15/07/2019
Assalamu'alaikum.
PENGUMUMAN wakaf aircond Bilik Guru!!
Hebahan kepada semua Alumni SMK Lembah Bidong!!
⚠⚠⚠
1 org = RM 15
10 org = RM 150
100 org = RM 1500
1000 org = RM 15000
*InsyaAllah bekas pelajar LEBEST ramai yg dh berkerjaya.. Pakat sumbang sikit sorang utk cekgu kesayangan kita 😊
Untuk makluman, aircond yang sedia ada dalam bilik guru telah lama rosak dan kini hanya menggunakan kipas sahaja. Justeru, keadaan bilik guru agak tidak selesa dan panas. Para guru yg kita sayangi tak dpt berehat dgn baik.
Oleh itu, Persatuan Alumni kita ingin membuat kutipan sumbangan wakaf bagi membeli aircond baru 3hp sebanyak 6 unit, diletakkan di dalam bilik guru bagi memberi keselesaan terbaik buat guru2 yg kita sayangi.
Kita niat untuk wakafkan aircond ini bagi kegunaan para guru, dan insyallah selagi mana aircond ini masih terpakai selagi itulah pewakafnya mendapat ganjaran pahala disisi Allah.
Terima kasih. Semoga Allah swt redha. 😊
*rujuk gambar utk proses transfer duit wakaf.