17/05/2026
“Back To School” bukan sekadar tema, tetapi mengimbau kembali nostalgia zaman persekolahan yang penuh warna, kenangan dan jasa seorang guru yang tidak ternilai.
Sambutan Hari Guru Peringkat SM Imtiaz Yayasan Terengganu Setiu Tahun 2026 berlangsung dengan penuh meriah dan ceria menerusi pelbagai aktiviti menarik bermula dengan sukaneka guru yang mencuit hati serta mengeratkan ukhuwah warga pendidik, sebelum diteruskan dengan acara rasmi di dewan.
Bersempena tema “Guru Bitara Nadi Negara”, seluruh warga sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan buat semua guru yang tidak pernah jemu mendidik, membimbing dan mencurahkan ilmu demi melahirkan generasi rabbani dan cemerlang. Sesungguhnya, di sebalik setiap kejayaan anak didik, ada pengorbanan seorang guru yang luar biasa.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran:
🌹 Encik Naharuddin bin Mohd Nor
Pegawai Perhubungan Sekolah, PPD Setiu
🌹 ASP Amran bin Shafie
Inspektor Perlesenan merangkap Pegawai Perhubungan Sekolah, IPD Setiu
Terima kasih atas kesudian hadir bersama-sama memeriahkan sambutan ini.
Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih juga kepada seluruh jawatankuasa pelaksana serta anak-anak pelajar yang bertungkus-lumus menjayakan Sambutan Hari Guru pada tahun ini. Komitmen dan kerjasama yang diberikan menjadikan majlis ini penuh makna dan dikenang indah.
“Guru ibarat lilin yang menerangi jalan,
Meski terbakar demi masa hadapan.”