06/08/2026
28 Julai 2026 | Kompleks Sukan Bagan Datuk
Karnival Sukan Murid Prasekolah KPM.
Tahniah diucapkan kepada pasukan futsal prasekolah SK Kampung Baharu yang telah menyahut cabaran dalam pertandingan futsal antara prasekolah daerah Bagan Datuk.
Walaupun tidak berjaya ke peringkat suku akhir tetapi semangat juang yang ditunjukkan oleh para pemain amat membanggakan.
Terima kasih Cikgu Aidil atas tunjuk ajar yang diberikan dalam masa yang singkat. Terima kasih Cikgu Kasma dan Ibu Syira yang telah membentuk pasukan dan membantu sepanjang pertandingan.
Terima kasih ibu ayah/ penjaga yang sentiasa memberi sokongan kepada anak- anak untuk aktif bersukan. Kita cuba lagi oada masa akan datang.
Tahniah!