06/10/2026
🏆 TAHNIAH ATAS KEJAYAAN CEMERLANG! 🥇
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Plissia Wati Anak Keri, mahasiswa Fakulti Reka Bentuk Inovatif dan Teknologi (FRIT), Universiti Sultan Zainal Abidin, atas kejayaan meraih Pingat Emas dalam acara 400 Meter Wanita Platinum di Grand Final Varsity Track and Field 2026.
Pencapaian membanggakan ini mencerminkan usaha, dedikasi, disiplin dan semangat juang yang tinggi, sekali gus mengharumkan nama FRIT dan Universiti Sultan Zainal Abidin.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar pencapaian yang lebih gemilang serta inspirasi kepada seluruh warga FRIT.
Tahniah dan teruskan kecemerlangan! 💙🏆
“Together We Build A New Innovative World”
Ikhlas daripada:
Warga Fakulti Reka Bentuk Inovatif dan Teknologi (FRIT)
Universiti Sultan Zainal Abidin
Sesi 2025/2026