27/05/2026
Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak penganjur serta semua anggota yang terlibat dalam menjayakan Program Motivasi Pendidikan sempena Program Jiwa MADANI (PJM) pada 21 Mei 2026.
Terima kasih juga kepada murid-murid dari SK Kalai, SK Batu Melintang dan SK Pendok atas penglibatan yang sangat aktif, bersemangat dan memberikan kerjasama yang amat baik sepanjang program berlangsung. Semoga pengalaman dan ilmu yang diperoleh menjadi inspirasi serta pembakar semangat untuk terus berjaya pada masa hadapan. 🌟