Amazing Seed Teluk Panglima Garang - Tadika

Amazing Seed Teluk Panglima Garang - Tadika Iman before Knowledge

W-when kid
E-enter Amazing Seed
L-learning is fun and
C-cooperation is expected
O-our positive attitude
M-mutual understanding are part of
E-everything we do together

02/12/2025

Sesi tadabbur setiap pagi bersama teachers di Amazing Seed. Alhamdulillah, kami bermula dari Surah Al Baqarah dan hari ini di Surah Al'A'raf ayat 141 - 142.

Perkongsian bersama Teacher Miza... Bismillah

13/11/2025

Alhamdulillah, Movie Day bertemakan cerita *Kisah Puteri* telah berjaya dilaksanakan dengan penuh keceriaan dan pengisian yang bermanfaat.

kisah ini memberi peluang kepada khalifah untuk mendidik nilai murni , berakhlak mulia dan dapat mencontohi sifat sabar, taat kepada ibu bapa, berani berbuat baik, serta sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah.

Khalifah juga turut menyambut hari lahir Shiraz Noah 🎉 dan membuat aktiviti *Payung (Art & Craft Umbrella)* ☂️ . Dengan dalil “Dan Kami turunkan dari langit air (hujan) yang diberkati, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu pohon-pohon dan biji tanaman yang dituai.”(Surah Qaf, 50:9)

Dengan aktiviti ini, anak-anak diajar untuk bersyukur atas nikmat hujan, memahami keindahan ciptaan Allah, serta belajar memelihara alam sekitar sebagai tanda syukur.

Alhamdulillah Terima kasih juga pada IbuAyah yang berkongsi rezeki dengan makanan yang sedap-sedap sampai khalifah tak berhenti mengunyah 💖🥰





https://www.wasap.my/60196942581/KeluargaASM

https://www.wasap.my/60196942581/KeluargaASM

https://www.wasap.my/60196942581/KeluargaASM

🌟 FREE TRIAL CLASS – AMAZING SEED TELUK PANGLIMA GARANG 🌟Mommy & Daddy, best kan kalau anak dapat cuba kelas dulu sebelu...
09/10/2025

🌟 FREE TRIAL CLASS – AMAZING SEED TELUK PANGLIMA GARANG 🌟

Mommy & Daddy, best kan kalau anak dapat cuba kelas dulu sebelum daftar?

Di Amazing Seed Teluk Panglima Garang, trial class 3 hari ni penuh dengan aktiviti menarik:
🎨 Kreativiti & seni
📖 Belajar sambil bermain
💖 Doa & adab harian

Anak bukan saja gembira belajar, tapi Mommy & Daddy pun boleh lihat sendiri keserasian anak dengan suasana sekolah & guru-guru.

✨ Kenapa Amazing Seed lain daripada yang lain?
✅ Iman before knowledge – karakter & adab jadi asas
✅ Aktiviti yang membina generasi bersyukur & positif
✅ Komunikasi erat dengan ibu bapa
✅ Safe & Happy Environment – anak rasa tenang & seronok ke sekolah

🎁 FREE TRIAL CLASS 3 HARI untuk anak 4–6 tahun (Preschool)
🚫 Tiada yuran pendaftaran – memang percuma.
🌱 Peluang Mommy & Daddy tengok sendiri kesesuaian & keserasian anak dengan sekolah sebelum buat keputusan.

📍 Lokasi: Amazing Seed Teluk Panglima Garang
Tempat sangat TERHAD!
👉 Klik link sekarang & confirmkan seat anak anda hari ini juga!

Bismillah...Pernah tak ibu ayah alami momen, ketika anak pulang dari tadika, mereka buat sesuatu yang menyentuh hati dan...
05/10/2025

Bismillah...

Pernah tak ibu ayah alami momen, ketika anak pulang dari tadika, mereka buat sesuatu yang menyentuh hati dan perasaan ibu ayah?
Kadang-kadang perkara kecil yang mereka pelajari di tadika boleh jadi sangat besar buat kita. Ada anak balik rumah terus ucap “Assalamualaikum ibu, ayah”, ada yang tiba-tiba baca doa makan sebelum semua mula makan.
Itulah hasil bila anak-anak dibimbing dengan adab sebelum ilmu. Sedikit demi sedikit, akhlak mereka terbentuk dan kita as parent pun of course rasa bangga dan happy.
Allah SWT berfirman:
"Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua (ibu bapa) dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah: Wahai Tuhanku, kasihilah mereka sebagaimana mereka telah mendidikku semasa kecil." (Surah Al-Isra’, 17:24)
Didikan adab yang baik akan kembali kepada ibu ayah sebagai kasih sayang anak kepada kita. Kalau ibu ayah ada pengalaman macam tu, boleh share pengalaman dengan kami di ruangan komen. Kami pun teringin nak tahu.
Ayuh daftar anak anda bersama kami, kita mulakan asuhan adab dan akhlak mereka berkembang seiring dengan ilmu.
https://www.wasap.my/60196942581/KeluargaASM
https://www.wasap.my/60196942581/KeluargaASM
https://www.wasap.my/60196942581/KeluargaASM

Bismillah..DOA yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w.Dari Abdullah bin Amr r.a (usia 11tahun saat Rasulullah hijrah),Rasu...
30/09/2025

Bismillah..
DOA yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w.
Dari Abdullah bin Amr r.a (usia 11tahun saat Rasulullah hijrah),
Rasulullah s.a.w mengajarkan kami doa (ketika hendak tidur):
"Ya Allah yang Maha Menciptakan langit dan bumi, yang Mengetahui perkara ghaib mahupun yang kelihatan, Rabb segala sesuatu dan Pemiliknya. Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Engkau (Allah), aku berlindung kepadaMu dari keburukan diriku, kejelekan syaitan dan jerat-jerat syaitan dan aku berlindung kepadaMu dari aju membuat keburukan atau membawa keburukan itu kepada seorang muslim"
[H.R Ahmad]
Di Amazing Seed, kita akan sama-sama mengingatkan supaya sentiasa berdoa kepada Allah. Allah s**a khalifah yang selalu berdoa. Kita rasa yakin Allah ada dalam setiap tingkahlaku dan pemikiran kita.
Berminatkah anda menyertai keluarga besar kami dalam menyemai iman sebelum ilmu?
https://www.wasap.my/60196942581/KeluargaASM
https://www.wasap.my/60196942581/KeluargaASM
https://www.wasap.my/60196942581/KeluargaASM





30/09/2025

Bismillah.
Aktiviti ni nampak simple, tapi sebenarnya penuh dengan ilmu dan perkembangan yang sedang berlaku dalam diri si kecil.
Aktiviti mengoyakkan kertas yang direndam dapat membantu anak-anak:
-Merangsang motor kasar & halus
-Mengasah fokus & koordinasi mata-tangan
-Mengembangkan kreativiti & imaginasi
-Meningkatkan kemahiran sosial bila bermain bersama rakan
Daripada hasil kertas basah yang dikoyak kecil-kecil, anak membuat kertas dan mereka sangat gembira melihat sesuatu yang indah dapat dihasilkan dengan usaha.

Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Furqan ayat 48-49:
“Dan Dialah yang meniupkan angin sebagai pembawa khabar gembira sebelum kedatangan rahmat-Nya (hujan), dan Kami turunkan dari langit air yang suci, supaya Kami hidupkan dengan air itu negeri yang mati dan Kami beri minum kepada apa yang telah Kami ciptakan haiwan ternak dan manusia yang ramai.”

Ayat ini mengingatkan kita bahawa setiap titisan, setiap hembusan angin, adalah tanda rahmat Allah. Dengan bantuan air, Allah izinkan kita untuk menghasilkan kertas. Darinya, anak belajar mengenal kasih sayang dan kekuasaan Pencipta.

InsyaAllah di Amazing Seed, kami berusaha untuk mendidik anak-anak dengan memandang Apa Allah Kata. Buat ibu ayah yang ingin sertai keluarga besar kami, boleh hubungi kami di
https://www.wasap.my/60196942581/KeluargaASM
https://www.wasap.my/60196942581/KeluargaASM
https://www.wasap.my/60196942581/KeluargaASM







Bismillah..“Teacher, kenapa Allah jadikan buah ada yang manis, ada yang masam?”Itu soalan polos seorang anak ketika kami...
27/09/2025

Bismillah..
“Teacher, kenapa Allah jadikan buah ada yang manis, ada yang masam?”
Itu soalan polos seorang anak ketika kami belajar tentang buah-buahan minggu lalu.
Kebanyakan anak-anak s**a makan buah… tapi jarang sekali mereka faham hikmah di sebalik kejadian buah.
Tanpa panduan, anak hanya kenal buah sekadar rasa manis atau warna cantik. Padahal, Al-Quran sendiri banyak kali menyebut tentang buah sebagai tanda kebesaran Allah.

Ketika anak melihat pisang yang lembut, kami kaitkan dengan ayat dalam Surah Al-Waqi‘ah ayat 29–32 tentang “buah-buahan yang tersusun rapi dan mudah dipetik”.

Ketika anak memegang limau masam, kami ajarkan bahawa tidak semua yang masam itu buruk, kerana Allah ciptakan kepelbagaian untuk melatih kita bersyukur dalam setiap rasa kehidupan. Kami bawakan sirah Rasulullah mendapat pemberian limau masam dari Wanita yahudi.

Di sinilah anak belajar bahawa buah bukan sekadar makanan, tetapi ayat-ayat hidup yang mengingatkan mereka kepada Allah.
Kalau ibu bapa mahu anak membesar dengan ilmu yang menyentuh hati & membina akhlak melalui pembelajaran kreatif berteraskan Al-Quran dan Hadis.

InsyaAllah di Amazing Seed, kami berusaha untuk mendidik anak-anak dengan memandang Apa Allah Kata. Buat ibu ayah yang ingin sertai keluarga besar kami, boleh hubungi kami di
https://www.wasap.my/60196942581/KeluargaASM
https://www.wasap.my/60196942581/KeluargaASM
https://www.wasap.my/60196942581/KeluargaASM

Bismillah, ERTI SEBATANG PENA!Tahukah ibu ayah, Allah sendiri memulakan surah ‘Nun dengan ayat "Demi pena dan apa yang m...
26/09/2025

Bismillah,
ERTI SEBATANG PENA!
Tahukah ibu ayah, Allah sendiri memulakan surah ‘Nun dengan ayat "Demi pena dan apa yang mereka tuliskan’?
Seawal usia dini, anak-anak sudah mula mnegenal huruf, menulis dan mewarna.Ia bukan sekadar melatih motor skill anak malah ia melatih mereka gemar dalam menggali ilmu.

Allah berfirman:
“Nun. Demi pena dan apa yang mereka tuliskan.”
(Al-Qalam: 1)
Ayat tadabbur dalam surah ini mengajar kita bahawa betapa mulianya perbuatan menulis. Bagi anak-anak kecil, setiap goresan huruf dan warna adalah permulaan perjalanan mereka menuju cinta ilmu.

Ayuh daftar anak anda bersama kami, kita mulakan asuhan adab dan akhlak mereka berkembang seiring dengan ilmu.
https://www.wasap.my/60196942581/KeluargaASM
https://www.wasap.my/60196942581/KeluargaASM
https://www.wasap.my/60196942581/KeluargaASM

Bismillah… LINDUNGI ANAK KITA SEBELUM TERLAMBAT!   Dunia hari ini penuh dengan teknologi. Kita tak mampu elak… tapi kita...
26/09/2025

Bismillah…
LINDUNGI ANAK KITA SEBELUM TERLAMBAT!
Dunia hari ini penuh dengan teknologi. Kita tak mampu elak… tapi kita mampu melindungi diri & keluarga daripada terpengaruh dengan budaya yang jauh daripada pandangan sudut agama kita sebagai orang islam.
Ramai ibuayah risau anak-anak terpengaruh dengan gajet, rosak akhlak, hilang aqidah. Tapi… Allah ingatkan dalam Surah At-Tahrim, perubahan itu bermula dari DIRI KITA SENDIRI.

Allah berfirman:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا
“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka…”
(Surah At-Tahrim, 66:6)

Perkasakan iman anak-anak melalui asuhan dan didikan agama yang betul, serta jadilah teladan yang baik untuk anak-anak contohi.

Di Tadika & Taska Amazing Seed, kami percaya pendidikan anak mesti bermula dengan IMAN sebelum ILMU.Berikan mereka ilmu tentang akhlak, aqidah & kasih sayang, bukan hanya kecerdikan duniawi.

InsyaAllah di Amazing Seed, kami berusaha untuk bersama membina generasi soleh & solehah. Buat ibu ayah yang ingin sertai keluarga besar kami, boleh hubungi kami di
https://www.wasap.my/60196942581/KeluargaASM
https://www.wasap.my/60196942581/KeluargaASM
https://www.wasap.my/60196942581/KeluargaASM

Bismillah,Pernah tak bila anak tengah merajuk, kita cuba pujuk dengan kata-kata… tapi tak jalan? Tiba-tiba bila kita pel...
26/09/2025

Bismillah,
Pernah tak bila anak tengah merajuk, kita cuba pujuk dengan kata-kata… tapi tak jalan? Tiba-tiba bila kita peluk, dia terus diam.
Itulah keajaiban pelukan seorang ibu atau ayah.
Bukan sekadar sentuhan, tapi terapi jiwa.
Satu pelukan memberi seribu makna pada seorang anak.

Didalam surah Surah Maryam, ayat 96 Allah berfirman
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Allah Yang Maha Pemurah akan menanamkan dalam hati mereka rasa kasih sayang.”

Pelukan adalah tanda kasih sayang yang Allah tanam dalam hati ibu bapa dan anak. Ia bukan sekadar rasa, tapi nikmat dari Allah untuk mengikat hati.
Antara kelebihan memberi pelukan pada anak ialah
Redakan tantrum dan stres anak
Tenangkan hati mereka sebelum tidur
Buat anak rasa disayangi & selamat
Eratkan lagi ikatan emosi keluarga
Kadang kita rasa kecil… tapi bagi anak, pelukan itu dunia mereka. Hari ini, cuba kira… berapa kali kita peluk anak?

InsyaAllah di Amazing Seed, kami berusaha untuk mendidik anak-anak dengan memandang Apa Allah Kata. Buat ibu ayah yang ingin sertai keluarga besar kami, boleh hubungi kami di
https://www.wasap.my/60196942581/KeluargaASM
https://www.wasap.my/60196942581/KeluargaASM
https://www.wasap.my/60196942581/KeluargaASM

18/09/2025

Aktiviti program cuti sekolah hari yang ke 2 ✈️🚁

“Dan tidaklah kamu melihat burung-burung di atas mereka, mengembangkan sayapnya dan mengatupkannya? Tidak ada yang menahannya melainkan Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Dia terhadap segala sesuatu Maha Melihat.”
— Surah Al-Mulk 67:19

“bila kita lihat burung terbang tinggi di langit, itu tanda kebesaran Allah. Dari situlah manusia dapat idea buat kapal terbang. Allah sudah sebut dalam Al-Quran, Dia ciptakan banyak kenderaan termasuk yang kita belum tahu , Jadi kapal terbang juga nikmat Allah untuk mudahkan manusia berjalan jauh. Kalau burung boleh terbang kerana izin Allah, kita juga boleh cipta perkara hebat dengan izin Allah.”

Address

10-1, Jalan Amal 11, Taman Halijahton
Telok Panglima Garang
42500

Opening Hours

Monday 08:00 - 18:30
Tuesday 08:00 - 18:30
Wednesday 08:00 - 18:30
Thursday 08:00 - 18:30
Friday 08:00 - 18:30

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Amazing Seed Teluk Panglima Garang - Tadika posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Amazing Seed Teluk Panglima Garang - Tadika:

Shortcuts

Share

Category