Sekolah Menengah Datuk Muhammad Yusof , Linggi PD

Sekolah Menengah  Datuk Muhammad Yusof , Linggi PD BERSAMA K.I.T.A CEMERLANG

07/08/2026
πŸš€ 23 Julai 2026 | Hari Eksplorasi STEMTerima kasih UniMAP & Mechacode Robotic atas perkongsian ilmu dan pengalaman yang ...
25/07/2026

πŸš€ 23 Julai 2026 | Hari Eksplorasi STEM

Terima kasih UniMAP & Mechacode Robotic atas perkongsian ilmu dan pengalaman yang bermakna buat warga SMK Datuk Muhammad Yusof.

Penghargaan juga kepada semua guru yang telah menjayakan program ini. Semoga terus menyemarakkan minat pelajar dalam bidang STEM. πŸ€–πŸ“š

KARNIVAL KAWAD KAKI GENERASI MADANIPasukan Badan Beruniform Peringkat Negeri SembilanπŸ“… 8 Julai 2026 (Rabu)Alhamdulillah,...
09/07/2026

KARNIVAL KAWAD KAKI GENERASI MADANI
Pasukan Badan Beruniform Peringkat Negeri Sembilan
πŸ“… 8 Julai 2026 (Rabu)

Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada pasukan Pengakap SMK Datuk Muhammad Yusof yang telah menyertai Karnival Kawad Kaki Generasi Madani Pasukan Badan Beruniform Peringkat Negeri Sembilan 2026.
Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua guru pengiring dan guru-guru yang terlibat atas komitmen, pengorbanan masa serta sokongan yang tidak berbelah bahagi dalam memastikan persiapan pasukan berjalan lancar.
Penghargaan khas turut dirakamkan kepada tenaga pengajar kawad: SARJEN MUHAMAD HAIRUDIN BIN MD RAWI 🫑 dan KOPERAL MUHAMAD QAMARUL AZAM BIN SHAHRIR 🫑
Terima kasih atas segala tunjuk ajar, disiplin dan bimbingan yang telah diberikan kepada pasukan Pengakap sepanjang latihan sehingga ke pertandingan.
Semoga usaha dan pengalaman ini menjadi pemangkin untuk terus melahirkan generasi yang berdisiplin, berdaya saing dan bersemangat patriotik.

πŸ“š MAJLIS PERASMIAN & PENUTUPAN BULAN BAHASA 2026 πŸ“šBahasa bukan sekadar medium komunikasi, malah menjadi jambatan yang me...
29/06/2026

πŸ“š MAJLIS PERASMIAN & PENUTUPAN BULAN BAHASA 2026 πŸ“š

Bahasa bukan sekadar medium komunikasi, malah menjadi jambatan yang menyatukan masyarakat serta mencerminkan identiti dan budaya.

Majlis Perasmian & Penutupan Bulan Bahasa 2026 telah berlangsung dengan penuh meriah dan jayanya. Tahniah serta syabas diucapkan kepada semua peserta, guru-guru, jawatankuasa pelaksana dan warga SMK DMY yang telah memberikan komitmen serta kerjasama sepanjang menjayakan program ini.

Semoga segala aktiviti yang telah dilaksanakan dapat terus menyemai rasa cinta terhadap bahasa, memupuk keyakinan berkomunikasi dan melahirkan generasi yang berilmu, berbudaya serta berakhlak mulia.

"Bahasa Melahirkan Insan Berbudaya, Bersama K.I.T.A Cemerlang." ✨

Tahniah kepada Dr. Haziq Azree (GBK SMKDMY) dan Pn. Zalipah Ibrahim (PPK KVPD)atas kejayaan Pingat Emas Kategori Profesi...
20/06/2026

Tahniah kepada
Dr. Haziq Azree (GBK SMKDMY) dan Pn. Zalipah Ibrahim (PPK KVPD)atas kejayaan Pingat Emas Kategori Profesional Akademik dalam International Counselling and Wellness Innovation Competition 2026 anjuran UPSI

Ikhlas daripada
Warga SMKDMY
Bersama KITA Cemerlang



#π™‹π™Šπ™π™π˜Ώπ™„π˜Ύπ™†π™Žπ™Šπ™‰

Terima Kasih atas sumbangan yang ikhlasBersama K.I.T.A Cemerlang
04/06/2026

Terima Kasih
atas sumbangan yang ikhlas
Bersama K.I.T.A Cemerlang

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bersama KITA Cemerlang   Alhamdulillah,Majlis Anugerah Kecemerlangan 2025 & Mesyuar...
25/04/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bersama KITA Cemerlang

Alhamdulillah,Majlis Anugerah Kecemerlangan 2025 & Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-52 SMK Datuk Muhammad Yusof telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada perasmi majlis, YB. Dato’ Hj Mohd Faizal Bin Ramli, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Warisan, Adat Istiadat Melayu, Teknologi Inovasi dan Digital serta Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Linggi, atas kesudian hadir dan menyempurnakan majlis.
Terima kasih juga kepada semua ibu bapa, penjaga, guru-guru serta para jemputan yang hadir dan memberikan sokongan padu demi kecemerlangan sekolah serta anak-anak didik. πŸ€πŸ“š
Semoga kerjasama erat antara pihak sekolah dan PIBG akan terus diperkukuhkan demi melahirkan generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang. 🌟

Salam KITA Cemerlang myusoflinggihebat, Kursus Kepengadilan Ping Pong MSSDPD 2026, pada 13/4/2026, Isnin di Dewan Zaaba,...
15/04/2026

Salam KITA Cemerlang myusoflinggihebat, Kursus Kepengadilan Ping Pong MSSDPD 2026, pada 13/4/2026, Isnin di Dewan Zaaba, SMK Datuk Muhammad Yusof. Seramai 15 orang murid dari SMKDMY telah menyertai sebagai pengadil. Kursus ini telah dikendalikan oleh En Lau Ung Kiet, SJKC Tanah Merah Site A merangkap Pengerusi Teknik Ping Pong MSSDPD dan Pn Tan Mei Kee, SJKC Chung Hua PD. Majlis Penutup telah disempurnakan oleh Pn. Fatimah Binti Ibrahim, PK Kokurikulum SMK Datuk Muhammad Yusof

Sambutan Hari Raya Aidilfitri SMK Datuk Muhammad Yusof ✨Alhamdulillah, program sambutan Hari Raya Aidilfitri yang berlan...
11/04/2026

Sambutan Hari Raya Aidilfitri SMK Datuk Muhammad Yusof ✨
Alhamdulillah, program sambutan Hari Raya Aidilfitri yang berlangsung pada Jumaat, 10 April 2026 berjalan dengan lancar dan meriah πŸŽ‰
Terima kasih kepada semua warga sekolah yang telah bersama-sama memeriahkan suasana dengan penuh keceriaan dan ukhwah 🀍
Semoga kenangan indah ini terus tersemat di hati semua πŸ’«

🌸 Majlis Seindah Kenangan Seharum Budi 🌸Sempena Persaraan En. Parameswaran A/L SivasamyGuru Akademik SMK Datuk Muhammad ...
01/04/2026

🌸 Majlis Seindah Kenangan Seharum Budi 🌸
Sempena Persaraan En. Parameswaran A/L Sivasamy
Guru Akademik SMK Datuk Muhammad Yusof

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua tetamu kehormat yang sudi hadir memeriahkan majlis yang penuh bermakna ini.

Terima kasih khusus kepada:
✨ Puan Zarinah binti Adenin, Pengetua SMK Shamsudin Nain
✨ Encik Noor Azman bin Johan (NYDP)
✨ Cikgu Gunavathi
✨ Cikgu Vigneswaran (SMK TTJ)
✨ Cikgu Puspa Kumar (SMK YTR)
✨ Mr. Ramani (SMK SDASA)
✨ Ustaz Engku Hafizi (SMKIP)
✨ Cikgu Chin Kok Voon (SMK YTR)
✨ Puan Marget Ann Ratnam

Kehadiran dan sokongan semua amat kami hargai dalam menjayakan majlis ini.

Sekalung penghargaan buat En. Parameswaran A/L Sivasamy atas segala jasa, bakti dan dedikasi sepanjang perkhidmatan. Semoga segala kenangan indah terus terpahat di hati warga SMK Datuk Muhammad Yusof.

🌹 Jasamu dikenang, budimu disanjung. 🌹

Address

SMK DATUK MUHAMMAD YUSOF
Kampong Linggi
71150

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Menengah Datuk Muhammad Yusof , Linggi PD posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share