Pasti Ibnu Sina Sungai Duri

  • Home
  • Pasti Ibnu Sina Sungai Duri

Pasti Ibnu Sina Sungai Duri Membina Generasi Bertakwa

🏆 Kejohanan Bola Sepak dan Bola Jaring 🏀⚽⚽️Bola Sepak Tempat ke 3🏀Bola Jaring Saguhati(tempat ke 4)🏃🏻Larian 100meter L &...
17/05/2026

🏆 Kejohanan Bola Sepak dan Bola Jaring 🏀⚽

⚽️Bola Sepak Tempat ke 3
🏀Bola Jaring Saguhati(tempat ke 4)
🏃🏻Larian 100meter L & P - 5 & 6 tahun Saguhati

Alhamdulillah, selesai Program Kejohanan BSBJ tengahari tadi, tahniah diucapkan kepada semua anak-anak Ibnu Sina yang telah memberikan komitmen, semangat dan usaha terbaik sepanjang kejohanan berlangsung.

Setiap pemain telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dan berjaya mengharumkan nama PASTI Ibnu Sina, Sg Duri❤️

Kalah dan menang merupakan adat dalam sesebuah pertandingan. Namun, setiap pemain telah memberikan usaha dan kerjasama yang terbaik demi pasukan masing-masing.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada para ibu bapa dan waris yang hadir memberikan sokongan dan semangat kepada anak-anak sepanjang kejohanan berlangsung.

Pihak kami turut memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan atau kekhilafan daripada pihak pengurusan dan guru-guru sepanjang mengendalikan anak-anak pada hari ini.

In shaa Allah, penghargaan khas akan diatur buat semua anak-anak atas usaha dan penglibatan mereka.

Jutaan terima kasih juga buat guru-guru jurulatih yang telah bertungkus-lumus melatih serta mengurus pasukan dengan penuh dedikasi hingga ke tahap ini🤲🏻🌷

Alhamdulillah dengan izin Allah SWT telah selesai sambutan Hari Guru peringkat PASTI Ibnu Sina I & II Tahun 2026 yang te...
17/05/2026

Alhamdulillah dengan izin Allah SWT telah selesai sambutan Hari Guru peringkat PASTI Ibnu Sina I & II Tahun 2026 yang telah diadakan pada 15 Mei 2026( Jumaat) yang lalu.

Program berlangsung dengan jayanya dalam suasana penuh ceria, kasih sayang dan penghargaan.

🌷 Selamat Hari Guru juga buat semua waris yang dikasihi 🌷

Terima kasih kerana menjadi guru pertama buat anak-anak di rumah — mendidik dengan kasih sayang, sabar dan doa yang tidak pernah putus. Segala adab, didikan dan perhatian daripada ibu ayah sangat besar maknanya dalam membentuk anak-anak yang baik dan berakhlak.

Jutaan terima kasih juga atas segala hadiah, penghargaan dan ingatan sempena Hari Guru. Setiap pemberian amat dihargai dan sangat menyentuh hati kami sebagai guru.

Semoga Allah membalas segala kebaikan dan mempermudahkan urusan semua waris serta keluarga. 🤍

Anak-anak PASTI yang dikasihi membesarlah kalian dengan mengenal Penciptamu, tahu baca, mengira dan mengaji. Mudah-mudahan akan cemerlang di kemudian hari.

🎀Bersama Membina Generasi Rabbani🎀





14/04/2026

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pasti Ibnu Sina Sungai Duri posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Want your school to be the top-listed School/college?

Share