Akademi Cahaya Ilmu Chini

  • Home
  • Akademi Cahaya Ilmu Chini

Akademi Cahaya Ilmu Chini Selamat datang! Cekgu kongsikan tentang perkembangan anak-anak murid kelas Cekgu. Jemput skrol! Terus melangkah mencipta kejayaan! Insya-Allah..aamiin

Berani Menjadi Aku..Aku yang menurut perintah-Mu.

Masya-Allah! Tabarakallah! Alhamdulillah, selesai kelas petang semalam. Seronok tengok anak-anak belajar dengan gembira....
31/03/2026

Masya-Allah! Tabarakallah!
Alhamdulillah, selesai kelas petang semalam.

Seronok tengok anak-anak belajar dengan gembira. Riuh kelas walaupun mereka berdua saja. Hihi.

Medina fokus pembelajaran buku 4 Ekspres-i Bahasa Melayu. Manakala, Eizkiel p**a praktis latih membaca suku kata juga perkataan.

Teruskan usaha anak-anak ya!
Insya-Allah! 🥰💞



-i

29/03/2026

Halwa telinga di petang hari. 💞

Jom kita dengar Nawra p**a baca petikan!

Go Nawra! 🥰💪

cc Cekgu Nurul Ideris



-i

Tak seharusnya kita biarkan diri kita terperuk begitu saja. Setiap orang pasti diuji dengan cabaran yang pelbagai.Cuma, ...
31/10/2023

Tak seharusnya kita biarkan diri kita terperuk begitu saja. Setiap orang pasti diuji dengan cabaran yang pelbagai.

Cuma, adakala cabaran itu tidaklah terlalu besar. Tetapi kita yang terlalu fokus memikirkannya berterusan.

Berdepan kesulitan yang menekan. Pertama sekali, sabarlah dan bantu hati untuk terima cabaran itu.

Kedua, kembali pasakkan keteguhan dan keyakinan kepada Allah SWT. Yakinlah bahawa Allah pasti berikan jalan penyelesaiannya. Insya-Allah!

Nikmatilah hidupmu. Dan tetaplah semangat dalam menempuh hari-hari yang baru!

Insya-Allah!
Ayuh semangat!


Kita tak pernah tahu, hari apa yang kita akan tempuhi cabaran yang hebat. Yang terkadang buat kita rasa begitu lemah dan...
21/09/2023

Kita tak pernah tahu, hari apa yang kita akan tempuhi cabaran yang hebat. Yang terkadang buat kita rasa begitu lemah dan longlai.

Tapi, bila terbaca kata-kata begini , "bersyukurlah di atas kesakitan. Sungguh, ia mendekatkan dirimu dengan Tuhan. Menerusinya kau belajar erti pergantungan!"

Sungguh! Ia benar-benar seperti ubat. Tugasnya merawat luka yang sedang terbuka dan sarat.

Pedih? Ya!
Tapi, kemudian kita tetap bersetuju. Memang ada benarnya dibalik kata-kata itu. Tanpa kesakitan kita mungkin tak akan belajar sesuatu.

Kita mudah leka dan cepat selesa. Padahal azamnya nak perjuangkan syurga! Namun, tanpa sedar. Kita tak serius dan fokus.

Inilah antara manfaatnya bila poster kata-kata begini ditampal di sekitar yang mudah kita pandang.

Boleh jadi di bilik peribadi, ruang bacaan, surau kecil di rumah, di sekitar meja kerja. Tak banyak pun tak apa. Yang penting, kata-kata yang strong tu ada!

Jika semangat menurun, kita baca ibarat booster semula! Jika terpukul sedih, kita jadi mudah redha dan terpujuk juga. Jika terasa jalan kita kelam, kita boleh tersenyum semua.

Harapan masih ada selagi bernyawa!
Insya-Allah!

Nampak? Betapa pentingnya kata-kata pendorong ini ada di sekeliling kita. Sebab ada ketikanya, sahabat baik kita tak dapat wujud di depan mata untuk bantu support kita. Dikala kita perlukan dia.

Jadi, pilih saja yang mana s**a. Saranan Cekgu, pilih kata-kata yang kuat mengena pada jiwa. Sebab, insya-Allah! Ia seakan penawar yang Allah hantar untuk redakan sakit yang kita rasa.

Klik sini untuk dapatkannya.
https://bondanor.onpay.my/order/form/DBN/NurulIderis


Masya-Allah! Tabarakallah! Alhamdulillah ... selesai kelas tim pertama pagi ni.Qhayra berbaki 1 lagi cerita panjang dala...
17/09/2023

Masya-Allah! Tabarakallah! Alhamdulillah ... selesai kelas tim pertama pagi ni.

Qhayra berbaki 1 lagi cerita panjang dalam buku 4. Kemudian, dia akan mengikuti sesi pemantapan akhir sebelum tamat belajar.

Manakala, Umairah sedang menyelesaikan helaian-helaian sebelum masuk ke bahagian cerita panjang buku 4. Tampak dia semakin laju. Nak kejar Qhayra ke cemana ya? Hehe.

Laju saja dia menulis selepas membaca petikan pendek. Cekgu tengokkan saja! 😍

Gitulah murid-murid kesayangan Cekgu. Bila dah makin mahir, dia mula nak laju membaca. Masya-Allah!

Tak lama lagi mereka akan tamat. Ada yang nak ganti tim mereka? Meh wasap Cekgu!

KEMASUKAN SEGERA! Insya-Allah.

Cekgu tak janji, hari ni belajar terus pandai. Insya-Allah, dengan Teknik Mudah Membaca Ekspres-i yang diasaskan oleh Bonda Nor . Belajar membaca lebih mudah daripada biasa! Masya-Allah!

Insya-Allah!
7 HARI JER DAH BOLEH BACA!

Mehlah wasap deras!

https://www.wasap.my/601137527497/nakjoinsekarang


-icahayailmu

Allah mengajar kita supaya selalu optimis.  Tetap bersyukur dengan apa yang sudah diberi atau terhalang daripada meraihn...
17/09/2023

Allah mengajar kita supaya selalu optimis. Tetap bersyukur dengan apa yang sudah diberi atau terhalang daripada meraihnya.

Tak perlu kita begitu membanding-banding. Semuanya ada hikmah berlaku. Insya-Allah! Banyaklah melihat ke dalam diri.

Takut-takut, kita terlalu menuntut sedangkan apa yang sudah diberi itu melebihi namun tidak kita hargai.

Nauzubillahi min zalik!


Address


Opening Hours

Monday 14:00 - 17:15
Tuesday 14:00 - 17:15
Wednesday 14:00 - 17:15
Thursday 14:00 - 17:15
Friday 14:00 - 17:15
Saturday 08:30 - 17:15
Sunday 08:30 - 17:15

Telephone

+601137527497

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Akademi Cahaya Ilmu Chini posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Akademi Cahaya Ilmu Chini:

Shortcuts

  • Want your school to be the top-listed School/college?

Share