril 2026 di Fakultas Matematika dan Ilmu Pengetahuan Alam (FMIPA), Universitas Padjadjaran.
Dalam pembentangan beliau, Dr. Hasni menerangkan pelbagai inisiatif penyelidikan dan program kelestarian yang dilaksanakan oleh FIK bagi menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs). Antara contoh yang diketengahkan ialah:
• Projek MetaGreen Therapy, yang memanfaatkan teknologi metaverse dan persekitaran hijau maya untuk membantu pengurangan tekanan dan meningkatkan kesejahteraan emosi, selaras dengan SDG 3: Good Health and Well-Being.
• Aktiviti penyelidikan dan inovasi yang menyokong SDG 9: Industry, Innovation and Infrastructure, termasuk usaha membangunkan penyelesaian teknologi bagi manfaat masyarakat dan pembangunan mampan.
Beliau turut menjelaskan peranan Jawatankuasa Lestari FIK yang terlibat dalam aktiviti aktiviti pendidikan, penyelidikan dan penglibatan komuniti yang menyumbang kepada pencapaian SDGs di UniSZA. Perkongsian tersebut telah memberi inspirasi kepada peserta mengenai bagaimana teknologi digital dan penyelidikan boleh digunakan untuk menyelesaikan isu-isu kelestarian.
Penyertaan Dr. Hasni Hassan sebagai penceramah jemputan telah berjaya memperkukuhkan hubungan akademik antara UniSZA dan UNPAD serta meningkatkan pertukaran ilmu berkaitan kelestarian. Program ini bukan sahaja memberi manfaat kepada peserta melalui perkongsian pengalaman dan amalan terbaik, malah turut menyumbang kepada usaha bersama dalam mempromosikan pembangunan lestari, pemuliharaan alam sekitar dan pemerkasaan komuniti di peringkat antarabangsa.

Pada Ahad 26 April 2026, satu program khidmat komuniti antarabangsa telah dilaksanakan di Bening Saguling Foundation yan...
03/08/2026

Pada Ahad 26 April 2026, satu program khidmat komuniti antarabangsa telah dilaksanakan di Bening Saguling Foundation yang terletak di Km 77 Sungai Citarum, Desa Cihampelas Kecamatan Cihampelas Kabupaten Bandung Barat, Indonesia. Program ini dianjurkan secara bersama oleh Universitas Padjadjaran (UNPAD), Indonesia, UniSZA and Universitas Muhammadiyah Tasik Malaya (UMTAS), Indonesia yang bertemakan “Sustainable River and Community Empowerment”. Program ini merupakan sebahagian daripada agenda “International Community Services: Sustainable River and Community Empowerment” yang bertujuan untuk merperkukuhkan amalan kelestarian alam sekitar, pemerkasaan komuniti, serta perkongsian ilmu antara institusi pendidikan tinggi antarabangsa.

Sepanjang program berlangsung, para peserta telah didedahkan kepada pelbagai inisiatif kelestarian yang dilaksanakan oleh Bening Saguling Foundation, khususnya berkaitan:
• Pemuliharaan sungai dan sumber air.
• Pengurusan alam sekitar berasaskan komuniti.
• Pendidikan dan kesedaran kelestarian kepada masyarakat setempat.
• Program pemerkasaan komuniti melalui pendekatan pembangunan lestari.
• Perkongsian amalan terbaik dalam pengurusan ekosistem dan pemuliharaan alam sekitar.

Lawatan lapangan dan sesi interaksi bersama komuniti setempat memberi peluang kepada peserta memahami cabaran sebenar dalam pengurusan sumber semula jadi serta peranan institusi akademik dalam menyokong pembangunan mampan.

Selamat Maju Jaya kepada semua Atlet FIK yang mewakili UniSZA ke Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia ke 46 y...
27/07/2026

Selamat Maju Jaya kepada semua Atlet FIK yang mewakili UniSZA ke Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia ke 46 yang akan berlangsung pada 6 - 15 Ogos ini. Sama sama kita berikan sokongan agar mereka berjaya mengharumkan nama FIK di pentas SUKUM 2026

18 Jun 2026 – Selaras dengan aspirasi Pelan Strategik UniSZA (PSU) 2023–2030, khususnya ST 5: Khalifah Masa Depan, Persa...
19/07/2026

18 Jun 2026 – Selaras dengan aspirasi Pelan Strategik UniSZA (PSU) 2023–2030, khususnya ST 5: Khalifah Masa Depan, Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran (PMFIK) telah menganjurkan Siri Program Khalifah Masa Depan: Future Leaders Camp di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail, Kemaman, Terengganu.

Program selama tiga hari dua malam ini menghimpunkan seramai 22 orang fasilitator, yang terdiri daripada ahli serta sekretariat PMFIK, bersama-sama 72 orang pelajar berasrama SMK Sultan Ismail. Menerusi sesi ceramah, aktiviti interaktif dan Latihan Dalam Kumpulan (LDK), para peserta didedahkan kepada pelbagai aspek penting dalam pembentukan seorang pemimpin, termasuk kemahiran komunikasi berkesan, kerja berpasukan, pengurusan program serta keupayaan membuat keputusan secara bertanggungjawab.

Lebih daripada sekadar sebuah program kepimpinan, Future Leaders Camp menjadi platform untuk membentuk generasi muda yang berwibawa, berakhlak mulia dan berdaya saing. Pengisian program turut menekankan nilai kepimpinan tauhidik, yang menjadikan amanah, tanggungjawab dan nilai-nilai murni sebagai asas dalam memimpin diri sendiri serta orang lain [SP 2: Kepimpinan Tauhidik].

Penganjuran program ini juga mencerminkan komitmen berterusan UniSZA, khususnya FIK dan PMFIK dalam memperkasa masyarakat melalui jalinan kerjasama strategik antara institusi pengajian tinggi dengan pihak sekolah [SP 3: Pemerkasaan Komuniti].

Diharapkan inisiatif seumpama ini dapat terus diperluas dan menjadi pemangkin kepada usaha melahirkan khalifah masa depan yang cemerlang dalam kepimpinan, unggul dalam sahsiah serta bersedia mencurahkan khidmat dan bakti kepada masyarakat.

📢 CALL FOR PAPERS – ICICAM 2026                                                   السلام عليكم ورحمة الله وبركاته       ...
14/07/2026

📢 CALL FOR PAPERS – ICICAM 2026

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Dear Dato’ / Datin / Professor / Associate Professor / Doctor / Mr. / Madam / Miss,

On behalf of the Organizing Committee, we are pleased to announce that the 4th International Conference on Informatics, Computing and Applied Mathematics 2026 (ICICAM 2026) will be held from 4th to 5th October 2026 at Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu Darul Iman, Malaysia. This prestigious conference is proudly organized by the Faculty of Informatics and Computing, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Conference Details

Theme: Bridging Intelligent Computing and Mathematical Sciences for Next-Generation Solutions

Organizer: Faculty of Informatics and Computing, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Conference Scope

ICICAM 2026 aims to address current challenges and emerging advancements in the fields of Informatics, Computing, and Applied Mathematics. We invite researchers, academicians, and practitioners to submit high-quality research papers and review articles.

The conference focuses on the following main areas, including but not limited to:

* Data Analytics
* Autonomous and Intelligent Systems
* Network, Communication and High-Performance Computing
* Advanced Multimedia
* Informatics and Computing Security
* Computational and Applied Mathematics

Note: Innovative contributions beyond these themes that align with the conference scope are also highly encouraged.

Suggested Topics

Data Analytics
* Artificial Intelligence
* Machine Learning
* Business Intelligence
* Data Mining
* Natural Language Processing

Autonomous & Intelligent Systems
* Software Development
* Software Engineering
* Mobile Applications
* Embedded and Sensor Systems
* Intelligent Systems
* Internet of Things (IoT)
* Gamification
* e-Learning

Network, Communication & High-Performance Computing
* Wireless Systems
* Server Technologies
* Ubiquitous Networks
* Robotics and Network Systems

Advanced Multimedia
* Metaverse
* Virtual, Augmented, Extended and Mixed Reality (VR, AR, XR, MR)
* Creative Content Development
* Human-Computer Interaction

Informatics & Computing Security
* Cryptography
* Steganography
* Watermarking and Biometrics
* Firewalls, Malware and Virus Protection

Computational & Applied Mathematics
* Fuzzy Systems
* Mathematical Programming
* Computational Mathematics
* Applied Probability and Stochastic Analysis

Publication of Conference Articles

All accepted papers will automatically be considered for publication in the Malaysian Journal of Computing and Applied Mathematics (MYJCAM).

Selected papers may also be considered for publication in a Scopus-indexed proceedings volume, subject to publisher requirements and additional publication fees.

Important Dates

Milestone | Date

1. Call for Papers : 5 June 2026 – 31 July 2026
2. Notification of Acceptance : 1 August 2026
3. Extended Submission Deadline : 15 August 2026
4. Camera-Ready Submission : 15 August 2026
5. Paper Registration and Payment Deadline : 1 September 2026
6. Conference Dates : 4 – 5 October 202

Contact and Submission Information

For registration and paper submission, please visit:

* Website: https://www.unisza.edu.my/icicam2026/
* Submission Portal: https://submit.confbay.com/conf/icicam2026
* Email: ([email protected]](mailto:[email protected])
* Telephone: +609-669 3200

Mailing Address:
Faculty of Informatics and Computing (FIK)
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
Besut Campus
22200 Besut
Terengganu Darul Iman
Malaysia

We look forward to your valuable contribution and participation.

Best regards,

Associate Professor Dr. Zarina Mohamed
Chairperson of ICICAM 2026

KURSUS ASAS ROBOTIK DAN KECERDASAN BUATAN (AI) MERIAHKAN KARNIVAL PENDIDIKAN MADANI PPD KUALA TERENGGANUKUALA TERENGGANU...
13/07/2026

KURSUS ASAS ROBOTIK DAN KECERDASAN BUATAN (AI) MERIAHKAN KARNIVAL PENDIDIKAN MADANI PPD KUALA TERENGGANU

KUALA TERENGGANU, 11 Julai 2026 – Karnival Pendidikan Madani anjuran Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Terengganu yang telah berlangsung pada 10 hingga 11 Julai 2026 di Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 2 berjaya menarik penyertaan warga pendidikan melalui pelaksanaan slot teknologi yang interaktif dan berimpak tinggi.

Antara pengisian utama karnival ialah slot penggunaan Notebook LM yang disasarkan kepada guru-guru serta slot teknologi robotik yang melibatkan pelajar sekolah menengah rendah. Kedua-dua slot ini bertujuan memperkukuh literasi digital, kemahiran teknologi serta meningkatkan pendedahan terhadap aplikasi teknologi dalam pendidikan.

Slot Notebook LM memberi pendedahan kepada para guru mengenai pemanfaatan teknologi kecerdasan buatan dalam pengurusan maklumat serta penyediaan bahan pengajaran yang lebih sistematik dan efisien. Sementara itu, slot robotik memberi peluang kepada para pelajar untuk meneroka asas pengaturcaraan, pembinaan robot serta aplikasi teknologi secara hands-on, sekali gus memupuk minat terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Program ini dikendalikan oleh Pensyarah Kanan daripada Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK) iaitu,

1. Prof. Ts. Dr. Syadiah Nor Wan Shamsuddin
2. Prof. Mayda Dr. Syarilla Iryani Ahmad Saany
3. Prof Madya Dr. Azrul Amri Jamal
4. Dr. Julaily Aida Jusoh
5. Dr. Wan Malini Wan Isa
6. Ts. Norkhairani Abdul Rawi

termasuk penglibatan pelajar FIK melalui Kelab RoboPro yang melaksanakan sepenuhnya slot teknologi robotik sebagai fasilitator. Pendekatan pembelajaran berasaskan rakan sebaya ini berjaya mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih interaktif serta meningkatkan penglibatan peserta sepanjang sesi berlangsung.

Penganjuran slot ini diharap dapat memberi nilai tambah kepada guru dan pelajar dalam menghadapi cabaran pendidikan era digital serta menyokong aspirasi pembudayaan teknologi dan inovasi dalam sistem pendidikan negara.

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIRSemoga Allah SWT mengurniakan ketenangan hati, mempermudahkan setiap urusan, memberik...
30/06/2026

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR

Semoga Allah SWT mengurniakan ketenangan hati, mempermudahkan setiap urusan, memberikan ilham dalam menjawab setiap soalan serta menganugerahkan keputusan yang cemerlang.

Semoga berjaya dalam Peperiksaan Akhir.

Your Success Begins with Your Effort.

Selaras dengan Pelan Strategik UniSZA (PSU) 2023–2030 [ST 5: Khalifah Masa Depan], Persatuan Mahasiswa Fakulti Informati...
28/06/2026

Selaras dengan Pelan Strategik UniSZA (PSU) 2023–2030 [ST 5: Khalifah Masa Depan], Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK) telah menganjurkan Program Kembara Digital Perhentian yang membawa tema “Mencorak Khalifah Masa Depan yang Celik Teknologi, Kreatif dan Inovatif”.

Program yang berlangsung selama dua hari, iaitu pada 27 dan 28 Jun 2026, telah melibatkan 31 orang mahasiswa FIK sebagai fasilitator kepada 116 orang murid Tahun 4, 5 dan 6 Sekolah Kebangsaan Pulau Perhentian (SKPP). Sepanjang program ini, murid-murid SKPP telah diberi pendedahan kepada asas pengaturcaraan Scratch, robotik (Kelab RoboPro UniSZA) dan Internet Benda (IoT). Pendedahan ini bukan sahaja bertujuan memupuk minat murid terhadap bidang teknologi, malah turut menggalakkan mereka berfikir secara kreatif, menyelesaikan masalah serta meneroka potensi diri dalam dunia digital yang semakin berkembang.

Program ini mencapai kemuncaknya melalui Majlis Perasmian Penutup yang berlangsung pada 28 Jun. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Cikgu Mohd Aliziyad bin Abas, Pegawai Pendidikan Daerah Besut. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Encik Zakaria bin Zulkifli, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Besut, serta Cikgu Harizan bin Mohamad, Guru Besar SKPP.

Sesungguhnya, penganjuran program ini mencerminkan komitmen berterusan UniSZA, khususnya FIK, dalam memperkasa komuniti melalui jalinan kerjasama strategik antara institusi pengajian tinggi dan sekolah [SP 3: Pemerkasaan Komuniti].

Semoga inisiatif seperti ini terus menjadi pemangkin dalam melahirkan khalifah masa depan yang bukan sahaja celik teknologi, malah cemerlang dari aspek kepimpinan, sahsiah dan khidmat kepada masyarakat.

Address

Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:45
Tuesday 08:00 - 16:45
Wednesday 08:00 - 16:45
Thursday 08:00 - 16:30
Sunday 08:00 - 16:45

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Fakulti Informatik dan Komputeran - FIK posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Fakulti Informatik dan Komputeran - FIK:

Shortcuts

Share