08/10/2022
🕌 [SALAM MAULIDUR RASUL 1444H]⚜
Assalamualaikum WBT
Persatuan Mahasiswa Kontemporari Islam (PMKI) UniSZA mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1444 Hijrah kepada semua mahasiswa/i UniSZA khususnya mahasiswa/i Fakulti Pengajian Kontemporari Islam UniSZA.
Maulidur Rasul yang disambut setiap tahun ini adalah bagi meraikan keputeraan Baginda Rasulullah S.A.W yang lahir pada hari Isnin 12 Rabiul Awwal bersamaan 20 April 571 Masihi, iaitu pada tahun pertama selepas peristiwa tentera bergajah yang dipimpin oleh Gabenor Yaman, Abrahah.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
_“Dan tidaklah kami mengutuskan engkau (Muhammad) melainkan sebagai rahmat kepada sekalian alam”._ [21:107]
Menurut Ibnu Kathir dalam tafsirnya, di dalam ayat ini Allah SWT mengkhabarkan bahawa Dia menjadikan Muhammad sebagai rahmat bagi mereka (umat) semua, barangsiapa yang menerima rahmat ini lalu beriman dan membenarkannya maka dia beroleh rahmat dan sesiapa yang melakukan sebaliknya maka dia akan kerugian di dunia dan akhirat. Ayat ini jelas menunjukkan bahawa pengertian Rasulullah SAW sebagai pembawa rahmat sekalian alam.
Oleh itu, ayuh kita semarakkan sambutan Maulidur Rasul ini dengan perbanyakkan amal soleh serta sentiasa berselawat ke atas junjungan Baginda S.A.W. Moga kita semua dapat menanam kecintaan terhadap Rasul yang Mulia, tergolong dalam kalangan ummat Baginda SAW, memperoleh syafaatnya serta redha Allah SWT di akhirat kelak.
Sumber rujukan :Tashih Al-mafahim #9: Pluraliti Agama Bukan Pluralisme Agama
۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞
*Diciptakanku Untuk Mencintaimu* 🤍
_"Bersama Merealisasikan Biah Solehah"_
Persatuan Mahasiswa Kontemporari Islam (PMKI),
Sesi 2021/2022,
Fakulti Pengajian Kontemporari Islam,
Universiti Sultan Zainal Abidin.
LIKE | SHARE | COMMENT
====================
Ikuti kami :
FB : https://bit.ly/3oB14K9
IG : https://bit.ly/3tqEx6v
TELE : https://t.me/pmkiunisza