16/05/2026
10 Hari Terbaik Dalam Setahun: Ini Checklist Amalan Yang Penting!🌙
Para ulama menyebutkan bahawa 10 awal Zulhijah adalah hari-hari yang paling mulia di sisi Allah, bahkan keutamaannya melebihi hari-hari lain dalam setahun.
Inilah ruang untuk kita ‘pulang’ dan menghidupkan kembali hati yang mungkin sudah lama gersang dengan noda 🥹
Daripada Ibnu Abbas RA, Nabi SAW bersabda:
“Tidak ada hari-hari yang amal soleh padanya lebih dicintai oleh Allah daripada hari-hari sepuluh ini (iaitu 10 awal Zulhijah).” (Riwayat al-Bukhari: 969)
Jom kita jadikan checklist ini sebagai panduan amalan sepanjang bulan yang mulia ini:
🗓️ 1 Zulhijah (18 Mei 2025)
Hukum: Makruh memotong kuku dan bulu bagi mereka yang berniat ingin melakukan ibadah korban.
Tempoh: Larangan ini berterusan sehinggalah haiwan korban disembelih pada 10, 11, 12 atau 13 Zulhijah.
🗓️ 1 - 8 Zulhijah (18 Mei – 25 Mei 2026)
Sunat Berpuasa: Ambillah peluang untuk berpuasa sunat pada hari-hari ini.
Amal Soleh: Perbanyakkan zikir, sedekah, solat sunat, dan membaca al-Quran.
🗓️ 9 Zulhijah (6 Mei 2026) – Hari Arafah
Puasa Sunat Arafah: Ganjarannya sangat besar, iaitu pengampunan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.
Doa & Takbir: Waktu ini adalah waktu yang mustajab doa, maka perbanyakkanlah berdoa dan bertakbir.
🗓️ 10 Zulhijah (27 Mei 2026) – Hari Raya Aidiladha
Ibadah Utama: Sunat melakukan ibadah korban, menunaikan solat sunat Aidiladha, dan bertakbir.
🗓️ 11 - 13 Zulhijah (28,29 & 30 Mei 2026) – Hari Tasyrik
Korban: Masih dibenarkan untuk melakukan ibadah korban pada hari-hari ini.
Larangan: Haram dan dilarang sama sekali untuk berpuasa.
Takbir: Teruskan memuji kebesaran Allah dengan bertakbir.
Moga Allah SWT menerima segala amal ibadah kita dan menyampaikan kita ke hari-hari yang penuh barakah ini. Amin YRA. 🤲