25/02/2026
Assalamualaikum semua Parents🌹
Pihak PASTI At-Taqwa ingin menjemput semua ibu bapa untuk bersama-sama menjayakan program Kembara Infaq Kasih Ramadan.
Program ini bertujuan untuk mendidik anak-anak tentang amalan bersedekah serta cara-cara bersedekah dengan betul. Melalui aktiviti ini, anak-anak akan didedahkan dengan kepentingan berkongsi rezeki, membantu golongan yang memerlukan, serta menerapkan nilai-nilai murni seperti kasih sayang, keprihatinan dan rasa syukur dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan.
Untuk makluman ibu bapa, kempen ini akan berjalan sepanjang 30 hari bulan Ramadan bermula esok. Anak-anak boleh membawa sumbangan ke sekolah untuk didermakan dan dimasukkan ke dalam tabung yang disediakan oleh pihak sekolah.
Semoga usaha kecil ini dapat membentuk hati anak-anak agar menjadi insan yang pemurah dan berakhlak mulia sejak usia muda.
Sekian, terima kasih atas sokongan dan kerjasama semua ibu bapa.🌹