KV Sepang

Call Website

KV Sepang KNOWLEDGE | VALUES | SKILLS

Tahniah & Syabas! 🌟Setinggi-tinggi ucapan tahniah diberikan kepada pasukan pelajar-pelajar dan pensyarah mentor KV Sepan...
24/09/2026

Tahniah & Syabas! 🌟

Setinggi-tinggi ucapan tahniah diberikan kepada pasukan pelajar-pelajar dan pensyarah mentor KV Sepang dari Kelas 1SVM CKA & 1DVM DKA PROGRAM TEKNOLOGI KOMPUTERAN KOLEJ VOKASIONAL SEPANG atas kejayaan cemerlang meraih 2 anugerah Emas, 1 Perak & 1 Gangsa dalam pertandingan Inovasi International Information Management Online Showcase (IIMOS) 2026.

🥇ANUGERAH EMAS:
1. Produk Inovasi : Pocket Campus.
Program : 1SVM CKA.
2. Produk Inovasi : Aplikasi SPACS.
Program : 1SVM CKA.

🥈ANUGERAH PERAK:
Produk Inovasi : Aplikasi Doc2Go.
Program : 1DVM DKA

🥉ANUGERAH GANGSA:
Produk Inovasi : Aplikasi ILYFitPro.
Program: 1SVM CKA

Pertandingan ini telah berlangsung pada 25 Ogos 2026 anjuran oleh Faculty of Information Science, Universiti Teknologi MARA (UiTM) 🏆✨
Kejuaraan ini diraih bersama bimbingan tenaga pengajar Program KPD :
👩🏻‍🏫 Pn. SYARIFAHNOR AMINAH BT ALWI

Semoga dengan kejayaan ini menjadi inspirasi kecemerlangan berterusan warga Kolej Vokasional Sepang dalam mengangkat martabat pendidikan TVET ke peringkat yang lebih tinggi. 💫



'26

🌏 KV SEPANG MELAKAR SEJARAH! 🇲🇾✨Tahniah kepada Kolej Vokasional Sepang sebagai Kolej Vokasional pertama di Malaysia yang...
24/09/2026

🌏 KV SEPANG MELAKAR SEJARAH! 🇲🇾✨

Tahniah kepada Kolej Vokasional Sepang sebagai Kolej Vokasional pertama di Malaysia yang berdaftar dalam UNESCO Associated Schools Network (ASPnet).

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Pn. Nurul Ainina binti Kamid atas usaha dan komitmen dalam menjayakan pencapaian bermakna ini.

Pioneering TVET. Connecting Globally. Shaping Tomorrow. 🌍✨

22/09/2026

“Jejak Bakti Tetap di Hati” 💙

Setiap perjalanan pasti meninggalkan jejak. Ada yang singkat, namun ada yang meninggalkan kesan yang terus terpahat dalam ingatan.

Begitu juga perjalanan Tuan Halim bin Jajuli sepanjang menerajui Kolej Vokasional Sepang. Terima kasih Tuan, atas segala kepimpinan, tunjuk ajar dan bakti yang telah dicurahkan.

Setiap jasa dan kenangan akan terus terpahat di hati warga KV Sepang.

Respect. Ride. Remember. 🏍️✨

🏍️ MAJLIS SANJUNGAN BUDI, SEMARAK KASIH“Jejak Bakti Tetap di Hati”Setelah lebih tiga tahun menerajui Kolej Vokasional Se...
22/09/2026

🏍️ MAJLIS SANJUNGAN BUDI, SEMARAK KASIH
“Jejak Bakti Tetap di Hati”

Setelah lebih tiga tahun menerajui Kolej Vokasional Sepang, tibalah masa untuk kita mengiringi Tuan Halim bin Jajuli, Pengarah KV Sepang melangkah ke fasa baharu dalam kehidupan.

Segala jasa, usaha, tunjuk ajar dan kepimpinan yang dicurahkan sepanjang perkhidmatan pastinya akan terus dikenang oleh seluruh warga KV Sepang.

Terima kasih atas segala bakti, Tuan. Semoga perjalanan baharu ini dipenuhi kebahagiaan dan dipermudahkan dalam setiap langkah. 💙

📅 17 September 2026 (Khamis)
⏰ 8.00 pagi – 12.00 tengah hari
📍 Dewan Al-Jazari, KV Sepang
🏍️ Tema: Bikers | Pakaian: Denim

Selamat bersara, Tuan Halim.
Respect. Ride. Remember. 🏍️✨

HARI KONSULTASI AKADEMIK 1 SVM KOHORT 2026🗓 Tarikh : 18 September 2026 (Jumaat)⏰ Masa : 8.30 pagi - 12.00 tengah hari📍Te...
18/09/2026

HARI KONSULTASI AKADEMIK 1 SVM KOHORT 2026

🗓 Tarikh : 18 September 2026 (Jumaat)
⏰ Masa : 8.30 pagi - 12.00 tengah hari
📍Tempat : Kelas 1 SVM

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua ibu bapa dan penjaga pelajar 1 SVM Kohort 2026 atas kesudian meluangkan masa, hadir serta memberikan kerjasama dalam menjayakan Hari Konsultasi Akademik 1 SVM Kohort 2026 ini.

Program ini diadakan bagi:
🌟 Mewujudkan komunikasi yang berkesan antara pelajar, pensyarah dan ibu bapa/penjaga.
🌟 Menilai pencapaian akademik dan sahsiah pelajar dari semasa ke semasa.
🌟 Membincangkan strategi pembelajaran dan perancangan masa depan pelajar bersama pensyarah dan ibu bapa/penjaga.
🌟 Mengukuhkan hubungan silaturahim antara pihak kolej dengan ibu bapa penjaga serta antara pensyarah dengan ibu bapa/penjaga.

Kehadiran dan komitmen ibu bapa/penjaga amatlah dihargai kerana kerjasama erat antara pihak kolej dan keluarga merupakan asas penting dalam membimbing pelajar mencapai kecemerlangan akademik, pembentukan sahsiah pelajar.

TAHNIAH DAN SYABAS WARGA KV SEPANG! 🏆Tahniah diucapkan kepada Pn. Siti Aishah Md Aris, Cik Amirah Najwa serta pelajar Mu...
15/09/2026

TAHNIAH DAN SYABAS WARGA KV SEPANG! 🏆

Tahniah diucapkan kepada Pn. Siti Aishah Md Aris, Cik Amirah Najwa serta pelajar Muhammad Aidil Iskandar dan Harith Muqhriz dari Program Seni Kulinari atas komitmen, usaha dan kesungguhan dalam Pertandingan Inovasi Produk Makanan Lebih Sihat Peringkat Kebangsaan 2026, Kategori Sosej, sehingga berjaya meraih Tempat Ke-2. 🥈✨

Kejayaan ini membuktikan bahawa ilmu, kreativiti, inovasi dan kerjasama antara pensyarah dan pelajar mampu menghasilkan pencapaian yang membanggakan di peringkat kebangsaan. Terima kasih atas usaha, masa dan dedikasi yang telah dicurahkan demi mengharumkan nama Kolej Vokasional Sepang. 💙🏆

Syabas dan tahniah! 🏆✨️Setinggi-tinggi tahnuah diucapkan kepada pelajar dan pensyarah Program Komputeran kerana telah be...
15/09/2026

Syabas dan tahniah! 🏆✨️

Setinggi-tinggi tahnuah diucapkan kepada pelajar dan pensyarah Program Komputeran kerana telah berjaya meraih;

Anugerah Emas 🥇bagi E-NOVASI: A Web Base Innovation Competition Management System
Naib Juara 🥈 Pertandingan “Website via Google Site”

Kejayaan ini membuktikan bahawa warga KV Sepang mampu menghasilkan idea yang kreatif, inovatif dan berimpak. Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi untuk terus berkarya, mencipta dan melangkah lebih jauh dalam dunia inovasi. Tahniah dan terima kasih kepada semua pelajar serta pensyarah yang telah menjadi pencetus kejayaan ini! 🏆✨👏🏻

Pameran Sempena Fiesta Eleven Two 2026🗓️ 12 September 2026(Sabtu)🏫 Sek Keb Putrajaya Presint 11(2)⏰v8.00 pagi-1.00 petan...
14/09/2026

Pameran Sempena Fiesta Eleven Two 2026

🗓️ 12 September 2026(Sabtu)
🏫 Sek Keb Putrajaya Presint 11(2)
⏰v8.00 pagi-1.00 petang

📍Seramai 2 orang guru kaunseling telah berjaya mengendalikan pameran outreach kv di sini.

📍Objektif utama program ini dijalankan adalah untuk mempromosikan peluang pendidikan yang ditawarkan di kolej vokasional serta memberi pemahaman yang jelas kepada pelajar dan Ibu bapa tentang program-program yang disediakan di kolej vokasional.

📍Tahniah dan terima kasih kepada pihak penganjur dan guru-guru kaunseling yang telah berjaya menguruskan program di hujung minggu ini. 👍🏻



Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pensyarah dan pelajar PPU atas kejayaan meraih Anugerah Pingat Perak🥈 menerusi inova...
14/09/2026

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pensyarah dan pelajar PPU atas kejayaan meraih Anugerah Pingat Perak🥈 menerusi inovasi Sistem Solar H-RAC with IoT.

Setinggi-tinggi penghargaan atas komitmen, usaha, kreativiti dan semangat berpasukan yang telah ditunjukkan sehingga mengharumkan nama KVS. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus melakar lebih banyak kecemerlangan dalam bidang inovasi dan TVET. Tahniah dan syabas, teruskan mencipta kejayaan! 🥈🏆✨

Tahniah & Syabas! 🌟Setinggi-tinggi ucapan tahniah diberikan kepada pelajar dan pensyarah dari  PROGRAM TEKNOLOGI KOMPUTE...
12/09/2026

Tahniah & Syabas! 🌟

Setinggi-tinggi ucapan tahniah diberikan kepada pelajar dan pensyarah dari PROGRAM TEKNOLOGI KOMPUTERAN atas kejayaan cemerlang meraih SILVER AWARD🥈 dalam pertandingan E-COMMERCE INNOVATION PLATFORM 2026.

Pasukan 1DVM DKA:
1. MUHAMMAD ISAAC MIKAIL BIN NORSHAM
2. AIMRAN THAQIFF BIN KHAIRUL NAIM
3. BADRI FITRI RAMADHAN BIN BASSERI NIZAM
4. KHAIRUL DANISH BIN KHAIRUL AZLI
5. MUHAMMAD ADIB HAFIZI BIN ZAHARI

Pasukan: 1SVM CKA
1. ADAM ISKANDAR BIN ABDULLAH
2. SYAFRUDDIN HAKIM BIN SYAFIQ ANWAR
3. FIRAS RAYYAN BIN FARIS
4. MUHAMMAD ADAM THAQIFF BIN ZULKEFLI

Pertandingan ini telah berlangsung pada 6 SEPTEMBER 2026 anjuran oleh Universiti Poly-Tech Malaysia. 🏆✨

Kejuaraan diraih bersama bimbingan tenaga pengajar Program KPD:
PN. SYARIFAHNOR AMINAH BT ALWI
TS. SARASWATHY A/P CHANDIRAN

Semoga dengan kejayaan ini menjadi inspirasi kecemerlangan berterusan warga KVS dalam mengangkat martabat pendidikan TVET ke peringkat yang lebih tinggi. 💫

Address

Jalan JENDERAM-BANGI
Kampung Dengkil
43800

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60389255255

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KV Sepang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share