FB Rasmi SK Seri Kampung Tengah , Kluang

FB Rasmi SK Seri Kampung Tengah , Kluang PRIMARY SCHOOL AT KLUANG JOHOR

17/03/2026
Kelab Alam Sekitar SK Seri kampung Tengah terdiri dari murid Tahun 4 5 dan 6 . Kelab ini baru ditubuhkan pada tahun ini ...
01/10/2025

Kelab Alam Sekitar SK Seri kampung Tengah terdiri dari murid Tahun 4 5 dan 6 . Kelab ini baru ditubuhkan pada tahun ini . Pelbagai Aktiviti yg telah meraka lakukan sepanjang tahun ini . Mereka belajar menyemai. menanam, menyiram, merumput, menuai, menjual dan akhirnya memasak hasil tanaman sendiri. Hari ni aktiviti Kelab Alam Sekitar: Masak mi segera bersama kangkung lestari.

Semai benih sawi: 15 Mei 2025
Pindah anak pokok: 28 Mei 2025
Tuaian pertama: 10 Julai 2025

Semai benih khailan: 15 Mei 2025
Pindah anak pokok: 28 Mei 2025
Tuai pertama: 13 Ogos 2025

Semai benih kangkung: 6 Ogos 2025
Pindah benih pokok: 13 Ogos 2025
Tuaian pertama: 11 September 2025
Tuaian kedua: 23 September 2025
Tuaian ketiga: 1 Oktober 2025

Ucapan penghargaan kepada PIBG SKaTe atas sumbangan biji benih sayur.
Terima kasih kepada warga SKaTe yang sudi membeli sayur kami. Ada rezeki kami tanam dan jual lagi.


Kempen Kitar Semula: Botol, Tin dan KertasTempoh: 8-24 Julai 2025Sasaran: Semua warga SKaTeAnjuran: Kelab Alam SekitarAl...
01/10/2025

Kempen Kitar Semula: Botol, Tin dan Kertas
Tempoh: 8-24 Julai 2025
Sasaran: Semua warga SKaTe
Anjuran: Kelab Alam Sekitar

Alhamdulillah berjaya melaksanakan program kitar semula. Bagi seluruh warga SKaTe kempen masih diteruskan. Jika ada bahan yang boleh dikitar semula (botol, tin & kertas) jom bawa ke sekolah untuk kami uruskannya.

USAHA KECIL, IMPAK BESAR: SAYANGI ALAM


Sambutan Majestic Potluck Raya Sifar Plastik. Sempena Kempen kitar Semula Kelab Alam Sekitar Tarikh: 18 April 2025Hari: ...
01/10/2025

Sambutan Majestic Potluck Raya Sifar Plastik. Sempena Kempen kitar Semula Kelab Alam Sekitar
Tarikh: 18 April 2025
Hari: Jumast
Masa: 7.20 pagi
Tempat: Dataran Seri Tengah
Terima kasih atas kerjasama ibu ayah yang sudi menyumbang juadah dengan menggunakan bekas guna semula. Walaupun meriah dengan sambutan dan suasana keletarian alam tidak dilupa. Ramai di kalangan ibu ayah yang mula faham akan kepentingan menjaga alam sekitar demi kehidupan yang lebih mampan di masa akan datang.


Kejohanan Olahraga Tahunan Kali ke 54. Pertandingan Perbarisan Tema Maskod: Kenderaan dari bahan kitar semula. Bersempen...
01/10/2025

Kejohanan Olahraga Tahunan Kali ke 54. Pertandingan Perbarisan Tema Maskod: Kenderaan dari bahan kitar semula. Bersempena program kitar semula anjuran kelab Alam sekitar SKaTe
Tarikh: 30 April 2025
Masa: 7.30 pagi
Tempat: Padang SKaTe
Keputusan pertandingan:
Johan: Rumah Temenggung: hijau (kereta kebal)
Naib johan: Rumah Bendahara: merah (kapal terbang)
Ketiga: Rumah Laksamana: biru (keretapi)
Keempat: Rumah Mahkota: kuning (DHL)

Pasukan Choral Speaking SK Seri Kg Tengah telah diundang untuk membuat persembahan khas sempena Perhimpunan Bulanan KPM ...
27/08/2025

Pasukan Choral Speaking SK Seri Kg Tengah telah diundang untuk membuat persembahan khas sempena Perhimpunan Bulanan KPM pada 27 Ogos 2025(Rabu). Perhimpunan ini turut dihadiri oleh Menteri Pendidikan,YB Fadhlina Sidek&Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan,YBhg. Dato' TS.Dr. Hj. Aminuddin bin Hassim. Pasukan ini terdiri dari 20 orang murid tahun 5&6 turut menyanyikan lagu merdeka bersama artis cilik Umai&Amad.

25/08/2025

Laungan
Dari FB Rasmi SK Seri Kampung Tengah , Kluang


22/08/2025

πŸ“’ *The Kids’ Entrepreneur Day 2025*
πŸ—“οΈ Tarikh : 23 Ogos 2025 (Sabtu)

πŸŽ‰ Jom meriahkan *Hari Keusahawanan SKaTe* dengan pelbagai jualan menarik, permainan seronok & aktiviti hebat menanti anda!

πŸ”₯ *Moh serbu, gegarkan SKaTe!*

Jom dapatkan kupon anda !!!!

Tahniah!! Tahniah!! Tahniah!!Team Bahas SKaTe berjaya mempertahankan kejuaraan dlm Pertandingan Bahas Peringkat Daerah K...
21/08/2025

Tahniah!! Tahniah!! Tahniah!!
Team Bahas SKaTe berjaya mempertahankan kejuaraan dlm Pertandingan Bahas Peringkat Daerah Kluang.

Jutaan tahniah dan terima kasih kepada Cikgu Fatimah, Cikgu Halini, barisan jawatankuasa pertandingan dan guru-guru yg terlibat secara langsung atau tidak dalam persediaan pasukan bahas SKaTe.

Semoga terus dapat mengekalkan kecemerlangan dan memperoleh keputusan yg lebih baik pada pertandingan peringkat negeri.

Hanya tuhan yg mampu membalas jasa2 kalian. Terima kasih.
πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»

21/08/2025

Address

Sekolah Kebangsaan Seri Kampung Tengah
Kampung Tengah
86000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+6077712137

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when FB Rasmi SK Seri Kampung Tengah , Kluang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to FB Rasmi SK Seri Kampung Tengah , Kluang:

Shortcuts

Share

Category