SMK Taman Mutiara Rini 2

SMK Taman Mutiara Rini 2

Share

SMK Taman Mutiara Rini 2 | Johor Bahru Instagram Rasmi MR2JB
www.instagram.com/mr2jb

Channel Youtube Rasmi MR2JB
www.youtube.com/mr2jb

31/05/2026

Selamat Menyambut Hari Wesak

Semoga sambutan yang penuh kesyukuran ini terus menyemai nilai kasih sayang, kedamaian, keharmonian serta memperkukuh semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, agama dan budaya.

Ikhlas daripada seluruh warga MR2

30/05/2026

Selamat Menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai 2026.

'Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan'
'Gayu Guru Gerai Nyamai'

26/05/2026

PERTANDINGAN PEMBACA BERITA

Sempena musim cuti persekolahan dan juga pengisian Bulan Bahasa peringkat sekolah, semua pelajar SMK Taman Mutiara Rini 2 (tingkatan 3 hingga tingkatan 5) dijemput untuk menyertai pertandingan ini.

Tarikh akhir penyertaan pada : 7 Jun 2026

Pautan pendaftaran dan penghantaran video penyertaan :
https://forms.gle/ne5TofSvVn5ipoKJ9

Sila hubungi penyelaras pertandingan :
Cikgu Bavani

26/05/2026

🔥 PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO RASMI PIBG SMKTMR2 🔥

🎨✨ Ayuh serlahkan kreativiti anda dalam Pertandingan Mencipta Logo Rasmi PIBG SMK Taman Mutiara Rini 2!

Cipta sebuah logo yang mampu menjadi simbol identiti, perpaduan dan kebanggaan warga MR2.

🏆 Hadiah Menarik Menanti!
💰 Wang Tunai RM500
📜 Sijil Penghargaan
🌟 Nama pemenang akan diiktiraf sebagai pencipta logo rasmi PIBG SMKTMR2

📌 Penyertaan terbuka kepada semua guru, ibu bapa dan pelajar MR2.
📅 Tarikh tutup penyertaan: 12 JUN 2026 (JUMAAT)
⏰ Sebelum jam 12.00 malam

💡 Tunjukkan idea, kreativiti dan semangat anda demi membina identiti rasmi PIBG SMKTMR2!


26/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H

Semoga sambutan Aidiladha kali ini membawa keberkatan, kebahagiaan dan rahmat buat kita semua.

27 Mei 2026 | 10 Zulhijjah 1447H

Ikhlas daripada seluruh warga MR2

Photos from SMK Taman Mutiara Rini 2's post 24/05/2026

TAHNIAH & SYABAS!

Permata NILAM kebanggaan MR2 semakin bersinar, Muhammad Al Amin bin Mohd Fairuz (5ST) sekali lagi telah mengharumkan nama sekolah dalam Pertandingan Pembaca Bestari Peringkat Negeri Johor 2026. Beliau dinobatkan sebagai Johan Kategori Bahasa Melayu sekaligus akan mewakili negeri Johor ke peringkat Kebangsaan.

Setinggi-tinggi tahniah juga diucapkan kepada guru pembimbing Cikgu Sufiza binti Ishak dan Cikgu Nur Nabilah binti Mansor.

Teruskan mencapai kecemerlangan, MR2 Success!



MR2TV | Kejohanan Balapan Dan Padang Kali Ke-21 23/05/2026

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG KALI KE-21
SMK TAMAN MUTIARA RINI 2 2026

MR2TV | Kejohanan Balapan Dan Padang Kali Ke-21 Enjoy the videos and music you love, upload original content, and share it all with friends, family, and the world on YouTube.

Photos from SMK Taman Mutiara Rini 2's post 23/05/2026

🏆 KEJOHANAN BALAPAN & PADANG KALI KE-21 🏆
SMK Taman Mutiara Rini 2 | 2026

Kejohanan Balapan & Padang Kali Ke-21 SMK Taman Mutiara Rini 2 telah berlangsung dengan penuh meriah dan jayanya. Tahniah kepada seluruh warga MR2 atas semangat kesukanan, kerjasama dan komitmen yang ditunjukkan sepanjang kejohanan berlangsung. 💪🔥

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YB Datuk Haji Pandak Ahmad, ADUN Kota Iskandar atas kesudian merasmikan kejohanan, Dr Norman Sapar, YDP PIBG, wakil-wakil PIBG, semua guru dan AKP, wakil peserta jemputan, para penyumbang dan vendor serta semua warga MR2 yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan kejohanan kali ini.

Keputusan keseluruhan rumah sukan:
💜 Johan – Rumah Intan
💙 Naib Johan – Rumah Baiduri
💛 Tempat Ketiga – Rumah Kristal

Semoga semangat kesukanan, perpaduan dan daya saing positif terus subur dalam diri setiap warga MR2. Jumpa lagi di kejohanan akan datang!




Photos from SMK Taman Mutiara Rini 2's post 23/05/2026

TAHNIAH & SYABAS!

Sekalung tahniah diucapkan kepada Teoh Giap Ho (3DLP) pengiktirafan sebagai penerima Anugerah Khas Putera (Sukan Individu) pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Bakat Murid Peringkat Negeri Johor 2025 yang telah diadakan pada 21 Mei 2026 di SJKC Seg Hwa, Segamat.



Photos 23/05/2026
Want your school to be the top-listed School/college?

Telephone

Website

Opening Hours

Monday 07:15 - 18:45
Tuesday 07:15 - 18:45
Wednesday 07:15 - 18:45
Thursday 07:15 - 18:45
Sunday 07:15 - 18:45