MPU 1013 Kumpulan 7

MPU 1013 Kumpulan 7 Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from MPU 1013 Kumpulan 7, Education Website, Kampong Kubang Pasu.

Assalamualaikum, selamat pagi kepada semua warga Facebook 💙Ini merupakan poster terakhir kami bagi subjek Penghayatan Et...
20/12/2022

Assalamualaikum, selamat pagi kepada semua warga Facebook 💙
Ini merupakan poster terakhir kami bagi subjek Penghayatan Etika dan Peradaban( MPU 1013) berkaitan tema kes perceraian di Malaysia. Diharapkan anda semua mendapat sedikit sebanyak info dan iktibar mengenai kes perceraian yang berlaku di Malaysia.

Semoga info ini bermanfaat untuk semua 🫶🏻

Nama : NURUL HANISAH BINTI NORDIN (296048)Tema : Etika dalam PerniagaanTajuk : Petikan hadis/ Ayat Al-quran tentang etik...
01/12/2022

Nama : NURUL HANISAH BINTI NORDIN (296048)
Tema : Etika dalam Perniagaan
Tajuk : Petikan hadis/ Ayat Al-quran tentang etika berniaga.

Salam Sejahtera & Salam Biru Warna💙

Disini saya ingin berkongsi sedikit petikan hadis dan ayat al-Quran berkaitan dengan etika perniagaan yang boleh dijadikan sebagai panduan kepada para peniaga di luar sana agar perniagaan yang dijalankan mendapat keberkatan dan keredaan Allah SWT.

PETIKAN HADIS

MENDAHULUKAN DAN MENGIRINGI PERNIAGAAN DENGAN ILMU.

Dari hadis Abu Hurairah, Nabi Shallallauhu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

يَأْتِيَنَّ عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ، لاَ يُبَالِي المَرْءُ بِمَا أَخَذَ المَالَ، أَمِنْ حَلاَلٍ أَمْ مِنْ حَرَامٍ

“Akan datang kepada manusia suatu zaman di mana seseorang tidak peduli terhadap harta wang diperolehi itu adakah dari yang halal ataupun dari yang haram.”
(Shahih Al-Bukhari, no.2083)

Kata ‘Umar bin Al-Kaththab radhiyallahu ‘anhu:

لاَ يَتَّجِرْ فِي سُوقِنَا إلاَّ مَنْ فَقِهَ وإلاَّ أَكْلَ الرِّبَا

“Janganlah berniaga di pasar kami melainkan siapa yang faqih (berilmu tentang hukum-hakam perniagaan) , jika tidak , pasti dia akan terjebak ke dalam riba.” (Ibnu ‘Abdil Barr, 2/247. Asy-Syarbini, Mughni Al-Muhtaj, 6/310)

Sangat disayangkan, pada hari ini banyak sekali perdagangan atau perniagaan yang berlangsung di sekitar kita jauh dari aturan-aturan yang islam. Di antara yang menjadi sebabnya adalah kerana mengabaikan ilmu-ilmu yang syar’I dan kurangnya kelas-kelas pengajian yang syar’I yang membahas perbahasan tentang berjual-beli secara khusus.

MENJUAL BARANGAN YANG HALAL DAN BERMANFAAT BUKAN YANG HARAM ATAU NAJIS.

Dari hadis Ibnu ‘Abbas, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى إِذَا حَرَّمَ شَيْئًا حَرَّمَ ثَمَنَهُ

“Sesungguhnya jika Allah Ta’ala mengharamkan sesuatu, maka Allah mengharamkan harganya (hasil jual belinya).” (Sunan Ad-Daruquthni, no. 2815. Dinilai sahih oleh Al-Abani)

Manakala dalam Musnad Ahmad :

وَإِنَّ اللَّهَ إِذَا حَرَّمَ عَلَى قَوْمٍ أَكْلَ شَيْءٍ حَرَّمَ عَلَيْهِمْ ثَمَنَهُ

“Sesungguhnya jika Allah mengharamkan bagi sesuatu, maka Dia juga akan mengharamkan harganya.”
(Musnad Ahmad, no. 2221. Sunan Abi Daud, no. 3488. Dinilai sahih oleh Al-Albani)

MELALUI PETIKAN AYAT AL-QURAN

Hendaklah Bersifat Jujur Dalam Menjalankan Perniagaan.

Islam melarang dengan tegas sebarang bentuk aktiviti penipuan dalam perniagaan. Antara bentuk penipuan adalah seperti mengurangkan timbangan,
bercakap bohong mengenai nilai barangan, mengkhianati perjanjian dan lain-lain lagi. Kesemua ini adalah perkara keji yang melanggar etika perniagaan dalam
Islam.

Firman Allah SWT dalam surah As-Syu’ara’ ayat ke 181- 183 ;

“Hendaklah kamu menyempurnakan sukatan dan
janganlah kamu menjadi golongan yang merugikan
orang lain. Dan timbanglah dengan neraca yang tepat timbangannya.

Dan janganlah kamu mengurangi hak-hak orang ramai, dan janganlah kamu bermaharajalela melakukan kerosakan di bumi”.
Sesungguhnya Allah SWT telah memberikan amaran yang keras
kepada peniaga yang menipu dalam timbangan.

firman-Nya dalam surah Al-Mutaffifin ayat ke 1-6 ;

“Kecelakaan besar bagi orang yang curang (menipu dalam
timbangan dan sukatan) iaitu apabila mereka menerima sukatan daripada orang lain mereka meminta dipenuhi dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka menguranginya. Adakah mereka menyangka bahawa mereka tidak akan dibangkitkan (hidup semula sesudah mati) Pada hari (kiamat) yang amat besar (huru-haranya). Hari di mana manusia berdiri untuk menghadap Tuhan sekalian
alam”.

KESIMPULAN

Sebagai kesimp**an, setiap usahawan Islam harus sentiasa mematuhi etika perniagaan yang telah digariskan dalam agama agar dapat menjadi asbab perniagaan tersebut akan terus maju. Etika perniagaan terutama di dalam pandangan Islam amat menekankan kepentingan dan kebaikan kedua-dua belah pihak iaitu peniaga dan pelanggan atau seluruh manusia secara amnya. jelaslah dengan kewujudan peniaga beretika berlandaskan ajaran al-Quran, sudah tentu dapat membentuk peribadi mulia dan seterusnya mencapai kecemerlangan hidup di dunia dan di akhirat.

NAMA : MUHAMMAD AMIR AIMAN BIN KHAIRUL ANWAR (296032)TEMA :  ETIKA DALAM PERNIAGAANTAJUK : ETIKA  PERNIAGAAN MENURUT PAN...
01/12/2022

NAMA : MUHAMMAD AMIR AIMAN BIN KHAIRUL ANWAR (296032)
TEMA : ETIKA DALAM PERNIAGAAN
TAJUK : ETIKA PERNIAGAAN MENURUT PANDANGAN ISLAM

Assalamualaikum , Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna 💙💙

Saya, Amir Aiman akan meneruskan perbincangan rakan – rakan saya sebelum ini di bawah tema etika dalam perniagaan. Saya akan menerangkan dan membincangkan mengenai etika perniagaan menurut pandangan islam.

Warga facebook yang dihormati sekalian, etika adalah salah satu disiplin utama dalam falsafah kehidupan dan perkara yang sama juga berlaku dalam perniagaan. Setiap perniagaan harus mempunyai etika untuk dijaga dan diamalkan. Dalam Islam, perniagaan wajib mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh Al-Quran dan Hadis. Perniagaan yang dilakukan perlu di atas kehendak pembeli dan penjual serta tiada unsur penganiayaan atau penipuan sehingga merugikan sebelah pihak. Hal ini kerana perniagaan bukan hanya untuk mendapatkan keuntungan semata mata malah untuk mendapatkan keberkatan daripada Allah SWT. Tanpa keberkatan,perniagaan kita menjadi sia-sia kerna perniagaan juga merupakan sesuatu ibadah jikalau kita melakukan dengan cara yang benar dan berpandukan ajaran islam yang benar. Justeru, etika dalam perniagaan amat penting kerana tanpa etika, pastinya akan timbul masalah dalam sebuah perniagaan dan urusniaga.

Oleh hal demikian, berikut merupakan lima etika berniaga menurut islam.

1. Niat berniaga kerana Allah SWT.

Bagi setiap orang Islam, niat merupakan perkara yang penting dalam melakukan sesuatu perkara yang diinginkan. Begitu juga dengan perniagaan, kita harus meletakkan niat untuk berniaga dan berjaya dalam perniagaan kerana Allah. Kita tidak boleh meletakkan niat untuk mendapatkan keuntungan semata mata ketika berniaga kerana itu merupakan salah satu niat yang salah. Tidak salah untuk berniat sebegitu rupa namun setiap apa perbuatan atau pekerjaan mana-mana sekalipun kita perlu meletakkan Allah sebagai yang paling utama.

2. Menjual barangan yang halal.

Peniaga Muslim dilarang sama sekali menjual barang terlarang seperti alkohol, dadah dan sebagainya. Etika niaga menurut Islam pastinya adalah barangan yang dijual mesti barang yang halal.Untuk menjadikan perniagaan kita diberkati, penting untuk kita jauhkan diri daripada menjual atau menyediakan perkhidmatan terlarang. Juga lebih baik untuk kita tinggalkan menjual barang yang boleh dianggap sebagai syubhah. Syubhah bermaksud ragu,was-was atau syak. Secara istilahnya Syubhah ialah perkara yang diragukan sama ada ia halal atau haram. Jika mengikut kaedah syarak، maka perkara syubhah lebih hampir kepada haram.Ini berdasarkan hadith Nabi yang jelas menyebut tentang perkara ini. Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

إن الحلال بين وإن الحرام بين وبينهما أمور مشتبهات لا يعلمهن كثير من الناس فمن اتقی
الشبهات فقد استبرأ لدنيه وعرضه ومن وقع في الشبهات وقع في الحرام كالراعي يرعی حول الحمی ييوشك أن يرتع فيه

Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Diantara keduanya ada mutasyabihat (iaitu perkara syubhah) yang mana kebanyakan manusia tidak mengetahuinya. Sesiapa yang memelihara diri daripada segala perkara syubhah itu، maka sesungguhnya dia telah membersihkan agama dan kehormatannnya. Dan barangsiapa yang jatuh ke dalam perkara yang syubhah,maka dia telah jatuh ke dalam perkara-perkara yang haram.

3. Tidak monopoli

Antara hak peniaga terhadap pelanggan adalah dengan tidak menyekat keperluan asas yang menjadi nadi keperluan utama isi rumah. Perkara ini dilarang oleh Islam, iaitu menyimpan barang dalam jangka waktu tertentu untuk dijual kembali apabila berlaku kenaikan harga kelak.Sebagai contoh, kita pegang semua stok penutup muka dan mengawal harga agar ianya dapat dijual dengan harga yang tinggi yang kita sendiri tetapkan bagi tujuan mengaut keuntungan yang melampau.

4. Sentiasa jujur kepada pelanggan

Setiap peniaga mestilah bersifat jujur kepada pelanggan agar perniagaan tersebut mendapat keberkatan dalam hidup kerana kita ingin mencari rezeki yang halal dan diberkati Allah.Antara sifat jujur yang perlu ada pada peniaga ialah sentiasa meletakkan harga yang betul dan memberitahu keadaan sesuatu barang dengan jujur jikalau pelanggan bertanya.Oleh itu,pelanggan akan berasa berpuas hati dengan kita dan akan dating semula untuk membeli lagi.

5. Menjauhi riba

Perkara yang tidak terlepas di kalangan pembeli atau penjual adalah riba. Jadi, elakkan riba dalam perniagaan kerana ianya boleh berlaku dalam kalangan kita tanpa disedari.
Riba ertinya adalah al-ziyadah (tambahan). Daripada segi bahasa, bermaksud tambahan atau kenaikan. Secara istilah, ia bermaksud penambahan nilai ke atas sesuatu pinjaman yang disyaratkan oleh pemberi pinjaman atau dijanjikan oleh penerima pinjaman manakala dalam pertukaran sesetengah barangan dan matawang, ia bermaksud perbezaan nilai akibat kuantiti yang berbeza ataupun perbezaan waktu pertukaran. Perbuatan ini patut dihindarkan bagi semua peniaga ia jelas diharamkan dalam Islam.

Akhir kata, setiap usahawan dan peniaga yang beragama islam haruslah sentiasa mematuhi etika perniagaan seperti yang telah ditetapkan di dalam ajaran agama agar perniagaan tersebut diberkati oleh Allah.

NAMA: TISYA RUBASHRIE A/P SRIMAHRAN (296062)TEMA: Etika dalam PerniagaanTAJUK: Keburukan Tidak Beretika di dalam Perniag...
28/11/2022

NAMA: TISYA RUBASHRIE A/P SRIMAHRAN (296062)
TEMA: Etika dalam Perniagaan
TAJUK: Keburukan Tidak Beretika di dalam Perniagaan

Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna💙

Saya, Tisya Rubashrie akan menyampaikan pengetahuan saya tentang “Keburukan tidak beretika di dalam perniagaan”. Berdasarkan majoriti syarikat, industri perniagaan telah membangunkan reputasi kerana kekurangan etika. Dalam industri yang memajukan dan menjana wang kelihatan lebih diutamakan daripada membuat keputusan beretika, nampaknya sukar untuk memahami kepentingan tingkah laku beretika dalam perniagaan. Kekurangan etika membawa kepada banyak masalah untuk perniagaan.

Antara keburukan yang tidak beretika di dalam perniagaan adalah:

❌ Isu Perundangan dan Etika:
Di Amerika Syarikat, kerajaan persekutuan dan negeri menetapkan peraturan dan prosedur untuk cara perniagaan harus dijalankan. Perniagaan yang gagal mematuhi garis panduan persekutuan dan negeri sering menghadapi denda yang besar dan penalti lain. Syarikat yang lebih besar kadangkala memutuskan bahawa melanggar undang-undang dan membayar denda melibatkan kos yang lebih rendah daripada keuntungan kewangan yang diperoleh daripada melanggar undang-undang tersebut. Walau bagaimanapun, melanggar undang-undang secara konsisten boleh membawa kepada pertempuran undang-undang yang mahal yang melebihi keuntungan awal.

Selain itu, eksekutif di syarikat yang melanggar undang-undang dan terlibat dalam tingkah laku tidak beretika yang membawa kepada amalan berbahaya untuk pekerja dan pelanggan boleh mendapati diri mereka menghadapi tuduhan jenayah.

❌ Kesan Terhadap Prestasi Pekerja:
Kekurangan etika memberi kesan negatif terhadap prestasi pekerja. Dalam sesetengah kes, pekerja sangat prihatin untuk maju dan menjana wang sehingga mengabaikan prosedur dan protokol. Ini boleh menyebabkan kertas kerja tambahan dan ralat cuai yang mengakibatkan tugas itu perlu disiapkan semula. Selain itu, pekerja yang berasa bertindak secara beretika dan mengikut peraturan tidak akan membawa mereka ke hadapan dalam perniagaan kadangkala merasakan kekurangan motivasi, yang sering membawa kepada penurunan prestasi.

❌ Hubungan Pekerja Terjejas:
Apabila pengurus atau ketua perniagaan menunjukkan kekurangan tingkah laku beretika, dia menghadapi kehilangan rasa hormat pekerjanya. Sukar untuk mempunyai perniagaan yang berjaya tanpa pemimpin yang dihormati. Kurangnya tingkah laku beretika juga boleh menyebabkan ketegangan di kalangan pekerja, dengan sesetengah pekerja membenci mereka yang tidak mematuhi peraturan dan masih berjaya untuk maju. Tingkah laku yang tidak beretika di tempat kerja juga berpotensi menyebabkan kurangnya kepercayaan di kalangan pekerja, yang memudaratkan perniagaan yang bergantung pada kerjasama dan semangat kemasyarakatan.

❌ Kerosakan Kepada Kredibility Syarikat:
Jika kekurangan etika dalam perniagaan diketahui umum, perniagaan itu kehilangan kredibiliti. Walaupun sesetengah perniagaan bertahan dengan pengetahuan umum tentang kekurangan etika melalui kempen pengimejan semula dan pengiklanan, banyak yang kehilangan pangkalan pelanggan utama. Walaupun perniagaan pulih daripada berita tentang kekurangan etikanya, ia memerlukan banyak masa dan wang untuk memulihkan imej dan keyakinan penggunanya. Pelanggan yang meninggalkan syarikat kerana kecewa dengan amalan etika yang lemah akan mencari produk dan perkhidmatan lain untuk memenuhi keperluan mereka.

Pelanggan-pelanggan tersebut sukar untuk dimenangi semula, walaupun selepas kesilapan etika adalah perkara yang telah berlalu.

❌ Mencegah Tingkah Laku Tidak Beretika:
Selalunya kekurangan etika muncul kerana perancangan yang buruk dan kesilapan di tempat lain dalam perniagaan. Untuk mengelakkan tingkah laku yang tidak beretika, tetapkan matlamat yang realistik untuk pekerja. Jika pekerja dijangka memenuhi kuota dan matlamat yang tidak boleh dicapai, mereka boleh terlibat dalam tingkah laku yang tidak beretika untuk cuba mencapai matlamat tersebut. Pantau prestasi pekerja secara konsisten.

Pekerja dibiarkan tanpa dipantau kadangkala kendur dalam prestasi mereka dan mengambil pujian untuk menyelesaikan tugasan yang tidak disiapkan. Melatih semua pekerja dengan betul. Pekerja yang tidak terlatih sering mengambil jalan dan membuat alasan untuk tidak menyiapkan kerja mengikut piawaian yang diperlukan oleh perniagaan.

💛Akhir kata, setiap perniagaan akan mempunyai keburukan yang tidak beretika dalam perniagaan masing-masing. Dengan ini, setiap peniaga haruslah mengambil tahu tentang keburukan yang tidak beretika supaya perkara ini dapat dielakkan. Sekian Terima Kasih🙏🏻

NAMA : INTAN NURHIDAYATI BINTI HAMIDI (296039)TAJUK : KEBAIKAN BERETIKA DALAM BERNIAGAAssalamualaikum dan salam sejahter...
27/11/2022

NAMA : INTAN NURHIDAYATI BINTI HAMIDI (296039)

TAJUK : KEBAIKAN BERETIKA DALAM BERNIAGA

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua warga Facebook , pada posting kali ini saya akan menerangkan tentang kebaikan beretika ketika berniaga . Pada sebelum ini rakan rakan saya telah menerangkan pelbagai tajuk yang berkaitan etika dalam perniagaan .

Warga yang dihormati sekalian , Etika dalam berniaga merupakan aspek yang penting dalam memastikan sesebuah perniagaan tersebut berjalan dengan lancar . Para peniaga akan bersua muka dengan ramai orang yang mempunyai pelbagai ragam .

Berikut merupakan beberapa kebaikan beretika dalam perniagaan :
1) Memperoleh kepercayaan pelanggan. Pelanggan merupakan watak utama dalam dunia perniagaan maka setiap peniaga perlu mendapatkan kepercayaan pelanggan. Dengan peniaga beretika dan beradab dalam meniaga , ia dapat menarik kepercayaan pelanggan untuk terus membeli dan mempercayai produk yang dihasilkan .

2)Dapat memenuhi kehendak dan cita rasa pelanggan . Hal ini kerana , apabila sesebuah syarikat kecil mahupun besar yang beretika ketika menjalani perniagaan ia dapat memenuhi kehendak seseorang pelanggan kerana impian setiap pelanggan ialah ingin mendapatkan layanan yang baik supaya mereka selesa untuk membeli lagi.

3)Perniagaan akan maju . Hal ini kerana , pelanggan yang datang mengunjung akan rasa dihormati serta dilayan dengan baik ini akan menyebabkan mereka ingin membeli di syarikat yang sama pada masa yang akan datang . Setiap pelanggan yang rasa dihargai atas layanan beretika yang diberikan akan menanam rasa ingin kembali di dalam hati mereka .

Sekian itu sahaja daripada saya , serba sedikit tentang kebaikan beretika dalam perniagaan . Jikalau ada salah dan silap, mohon maafkan saya , semoga kita bertemu lagi di lain hari .🫰🏼

Nama: Azza Nursyazrin Binti Azhar (296058)Tajuk: Kepentingan Beretika Ketika BerniagaAssalamualaikum dan salam sejahtera...
26/11/2022

Nama: Azza Nursyazrin Binti Azhar (296058)
Tajuk: Kepentingan Beretika Ketika Berniaga
Assalamualaikum dan salam sejahtera bagi semua warga Facebook,
Pada postingan sebelum ini, kawan-kawan saya telah menerangkan pelbagai tajuk yang berkaitan etika dalam perniagaan seperti definisi,ciri-ciri, amalan beretika dan juga kesan. Untuk kali ini p**a izinkan saya menerangkan lebih lanjut tentang kepentingan beretika ketika berniaga.
Warga maya yang saya kasihi,
Etika dalam berniaga adalah satu nilai atau akhlak yang seharusnya dititikberatkan di dalam setiap diri peniaga. Orang yang berniaga akan menemui ramai manusia dengan pelbagai ragam yang dapat dilihatnya. Sama ada golongan biasa mahupun ternama,semuanya wajib dilayan dengan baik walau apa keadaan sekalipun. Oleh sebab itu, berniaga merupakan kerja yang paling mencabar emosi dan kesabaran dalam menghadapi pelbagai jenis manusia. Menjaga etika diri bukan sahaja memberi manfaat kepada peniagaan malah juga memberi manfaat kepada pelanggan dan masyarakat sekeliling. Berikut merupakan kepentingan beretika ketika berniaga:
📌Meningkatkan keyakinan dan kepuasan pelanggan terhadap barang niaga
Keyakinan dan kepuasan pelanggan sangat penting kerana ia bukan sahaja untuk menjaga hati pelanggan malah juga automatic dapat menjaga poket perniagaan. Kepuasan pelanggan akan menghasilkan keuntungan tambahan kerana mereka adalah pembeli tegar dan cenderung untuk menjadi pelanggan yang setia. Mereka adalah pelanggan yang akan menyokong atau membeli produk keluaran baru kerana kepercayaan mereka terhadap perniagaan. Ini bukan sahaja tentang keuntungan semata-mata tetapi bagi menjaga kebajikan dan memenuhi keperluan setiap pelanggan semestinya merupakan alah satu matlamat setiap perniagaan.
📌Menarik pelanggan baharu dan mengekalkan pelanggan yang sedia ada
Pada masa kini semua cerita atau maklumat hanya dihujung jari. Jika pelanggan yang sedia ada berpuas hati dengan khidmat perniagaan kita ini berkemungkinan untuk menarik pelanggan baru sangat mudah kerana hanya sekadar melalui pelanggan yang sedia ada. Oleh itu, kebajikan pelanggan wajib dijaga kerana ia menjadi sumber kita untuk menarik pelanggan baharu.
📌Menjalinkan hubungan yang baik dengan pelbagai pihak berkepentingan seperti pembekal, pihak bank dan lain-lain
Menjaga hubungan yang baik dengan semua pihak juga merupakan aspek yang penting terutamanya hubungan dengan pembekal. Hal ini kerana pembekal merupakan pihak yang sangat penting dalam setiap organisasi. Jika pembekal selesa dan senang bekerjasama dengan perniagaan kita ia akan memudahkan kerja kita untuk membeli dan menghantar barang niaga. Selain itu, bank juga pihak yang berpentingan kerana ini memudahkan kita untuk membuat pinjaman atau apa-apa yang berkaitan.
Saudara dan saudari,
Ahli perniagaan pada masa kini juga mampu untuk merapatkan hubungan ukhwah dan silaturahim, bukan sahaja dalam kalangan yang terdekat malah mungkin diserata dunia. Contohi kisah Baginda Rasullulah SAW yang ketika berniaga penuh dengan kesabaran menghadapi ragam manusia. Paling utama ialah, perniagaan adalah salah satu bentuk tarbiyyah yang paling baik untuk mendidik jiwa dan kehidupan sendiri.
Sekian itu sahaja daripada saya, serba sedikit tentang kepentingan beretika ketika berniaga. Semoga kita berjumpa lagi di lain waktu dan ketika. Sekian salam ukhwah.

Rujukan : https://www.slideshare.net/Rhavee23/etika-perniagaan

Nama : Nur Haziqah binti Azman (296077)Tema : Etika Dalam PerniagaanTajuk : Kesan Beretika dan Tidak Beretika Dalam Pern...
26/11/2022

Nama : Nur Haziqah binti Azman (296077)
Tema : Etika Dalam Perniagaan
Tajuk : Kesan Beretika dan Tidak Beretika Dalam Perniagaan

Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna💙

Disini ingin saya kongsikan serba sedikit info berkaitan kesan baik jika beretika dalam menjalankan sesuatu perniagaan dan juga kesan buruk yang akan menimpa pada para peniaga yang tidak beretika dalam menjalankan perniagaan. Oleh itu, berikut merupakan elaborasi terhadap kenyataan yang dinyatakan berdasarkan gambar di bawah.

Beretika :

📌 Tidak dinafikan lagi bahawa ahli perniagaan yang menjalankan perniagaan mereka dengan tulus dan beretika akan dipandang tinggi oleh masyarakat. Hal ini kerana usahawan memainkan peranan besar dalam mempengaruhi masyarakat kerana mereka juga merupakan tokoh masyarakat (public figure).

📌 Ketua sesebuah organisasi dalam perniagaan berperanan untuk menjadi contoh yang baik kepada ahli organisasi bagi meningkatkan nilai murni dalam diri mereka.

📌 Amalan etika yang baik dapat melahirkan individu yang tulus sekaligus mampu mewujudkan keamanan dan persekitaran yang sihat.

Tidak Beretika :

✏️ Dalam hal ini, amalam dalam perniagaan yang buruk dan tidak beretika mampu memberi tekanan kepada ahli perniagaan untuk mementingkan keuntungan peribadi berbanding syarikat. Sikap ini mampu memberi kesan negatif terhadap prestasi syarikat terutamanya dari sudut kewangan.

✏️ Sikap negatif dan tidak beretika juga mampu merosakkan akhlak dan nilai murni dalam diri seseorang individu dalam sesebuah organisasi dan ini mampu menjatuhkan imej dan prestasi syarikat.

✏️ Amalan perniagaan yang tidak beretika turut mampu mewujudkan persaingan yang tidak sihat. Hal ini kerana taktik dan strategi kotor yang mungkin diamalkan oleh sesebuah syarikat akan kekal berterusan dan ini mampu mendorong pesaing untuk menggunakan taktik yang sama.

Sekian itu sahaja daripada saya 😊

Nama: WAN AHMAD NAIM BIN WAN NORDIN (296044)Tema: Etika dalam PerniagaanTajuk:Contoh Amalan Perniagaan yang tidak Bereti...
22/11/2022

Nama: WAN AHMAD NAIM BIN WAN NORDIN (296044)
Tema: Etika dalam Perniagaan
Tajuk:Contoh Amalan Perniagaan yang tidak Beretika.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Seperti yang kita tahu bahawa dalam perniagaan ada sesuatu yang disebut etika.Etika adalah salah satu perkara penting dalam konsep perniagaan.Etika terbahagi kepada dua iaitu etika baik dan buruk.Amalan buruk juga berlaku dalam perniagaan. Setiap perniagaan harus mempunyai etika untuk dijaga dan diamalkan. Bagi setiap peniaga,perniagaan mereka pasti akan berlaku cara dan etika yang tidak sesuai untuk diamalkan.
Berikut merupakan amalan perniagaan yang tidak beretika, antaranya:

📌 Penipuan alat timbang dan alat sukat.

- Apabila menjalankan perniagaan, ada peniaga yang mengunakan taktik kotor bagi mengaut keuntungan yang tinggi dengan menipu cara dalam penjualan.Contohnya, menggunakan penimbang yang diletakkan pemberat bagi mengelirukan pembeli dengan meletakkan dengan harga yang tidak masuk akal.

📌 Tidak mempunyai permit atas lesen perniagaan.

- Sebagai peniaga, kita tidak boleh menjalankan perniagaan tanpa mengikut undang-undang seperti tidak mempunyai permit ata lesen perniagaan.Contohnya,peniaga yang tidak mempunyai lesen meniaga akan melanggar peraturan undang undang negara menyebebakan hal hal penipuan akan berlaku seperti mengelak membayar cukai perniagaan.

📌 Penyelewengan melalui aktiviti jualan langsung.

- terdapat banyaknya aduan mengenai penipuan yang dilakukan dengan berselindung di sebalik nama Jualan Langsung.Tidak dinafikan terdapat syarikat yang menggunakan skim piramid secara sah dengan memberi keuntungan sama rata kepada ahlinya. Ciri yang membezakan kedua-dua konsep ini ialah wang bagi skim piramid sebahagian besarnya datang daripada peserta itu sendiri.

📌 Melibatkan diri dengan skim cepat kaya

- Skim cepat kaya sebenarnya adalah satu dari aktiviti skim pengambilan deposit secara haram. Pengambilan deposit secara haram ialah perbuatan menerima, mengambil atau bersetuju menerima deposit tanpa lesen yang sah di bawah akta dan institusi kewangan (ABIK) 1989.

📌 Membeli pengesahan cuti sakit (MC).

- Amalan pembelian MC ini merupaka. Amalan yang semakin menjadi jadi dalam kalangan masyarakat kita kerana amalan ini menjadi ikutan orang ramai untuk menipu dalam kepada majikan. Contohnya,mc akan dijual mana mana kedai atau primis yang tidak bertanggunjawab bagi memberi peluang kepada pesalah ini menyalah gunakan mc dengan tidak betul bagi mengaburi mata majikan.

💌 Akhir kata, setiap perniagan pasti ada perkara yang tidak baik. Perkara ini perlu dijadikan sebagai teladan untuk kita tidak mengikuti perkara negatif tersebut yang merosakan perniagaan.

Rujukan: https://www.duniamaklumat.com/jauhi-amalan-perniagaan-tidak-beretika/

🔖 Posting KetigaNama: NORSHAFIQAH BINTI MOHAMAD AHYAD (296080)Tema: Etika dalam PerniagaanTajuk: Amalan Perniagaan yang ...
22/11/2022

🔖 Posting Ketiga
Nama: NORSHAFIQAH BINTI MOHAMAD AHYAD (296080)
Tema: Etika dalam Perniagaan
Tajuk: Amalan Perniagaan yang Beretika

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Seperti yang kita tahu bahawa etika adalah salah satu disiplin utama dalam kehidupan dan perkara yang sama juga berlaku dalam perniagaan. Setiap perniagaan harus mempunyai etika untuk dijaga dan diamalkan. Bagi setiap peniaga islam, perniagaan mereka hendaklah berlandaskan cara dan etika yang sesuai mengikut syarak.
Berikut merupakan amalan perniagaan yang beretika, antaranya:

📌 Memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan
- Apabila menjalankan perniagaan, peniaga perlulah memberikan layanan yang baik kepada pelanggan seperti menjawab soalan dengan sopan, memberi maklumat yang betul dan sebagainya. Contohnya, peka dan membantu memenuhi kehendak pelanggan supaya mereka puas dengan servis yang diberikan.

📌 Menjalankan perniagaan mengikut undang-undang
- Sebagai peniaga, kita tidak boleh menjalankan perniagaan tanpa mengikut undang-undang seperti meningkatkan harga barang sesuka hati semasa barang tersebut mengalami kekurangan stok dalam pasaran. Contohnya, peniaga menyimpan semua stok minyak masak dan mengawal harga agar ia dapat dijual dengan harga yang lebih tinggi bagi tujuan mengaut keuntungan yang melampau.

📌 Menjalankan tanggungjawab sosial kepada masyarakat
- Peniaga hendaklah menjalankan tanggungjawab sosial kepada pelanggan dengan menjual barangan yang selamat untuk digunakan dan dapat memberikan manfaat. Contohnya, Peniaga yang menjual barangan elektrik haruslah mempunyai tanda SIRIM pada barangan tersebut supaya tidak memberikan kesan negatif dan memudaratkan pengguna.

📌 Menjual barangan yang halal
- Muslim dilarang sama sekali menjual barang yang terlarang seperti alkohol, dadah dan sebagainya. Etika menurut islam pastinya adalah barangan yang dijual mestilah barang yang halal. Contohnya, peniaga memastikan daging lembu yang dijual disembelih terlebih dahulu oleh org islam agar tidak menimbulkan keraguan pelanggan.

📌 Jujur dalam perniagaan
- Setiap peniaga hendaklah jujur dalam sesuatu transaksi perniagaan yang dilakukan untuk menjaga kepercayaan pelanggan. Contohnya, barang yang dipesan oleh pelanggan melalui kaedah online (Shopee/ Lazada) mestilah sama seperti dalam gambar yang diberikan.

💌 Akhir kata, setiap usahawan islam haruslah sentiasa memenuhi etika perniagaan yang telah digariskan dalam agama. Semoga ianya menjadi asbab perniagaan menjadi semakin maju selepas ini.

Rujukan: https://www.majalahlabur.com/.../5-etika-berniaga.../

DISEDIAKAN OLEH : SITI NURUL AULIA BINTI ABDUL MALEK (296053)💙 Selamat Tengah Hari & Salam Biru Warna! 💙Sebelum saya mul...
22/11/2022

DISEDIAKAN OLEH : SITI NURUL AULIA BINTI ABDUL MALEK (296053)

💙 Selamat Tengah Hari & Salam Biru Warna! 💙

Sebelum saya mulakan penyampaian info saya pada hari ini, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang sudi berkunjung ke page kami! Saya, Aulia Malek merupakan salah satu kru admin page ini berharap info yang kami sampaikan dapat membantu anda sedikit sebanyak dalam kehidupan anda! Okay, baiklah! Tanpa melengahkan masa lagi, di posting kami yang kedua, saya akan menceritakan sedikit tentang ciri-ciri etika perniagaan. Jom kita mulakan!

Selalunya, pemilik perniagaan akan menghadapi masalah dalam membuat keputusan. Masalah apa tu? Masalah sama ada untuk tetap beretika dalam berurusan atau berusaha untuk mendapatkan keuntungan walau apa cara sekalipun. Dalam situasi macam ni, panduan dalam etika perniagaan dapat membantu anda untuk menentukan tindakan.

1. Perlindungan Kump**an Sosial

Objektif utama etika dalam perniagaan ini adalah untuk memberikan perlindungan kepada pelbagai jenis kump**an yang terlibat dalam perniagaan. Sebagai contoh, pengguna, kerajaan, pemegang saham dan banyak lagi! Jadi, sebelum buat keputusan, pastikan anda mencari penyelesaian yang terbaik bagi semua pihak.

2. Berdasarkan Nilai Moral & Sosial

Sebelum membuat sesuatu keputusan, prinsip moral & sosial untuk menjalankan perniagaan perlu diambil kira. Contohnya adalah dengan mengambil kira kesejahteraan pengguna setelah menggunakan produk atau servis kita. Adakah akan ada kesan sampingan yang buruk atau tidak?

3. Kod Tingkah Laku

Kod tingkah laku secara asasnya adalah satu peraturan ataupun panduan tentang apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan demi kesejahteraan masyarakat dan perjalanan perniagaan yang beretika. Contoh mudah adalah peraturan dan polisi yang ditetapkan oleh pihak perniagaan atau syarikat yang harus diikuti oleh staf syarikat dan pengguna.

4. Memerlukan Pendidikan & Bimbingan

Ahli-ahli perniagaan mestilah diberikan maklumat yang terperinci dan motivasi mengenai kelebihan jika melakukan perniagaan yang beretika. Dengan harapan, sekiranya berlaku sebarang isu, keputusan akan berpihak kepada ahli perniagaan yang mengikut etika.

5. Sukarela

Sebuah perniagaan mestilah adil, jujur dan telus dalam melakukan urusan perniagaannya. Walaupun di Malaysia sudah ada undang-undang untuk mengawal dan memerhati sesuatu perniagaan, kita sebagai pemilik perniagaan tersebut mestilah sematkan dalam diri untuk sentiasa menjadi perniaga yang beretika secara sukarela.

Rujukan : https://ms.know-base.net/7577513-business-ethics

(Penulis : Nurul Shafiqah Ashiqin binti Md Baharon (296076) )Assalamualaikum dan selamat petang. Salam perkenalan buat s...
21/11/2022

(Penulis : Nurul Shafiqah Ashiqin binti Md Baharon (296076) )
Assalamualaikum dan selamat petang. Salam perkenalan buat semua warga Maya. Saya Nurul Shafiqah Ashiqin bt Md Baharon adalah pelajar ijazah sarjana muda kewangan dan perbankan Islam Universiti Utara Malaysia.

Saya dan kawan kawan akan berkongsi satu topik menarik, yang tidak asing di halwa telinga rakyat Malaysia. iaitu tentang 'Etika berniaga '.

Pertama sekali, izinkan saya menceritakan terlebih dahulu apa itu Etika ?
🌸 Menurut Kamus Dewan dan Bahasa Edisi Keempat , Etika bermaksud : Prinsip moral atau nilai - nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu atau kump**an.
🌸 Perkataan Etika, Menurut Manual G. Velasquez, 2006 : Etika adalah satu disiplin ilmu yang mengkaji satu set tanda aras moral atau tanda aras bagi moral bagi satu komuniti. Ia mengkaji bagaimana tanda aras ini sesuai atau tidak sesuai.
🌸Perkataan Etika Perniagaan, Menurut G. Velasquez, 2006 : Etika perniagaan adalah satu set moral mengkaji sama ada perbuatan itu betul atau salah yang mana ia menjurus kepada kegunaan dan aplikasi di dalam organisasi sesebuah perniagaan.
🌸 Perkataan Etika Perniagaan, Menurut Sondang P. Siagian, 1996 : Etika mengkaji satu standard set moral dan bagaimana ianya diaplikasikan ke dalam sistem dan organasisi dan bagaimana masyarakat moden yang menghasilkan barang atau perkhidmatan serta gelagat individu yang bekerja dalam organisasi berkenaan.

Saudara saudari sekalian,
Seperti yang kita semua sedia maklum setiap perniagaan di dalam Islam tidak kiralah berniaga secara online (atas talian) atau fizikal mestilah mengikut segala peraturan yang telah ditetapkan di dalam Al- Quran dan Hadis. Setiap peniaga haruslah memastikan setiap perniagaan yang dilakukan mestilah bebas unsur penganaiyaan ataupun penipuan. Misalnya, menipu di dalam timbangan dan sebagainya.

Etika berniaga ini penting bagi memastikan perniagaan yang dijalankan sentiasa berada di landasan yang benar dan diredhai Allah.

Sekian itu sahaja daripada saya, nantikan sambungan seterusnya daripada kawan kawan saya yang lain

sekian
- salam sayang berutus senyuman 🥰-

Address

Kampong Kubang Pasu
06010

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MPU 1013 Kumpulan 7 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share