Pusat Tahfiz Al Quran Baitul Rahmah

Pusat Tahfiz Al Quran Baitul Rahmah Sebuah Pusat Pengajian yang berlandaskan Al Quran dan As Sunnah
Pengajian Tahfiz dan Alim
Tauhid, Fiqah, Al Tafsir, Tasawwuf, Bahasa Arab

Penubuhan Pusat Tahfiz Al-quran Baitul Rahmah yang bertempat di Kg Nyatoh, Setiu, Terengganu merupakan pusat pendidikan tahfiz dan alim berasaskan Manhaj Ba'alawi. Mahligai ini diasaskan oleh al-Marhum Tuan Guru Haji Mohd Azhar dan diteruskan legasinya oleh putera Beliau, Ustaz Ahmad Syifaa' Syatiri sehingga sekarang. Ia merupakan pendidikan peringkat awal anak-anak berasaskan Al Quran dan Assunna

h sebelum meneruskan pengajian yang lebih tinggi lagi di Bumi Tareem, Hadramaut, Yaman. Sebarang pertanyaan/aduan bolehlah merujuk seperti berikut:
1)0136452428 Ustaz Syifaa' Syatiri (Mudir PTABR)
2)0199993569 Encik Arman (Kemasukan Pelajar)

24/08/2026
📢 MAKLUMANMAJLIS TAHLIL & KHATAM AL-QURANPUSAT TAHFIZ AL-QURAN BAITUL RAHMAHDimaklumkan bahawa Pusat Tahfiz Al-Quran Bai...
19/08/2026

📢 MAKLUMAN

MAJLIS TAHLIL & KHATAM AL-QURAN
PUSAT TAHFIZ AL-QURAN BAITUL RAHMAH

Dimaklumkan bahawa Pusat Tahfiz Al-Quran Baitul Rahmah akan mengadakan Majlis Tahlil & Khatam Al-Quran seperti ketetapan berikut:

📅 Selasa, 1 September 2026
📍 Dataran Muhammad Awang Teh, Pusat Tahfiz Al-Quran Baitul Rahmah
🕰️ Ba’da Subuh (selepas solat Subuh)

Bagi pihak keluarga atau individu yang ingin mendaftarkan nama arwah untuk disertakan dalam bacaan tahlil dan doa, bolehlah menghubungi pihak kami melalui nombor yang tertera:

📞 013-645 2428 (Mudir)
📞 011-1015 6223 (Pejabat)

Semoga Allah SWT mencurahkan rahmat dan keampunan-Nya kepada seluruh arwah yang telah didaftarkan serta menerima segala amal ibadah yang dilaksanakan.

Pusat Tahfiz Al-Quran Baitul Rahmah
Cimb
8602388788

13/08/2026

Maulid pada malam ini diserikan lagi dengan tausiah daripada Ustaz Syifaa' Syatiri bersempena dengan kehadiran bulan kelahiran insan yang mulia , Rasulullah SAW . Tausiah lebih kepada nasihat kepada para pelajar dan semua agar memperbanyakkan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi SAW bagi menambahkan lagi rasa cinta kepada Rasulullah SAW .

Semoga dengan kehadiran Bulan Rabiul Awal ini , diturunkan limpahan rahmat Allah dan berkat Nabi SAW serta kekuatan untuk terus berselawat kepada Saidina Rasul SAW kerana itu sahaja pintu untuk kita menggapai kasih Allah.

اللهم صل وسلم على سيدنا محمد مفتاح باب رحمة الله عدد ما في علم الله صلاة و سلاما دائمين بدوام ملك اللّٰه و على آله وصحبه ، عدد كل ذرة الف مرة..

Bagi sumbangan untuk pembangunan PTABR:

8602388788
CIMB BAITUL RAHMAH

Barakallahufeekum 🌹

Alhamdulillah, pada pagi 3 Ogos 2026 bersamaan 19 safar 1448Hijriah telah berjaya 2 permata PTABR iaitu Muhammad Adam Az...
03/08/2026

Alhamdulillah, pada pagi 3 Ogos 2026 bersamaan 19 safar 1448Hijriah telah berjaya 2 permata PTABR iaitu Muhammad Adam Azrul dan Wan Isma Danial ke bumi Tareem, Hadramaut, Yaman.

Mereka berdua adalah pelajar yang ke-5 dan yang ke-6 berjaya melanjutkan pelajaran ke sana. Lebih istimewa trip kali ini diketuai oleh Ustaz Ahmad Dhiyaa' Syatiri yang juga berlepas ke sana bagi melanjutkan pelajaran tahun ke 3 disana.

Suasana hiba bercampur gembira menyelubungi KLIA kali ini. Lebih indah Mudir PTABR turut hadir bersama bagi mengiringi pelajar kali ini. Terima kasih kami ucapkan kepada para penyumbang yang memberikan sumbangan buat anak-anak melanjutkan pelajaran ke Bumi Barakah Tareem, Hadramaut kali ini. Semoga Allah melipatkaligandakan pahala buat kalian dan meluaskan rezeki kita bersama berkat Baginda Nabi SAW.

Berkata al-Imam Assyafie Rahimahulloh:

“Dan sesiapa yang tidak memanfaatkan masa mudanya untuk menuntut ilmu, maka bertakbirlah empat kali sebagai tanda kematiannya.

Bagi sumbangan PTABR:
CIMB BAITUL RAHMAH
8602388788

⭐ Taujihad Dan Pesanan Terakhir ⭐Malam ini adalah malam terakhir Dhiyaa' bersama anak² pelajar setelah sebulan pulang da...
31/07/2026

⭐ Taujihad Dan Pesanan Terakhir ⭐

Malam ini adalah malam terakhir Dhiyaa' bersama anak² pelajar setelah sebulan pulang daripada Tareem dan mengambil kesempatan untuk menjadi tenaga pengajar bagi berkongsi ilmu dan juga mengisi masa kosong sebelum berangkat pulang ke Tareem ...

Baki beberapa hari lagi , pada hari Isnin tanggal 3 Ogos , In Shaa Allah akan bermula keberangkatan ke Kota Tareem bagi 3 orang pelajar Pusat Tahfiz Al-Quran Baitul Rahmah bersama 2 orang lagi yang akan juga menyertai Pembelajaran di Markaz Lisaanul Umm , Tareem , Hadhramaut , Yaman yang berada dibawah bimbingan Al Habib Umar bin Muhammad bin Hafiz yang sekarang ini dipegang oleh anakanda Habib sendiri iaitu Mudir Markaz Lisaanul Umm , Al Habib Salim bin Umar bin Muhammad bin Hafiz ...

Sama² kita doakan semoga Allah permudahkan segala urusan pembelajaran mereka di sana dan moga² mereka kembali ke tanah air menjadi alim dan menyebarkan dakwah kepada masyarakat ...

Bagi sumbangan untuk pembangunan PTABR:

8602388788
CIMB BAITUL RAHMAH

Barakallahufeekum 🌹

30/07/2026

🌱 30 Julai 2026 / 15 Safar 1448H 🌱

Hari ini para pelajar dan asatizah telah menyertai Program Penanaman Pokok Gelam anjuran sebuah perbadanan NGO iaitu WWF MALAYSIA ( WORLD WIDE FUND ) di bawah kawasan penerokaan Setiu Wetland bertempat di Kampung Saujana .

Disertakan juga daripada pihak WWF iaitu Encik Faiz untuk bagi penerangan kepada pelajar dan asatizah tentang kepentingan pokok gelam dan khasiat yang diperolehi oleh pokok gelam antaranya :

• Pokok Gelam boleh mengurangkan kadar ketinggian air banjir kerana batangnya mudah menyerap air .
• Daun pokok gelam boleh juga dijadikan ubat ataupun minyak dengan dihasilkan oleh pakarnya

Kami ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak WWF-MALAYSIA dan Setiu Wetland di atas tawaran bagi menyertai program ini , Semoga Allah permudahkan segala urusan pihak anda dengan asbab kebaikan menjaga alam sekitar yang diserlahkan...

Bagi sumbangan untuk pembangunan PTABR:

8602388788
CIMB BAITUL RAHMAH

Barakallahufeekum 🌹

Alhamdulillah , malam hujung minggu ini diserikan lagi dengan Kuliah Maghrib Bulanan yang disampaikan oleh Ustaz Sajjad ...
24/07/2026

Alhamdulillah , malam hujung minggu ini diserikan lagi dengan Kuliah Maghrib Bulanan yang disampaikan oleh Ustaz Sajjad Ad Dailamy dengan pengajian Kitab Khulasah Nurul Yaqin yang mengisahkan tentang Sirah Nabawiyyah Nabi Muhammad SAW ..

Pada kali ini , pengajian Kitab ini masih lagi berada dalam fasal di mana ia menceritakan tentang kisah peperangan yang disertai oleh nabi dan para sahabat ..

Semoga Allah membukakan lebih lagi futuhat ilmu dan kecerahan hati dalam menghafal Al-Quran ..

Bagi sumbangan untuk pembangunan PTABR:

8602388788
CIMB BAITUL RAHMAH

Barakallahufeekum 🌹

Address

KAMPUNG NYATOH
Kampong Permaisuri
22100

Telephone

+60136452428

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Tahfiz Al Quran Baitul Rahmah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category