Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu Perbadanan Hal Ehwal Bekas Tentera

Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu Perbadanan Hal Ehwal Bekas Tentera Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu Perbadanan Hal Ehwal Bekas Tentera, Trade school, Bahagian Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu, Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT), Kem Sungai Buloh, Peti Surat 65, Kampong Sungai Buloh.

Program Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT/RPEL)-Inisiatif bersama PERHEBAT & JPK (KESUMA) untuk mengiktiraf pengalaman kerja anggota ATM, veteran dan personel awam.
🎓 Sijil hingga Diploma Kemahiran
🚀 Bina kerjaya & pendapatan

📣 TAKLIMAT CALON PROGRAM RPEL TAJAAN YAYASAN SELANGOR BERJALAN LANCAR! 📣✨ "Pengalaman Diiktiraf, Kompetensi Diperkasa, K...
17/08/2026

📣 TAKLIMAT CALON PROGRAM RPEL TAJAAN YAYASAN SELANGOR BERJALAN LANCAR! 📣

✨ "Pengalaman Diiktiraf, Kompetensi Diperkasa, Kerjaya Ditingkatkan" ✨

12 Ogos 2026 - Bahagian Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (BPPT), PERHEBAT dengan jayanya telah melaksanakan Taklimat Calon Program Recognition of Prior Experiential Learning (RPEL) bertempat di Menara Yayasan Selangor. 🏢

🤝 Kolaborasi Strategik PERHEBAT & Yayasan Selangor
Inisiatif dan tajaan daripada Yayasan Selangor ini mencerminkan komitmen jitu kedua-dua pihak dalam memperkasa pembangunan modal insan.

Tahukah anda? Melalui program RPEL, pengalaman dan kemahiran yang anda peroleh di tempat kerja kini boleh dinilai dan diiktiraf secara rasmi berdasarkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)! 🎓

Sesi taklimat ini bertujuan memberi persediaan awal kepada para calon mengenai:
🔹 Pelaksanaan program & proses penilaian
🔹 Keperluan calon yang terlibat
🔹 Garis masa program yang komprehensif

🗓️ Garis Masa Pelaksanaan RPEL (Sept 2026 - Mac 2027):
Program yang berlangsung selama 6 bulan ini merangkumi:
1️⃣ Pendaftaran & Saringan Calon (Sept 2026)
2️⃣ Bimbingan & Penyediaan Bukti (Sept - Nov 2026)
3️⃣ Penilaian Amali & Lisan (Dis 2026 - Feb 2027)
4️⃣ Verifikasi oleh JPK (Feb - Mac 2027)
5️⃣ Persijilan Kemahiran (Mac 2027)

Pihak PERHEBAT merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yayasan Selangor atas kepercayaan dan sokongan padu dalam menjayakan program ini. Semoga inisiatif ini dapat membentuk tenaga kerja yang lebih kompeten, berkemahiran, dan berdaya saing di pasaran! 💪📈

Ingin tahu lebih lanjut mengenai pengiktirafan melalui RPEL? Hubungi kami sekarang:
📞 Tel: 03-61569412 (Samb. 1112/1113)
📧 E-mel: [email protected]
🌐 Laman Sesawang: https://srimurni.mod.gov.my/myrpel/index.mohon.php

Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera
Yayasan Selangor (YS)

GALERI - Program Diploma Kemahiran Malaysia melalui kaedah RPEL menyokong pembangunan kerjaya warga Bumiputera Pulau Pin...
17/08/2026

GALERI - Program Diploma Kemahiran Malaysia melalui kaedah RPEL menyokong pembangunan kerjaya warga Bumiputera Pulau Pinang
BUTTERWORTH, 14 Ogos 2026 – PERHEBAT dengan kerjasama Bhg. Penyelarasan Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang (BPPBPP), Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri terus memperkukuh kerjasama menerusi PROGRAM RECOGNITION OF PRIOR EXPERIENTIAL LEARNING (RPEL) BUMIPUTERA PERHEBAT PULAU PINANG TAHUN 2026 TAJAAN MAJLIS PEMBANGUNAN BUMIPUTERA PULAU PINANG yang mengiktiraf pengalaman calon sehingga ke tahap Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM).
Setakat ini, seramai 65 warga Bumiputera Pulau Pinang menerima manfaat program tersebut yang bermatlamat bagi memangkin kebolehpasaran dan pembangunan kerjaya bagi tenaga kerja mahir.
Hari ini, sempena Majlis Perasmian Program RPEL Bumiputera Negeri Pulau Pinang 2026, Pengarah BPPBPP, Dr. Haji Syaharudin Shah Hj. Mohd Noor menyampaikan surat tawaran kepada 45 calon terdiri daripada bakal pesara dan veteran ATM serta orang awam. Beliau diiringi Ketua Pengarah PERHEBAT, Dato’ Ts. Amir Md. Noor dan Pengarah PERHEBAT Pulau Pinang, Lt. Mohd Saupi Haron (Bersara). Calon - calon yang ditaja untuk program tahun ini terdiri daripada 20 calon Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3, 20 calon Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dan 5 orang calon DLKM.
Program RPEL dengan usaha sama Jabatan Pembangunan Kemahiran, mengiktiraf pencapaian, pengalaman dan kemahiran terdahulu individu dalam pelbagai sektor dengan pentauliahan SKM, DKM & DLKM.
Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang

17/08/2026
17/08/2026
Bahagian PPT PERHEBAT telah mengadakan KURSUS REFRESHER PENYELARAS PROGRAM RPEL untuk tahun 2026. Kursus yang berlangsun...
17/08/2026

Bahagian PPT PERHEBAT telah mengadakan KURSUS REFRESHER PENYELARAS PROGRAM RPEL untuk tahun 2026. Kursus yang berlangsung daripada 4 hingga 6 Ogos 2026 ini adalah bagi memastikan kelancaran perlaksanaan program PPT di peringkat PERHEBAT Negeri, dan disertai oleh Pengarah - Pengarah PERHEBAT Negeri dan Penyelaras RPEL Negeri, dengan kerjasama kelolaan Bahagian PPT dan Bahagian Sumber Manusia PERHEBAT.

Ingin tahu lebih lanjut mengenai pengiktirafan melalui RPEL? Hubungi kami sekarang:
📞 Tel: 03-61569412 (Samb. 1112/1113)
📧 E-mel: [email protected]
🌐 Laman Sesawang: https://srimurni.mod.gov.my/myrpel/index.mohon.php

03/08/2026

Temu duga Latihan Peralihan Bagi Pengambilan Sesi Januari 2027.

Untuk lokasi temu duga di Pusat Latihan & Bimbingan Veteran (PLBV) Negeri, sila rujuk pautan ini https://www.perhebat.com.my/pelan-lokasi/

Like • Share • Follow • Subscribe
Media sosial rasmi PERHEBAT untuk info terkini :
Facebook: PERHEBAT
https://www.facebook.com/PERHEBAT/
Twitter: PERHEBATMy
https://twitter.com/PERHEBATMy
Instagram: PERHEBAT
https://www.instagram.com/perhebat/
Youtube: PERHEBAT
https://www.youtube.com/
TikTok : PERHEBAT
https://www.tiktok.com/

03/08/2026

Sekalung Tahniah kepada Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Azhan bin Hj Md Othman, Panglima Tentera Darat, atas kurniaan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia, Peringkat Pertama, Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (S.S.A.P.) yang membawa gelaran Dato’ Sri, sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah yang ke-67.

31/07/2026

HARI PAHLAWAN 2026

Mengenang Jasa, Mengukuh Pertahanan

Pengorbanan para perwira tidak pernah luput ditelan zaman. Jasa mereka menjadi benteng kepada keamanan, kedaulatan dan kemakmuran negara.

PERHEBAT merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga Angkatan Tentera Malaysia dan veteran ATM atas segala pengorbanan yang telah dicurahkan demi tanah air. Al-Fatihah buat mereka yang telah gugur sebagai bunga bangsa, semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan para syuhada.

Perjuangan Tidak Pernah Berakhir.


27/07/2026

Berbekalkan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) melalui program Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT/RPEL) PERHEBAT, Pegawai Waran II Khairol Affendi Isa kini melangsungkan kerjaya selaku Pengajar Institut Memandu di Akademi Memandu KIST, Bachok, Kelantan.

Iktirafkan pengalaman anda menjadi persijilan yang diiktiraf seluruh negara melalui program RPEL PERHEBAT segera!

Address

Bahagian Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu, Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT), Kem Sungai Buloh, Peti Surat 65
Kampong Sungai Buloh
47000

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu Perbadanan Hal Ehwal Bekas Tentera posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share