Maahad Tahfiz Al Quran Al Qasimi

Maahad Tahfiz Al Quran Al Qasimi Pusat Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah
(1)

16/03/2026

Ramadan hampir berakhir… peluang mengumpul amal jariah besar juga semakin singkat.

Ketika ini kerja asas pembinaan asrama sedang dimulakan. Kami membuka peluang kepada para dermawan di seluruh Malaysia untuk menjadi penyumbang utama dalam pembinaan asrama bagi para pelajar tahfiz.

Moga setiap sumbangan menjadi saham akhirat yang berterusan.

πŸ‘‰ Klik link untuk menyumbang sekarang.

https://sumbangan.com/asramaalqasimi
https://sumbangan.com/asramaalqasimi https://sumbangan.com/asramaalqasimi

05/03/2026
Assalamualaikum. Tuan/puan yang dirahmati Allah. Kami sedang berusaha membina Asrama 2 Tingkat Maahad Tahfiz Al-Quran Al...
05/03/2026

Assalamualaikum. Tuan/puan yang dirahmati Allah.

Kami sedang berusaha membina Asrama 2 Tingkat Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Qasimi bagi keselesaan para huffaz.

Sasaran dana: RM250,000
Wakaf serendah RM50 satu lot.

Mudah-mudahan setiap ringgit yang disumbangkan menjadi pahala berterusan (wakaf jariah) di sisi Allah.

Sila tekan link dibawah untuk menyumbang.
https://sumbangan.com/asramaalqasimi

Suasana iftar dan majlis tahlil hari ke-2 ramadan 1447H
21/02/2026

Suasana iftar dan majlis tahlil hari ke-2 ramadan 1447H

Suasana Iftar 1 Ramadan 1447HAlhamdulillah. Setinggi tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada penaja. Semoga Al...
20/02/2026

Suasana Iftar 1 Ramadan 1447H

Alhamdulillah. Setinggi tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada penaja. Semoga Allah terima dan mengurniakan ganjarannya.

22/12/2025

Hari ni imtihan hari ke - 2

Semoga mereka dipermudahkan

27/11/2025

Zaman kanak-kanak adalah penentu kepada siapa anak kita pada masa depan.

Dalam keadaan dunia sekarang, mendidik anak menjadi semakin mencabar. Kita lihat, seawal usia 3 tahun, ramai kanak-kanak diberikan kebebasan menggunakan gajet tanpa kawalan.

Persoalannya, bagaimana keadaan mereka apabila meningkat ke umur 13 tahun nanti?

Sebenarnya, anak yang sanggup meninggalkan gajet mempunyai satu kelebihan yang besar. Banyak masa berkualiti boleh dialihkan kepada aktiviti yang membina sahsiah, ilmu dan kemahiran hidup.

Salah satu jalan paling praktikal hari ini ialah dengan menghantar anak ke maahad tahfiz yang berdisiplin tinggi.

Awalnya mungkin kekok, tapi lama-kelamaan mereka akan terbiasa hidup tanpa gajet kerana masa mereka terisi dengan hafazan, pembelajaran, ibadah dan suasana yang positif.

Didik mereka pada usia yang masih lembut, insyaAllah masa depan mereka lebih terarah dan terpelihara.

πŸ“£ PENGAMBILAN PELAJAR BARU SESI 2026 DIBUKA!Maahad Tahfiz Al Quran Al Qasimi, Machang. Alhamdulillah, Maahad Tahfiz Al Q...
25/11/2025

πŸ“£ PENGAMBILAN PELAJAR BARU SESI 2026 DIBUKA!

Maahad Tahfiz Al Quran Al Qasimi, Machang.

Alhamdulillah, Maahad Tahfiz Al Qasimi kini membuka pengambilan pelajar baharu bagi sesi 2026.
Kami menjemput anak-anak yang berminat mendalami Al-Quran dan ilmu agama untuk menyertai keluarga besar kami.

🎯 Misi kami:
Membentuk generasi huffaz yang beradab, berdisiplin dan cinta kepada Kalamullah.

βœ… Syarat Kelayakan

β€’ Berumur 12 – 17 tahun
β€’ Mempunyai minat mendalami ilmu agama
β€’ Sihat tubuh badan
β€’ Boleh mematuhi peraturan
β€’ Lulus temuduga

πŸ“˜ Bidang Pengajian

β€’ Tahfiz Al-Quran sepenuh masa
β€’ Fardhu Ain & pengukuhan asas agama

πŸ’° Yuran Pengajian

βœ”οΈ RM250 sebulan

πŸ“ DAFTAR SEKARANG

Klik pautan di bawah untuk pendaftaran pelajar:

πŸ”— https://forms.gle/RoWmSRxq44ZJYnoU6

Atau imbas QR code pada poster.

πŸ“ž Hubungi Kami

013-6365951
017-448 4998

Lokasi kami
https://maps.app.goo.gl/Z1ihtbehXvSHZyku5?g_st=ipc

PROGRAM PROSTAR 2.0 & REMAJA SIHAT β€” KERJASAMA BERSAMA KKM MACHANGAlhamdulillah, hari ini berlangsung Program Prostar 2....
20/11/2025

PROGRAM PROSTAR 2.0 & REMAJA SIHAT β€” KERJASAMA BERSAMA KKM MACHANG

Alhamdulillah, hari ini berlangsung Program Prostar 2.0 dan Remaja Sihat bersama pihak KKM Machang dengan penyertaan para pelajar di bawah kelolaan kami dan Maahad Tahfiz Nuruddin Belukar. Program ini sarat dengan ilmu dan pengisian yang sangat bermanfaat kepada generasi remaja.

Sepanjang program, para pelajar telah didedahkan dengan pelbagai pengetahuan penting seperti:
β€’ Memahami perbezaan jantina dengan betul
β€’ Isu akil baligh dan remaja hamil
β€’ Sentuhan selamat & sempadan perhubungan
β€’ Bahaya HIV & jangkitan STI
β€’ Kesan buruk pornografi
β€’ Penyakit berjangkit serta langkah pencegahan
β€’ Kepentingan kebersihan diri

Terima kasih kepada KKM Machang dan semua Fasilitator yang memberi komitmen penuh sepanjang program ini dijalankan.

Semoga usaha seperti ini terus memperkasa kesedaran kesihatan dalam kalangan remaja dan melahirkan generasi yang berilmu, sihat dan berakhlak.

Kursus Asas Gunting Rambut anjuran Pejabat Belia & Sukan
19/06/2025

Kursus Asas Gunting Rambut anjuran Pejabat Belia & Sukan

Alhamdulillah, bersempena sumbangan kambing untuk akikah, kami ambil kesempatan untuk jamu dan beramah mesra bersama jem...
14/06/2025

Alhamdulillah, bersempena sumbangan kambing untuk akikah, kami ambil kesempatan untuk jamu dan beramah mesra bersama jemaah Mukim Pangkal Meleret & Mukim Limau Hantu.

Terima kasih semua yang hadir, semoga ukhuwah terus erat! πŸπŸ€πŸ›

13/06/2025

Rayuan Sumbangan Dana Pembinaan Asrama Maahad Tahfiz Al Qasimi Machang Kelantan
"Sedekah itu tidak akan mengurangi harta. Tidak ada orang yang memberi maaf kepada orang lain melainkan Allah akan menambah kemuliaannya, dan tidak ada orang yang merendahkan diri kerana Allah melainkan Allah akan mengangkat darjatnya." (Riwayat Muslim no 4689)
Alamat : Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Qasimi.
Lot 3480, Kg Tandak 18500 Machang Kelantan

Address

Kampong Machang
18500

Telephone

+60136365951

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Maahad Tahfiz Al Quran Al Qasimi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category