SRAZDiHati

Call Contact the school

SRAZDiHati Wahyu Ilahi Bergema Di SRAZ

Gotong-royongSabtu 12/9/2026Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada barisan guru-guru dan AJK PIBG...
13/09/2026

Gotong-royong
Sabtu 12/9/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada barisan guru-guru dan AJK PIBG yang telah hadir menjayakan gotong-royong pada hari ini. Komitmen dan kerjasama yang diberikan amat dihargai, malah ada yang bertungkus-lumus sehingga ke waktu Maghrib demi memastikan kawasan sekolah bersih dan ceria.

Semoga segala usaha dan keringat tuan-tuan mendapat balasan berlipat ganda dari Allah SWT.

Jazakumullahu Khairan Kathira.

💖

MAJLIS BACAAN YAASIN & SOLAT HAJAT SEMPENA PSRAHARI : JUMAAT TARIKH : 11/9/2026TEMPAT : DEWAN ZAMRUD, SRA ZAHIDIAHANJURA...
11/09/2026

MAJLIS BACAAN YAASIN & SOLAT HAJAT SEMPENA PSRA
HARI : JUMAAT
TARIKH : 11/9/2026
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD, SRA ZAHIDIAH
ANJURAN : UNIT KURIKULUM & PIBG SRA ZAHIDIAH

Bermula pada petang Jumaat, sesi Bicara Akademik Tahun 6 bersama ibubapa telah diadakan.

Perbincangan tertumpu kepada prestasi akademik dan sahsiah anak-anak serta perancangan langkah-langkah penambahbaikan bagi memastikan mereka terus cemerlang dalam peperiksaan yang akan datang.

Program diteruskan dengan Majlis Rohani. Sementara menunggu waktu Maghrib, Da'i Syazwan telah memimpin alunan Zikir, Bacaan Yasin, dan seterusnya Solat Maghrib dan Solat Sunat Hajat secara berjemaah bersama ibubapa, murid, guru dan AJK PIBG.

Majlis kemudiannya diserikan dengan Sesi Motivasi PSRA yang disampaikan oleh Da'i Asyraf. Motivasi tersebut khusus untuk murid Tahun 6 dan ibubapa bagi membakar semangat menghadapi peperiksaan.

Majlis diakhiri dengan Solat Isyak berjemaah dan jamuan ringkas.

"Kerjasama Guru, Ibubapa dan Murid Kunci Kejayaan Cemerlang"

💖

PROGRAM MOTIVASI UPKK (TAHUN 5)SABTU22/8/2026DEWAN ZAMRUD, SRA ZAHIDIAHCONSULTANT : ZULARA ACADEMY Semoga program motiva...
24/08/2026

PROGRAM MOTIVASI UPKK (TAHUN 5)

SABTU
22/8/2026
DEWAN ZAMRUD, SRA ZAHIDIAH
CONSULTANT : ZULARA ACADEMY

Semoga program motivasi ini dpt menyuntik semangat anak², calon UPKK 2026 untuk terus berusaha dengan gigih, demi mengecapi keputusan yg cemerlang dlm Pep UPKK. Tidak lupa jg, sentiasa menjaga adab sesama rakan, terhadap ibubapa dan guru. Insha Allah, lahir menjadi modal insan yg diharapkan demi kebanggaan ibubapa dan sekolah.

💖

Pra Pemantauan Prestij Jumaat21/8/2026Alhmdulillah, SRAZ tersenarai dlm pencalonan sekolah berprestij oleh JAIS. Jd, seg...
24/08/2026

Pra Pemantauan Prestij

Jumaat
21/8/2026

Alhmdulillah, SRAZ tersenarai dlm pencalonan sekolah berprestij oleh JAIS. Jd, segala perancangan & aktiviti perlu ada buktinya. Perlu ada hitam-putihnya. Baru memenuhi instrumen pemantauan. Semoga semua guru² terus bekerjasama menyiapkan segala keperluan. Terus menjaga momentum agar sentiasa bersemangat dan bersungguh² menunaikan amanah yang diberi. Seterusnya meningkatkan prestasi sekolah. Insha Allah.💪🏻

Terima kasih kpd semua fasi, atas tunjuk ajar dan bimbingan yg diberikan. Semoga usaha ini dpt memantapkan lg sistem perfailan kami.

💖


22/08/2026

Tahniah semua. Teruskan usaha yang berterusan

LAWATAN MURID TAHAP 1PUTRAJAYA15 OGOS 2026SABTUAlhamdulillah, seramai 160 orang murid telah menyertai Lawatan Sambil Bel...
19/08/2026

LAWATAN MURID TAHAP 1
PUTRAJAYA
15 OGOS 2026
SABTU

Alhamdulillah, seramai 160 orang murid telah menyertai Lawatan Sambil Belajar ke Putrajaya. Hasrat utk 3 buah bas shj terpaksa ditambah kpd 4 buah bas. Sambutan yg sgt menggalakkan. Terima kasih atas kepercayaan ibuayah melepaskan anak² menyertai lawatan ini.

Antara tempat yang telah dilawati:

📍 Nasyrul Quran - Pendedahan industri percetakan Al-Quran
📍 Millennium Monument - Sejarah & pencapaian negara
📍 Masjid Putra - Solat Zohor & makan tengahari
📍 Beryl's Chocolate - Kilang & muzium coklat
📍 Masjid UPM - Solat Asar & minum petang

Diharapkan lawatan ini dapat memberi pengalaman baru, ilmu bermanfaat dan memperkukuh rasa cinta kepada agama, bangsa dan negara.
💖







25/07/2026


KURSUS PERKEMBANGAN STAFF 2026SRA ZAHIDIAHBENGKEL KOMPETENSI GURU CEMERLANGIDEAS HOTEL, KUALA LUMPUR25 JULAI 2026SABTUSL...
25/07/2026

KURSUS PERKEMBANGAN STAFF 2026
SRA ZAHIDIAH

BENGKEL KOMPETENSI GURU CEMERLANG
IDEAS HOTEL, KUALA LUMPUR
25 JULAI 2026
SABTU

SLOT 1 : Memperkasa Etika Perguruan
Cik Azura binti Roslan & Puan Fitriah Hafilah binti Mohd Hassan
Penyelia KAFA Daerah Gombak

SLOT 2 : Murabbi Kompeten
Ustaz Mohd Fazli bin Royani
Penolong Pegawai Tadbir Daerah Kuala Selangor

SLOT 3 : Penulisan e-RPH & IHES
Ustaz Mohd Fazli bin Royani
Penolong Pegawai Tadbir Daerah Kuala Selangor

Semoga dengan penerangan yang mantap dan terperinci daripada penceramah jemputan ini dapat :
1. Memantapkan kefahaman tentang etika perguruan selaras Falsafah Pendidikan Guru
2. Memperkasa peranan guru sebagai Murabbi yang kompeten
3. Meningkatkan kemahiran penulisan eRPH dan iHES secara profesional

Diharapkan ilmu dan kemahiran yang dipelajari dapat diaplikasikan dalam PdP untuk melahirkan generasi yang berilmu dan berakhlak mulia. Insha Allah.

💖




PENYAMPAIAN HADIAH UJIAN PERTENGAHAN SESI AKADEMIK (UPSA) & SAGUHATI KAMIL ZON 2026Hari : JumaatTarikh : 24 Julai 2026Se...
25/07/2026

PENYAMPAIAN HADIAH UJIAN PERTENGAHAN SESI AKADEMIK (UPSA) & SAGUHATI KAMIL ZON 2026

Hari : Jumaat
Tarikh : 24 Julai 2026
Sesi : Pagi (Tahun 1, 2 & 3)

Semoga menjadi penyuntik semangat kepada semua murid lain untuk lebih berusaha dengan gigih untuk Ujian Akhir Sesi Akademik hujung tahun ini. Serta bercita² memberanikan diri untuk menyertai program KAMIL di tahun hadapan.

💖

PROGRAM MOTIVASI PSRA 2026"MENUJU MUMTAZ" HARI : SABTUTARIKH : 11 JULAI 2026MASA : 8:30 PAGI - 4:00 PETANGTEMPAT : DEWAN...
13/07/2026

PROGRAM MOTIVASI PSRA 2026
"MENUJU MUMTAZ"

HARI : SABTU

TARIKH : 11 JULAI 2026

MASA : 8:30 PAGI - 4:00 PETANG

TEMPAT : DEWAN ZAMRUD,SRAZ

PENCERAMAH : USTAZ JAMALUDDIN BIN MUSLEH
(SMG TRAINING AND MANAGEMENT SERVICES)

" USAHA HARI INI, KEJAYAAN MILIK KITA ESOK"

💖

Address

SRA Zahidiah
Kampong Sungai Buloh
47000

Telephone

+60361568227

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SRAZDiHati posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SRAZDiHati:

Shortcuts

Share

Category